Selasa, Januari 22, 2013

Tips apabila anak demam panas

Cara ubat anak demam panas, cara rawat sawan tarikSekiranyanya anak kecil anda demam, pasti akan merunsingkan minda ibu bapa yang baru menimang cahaya mata. Maklumlah tiada pengalaman dan baru pertama kali menguruskan anak tentunya membuatkan ibu bapa sedikit kalut jika mengalami situasi anak demam panas atau lain-lain penyakit.

Biarlah hidup tidak mewah, yang penting anak-anak cukup sihat dan cukup makan. Anak adalah harta yang tidak ternilai, jika anda kehilangan mereka akibat kecuaian diri kita sendiri [Kecuaian ibubapa punca anak kemalangan], maka selama-lamanya kita menyesal dan menyalahkan diri sendiri. Situasi tadi sudah cukup membuktikan bahawa kita sanggup berbuat apa sahaja demi zuriat kita sendiri.

Apakah punca anak demam? Usah difikirkan apa puncanya kerana sakit dan sihat adalah urusan Allah SWT. Apa yang penting kita tahu bagaimana menangani situasi apabila anak demam panas.

Kenapa anak demam menjadi igauan kepada ibu bapa lebih-lebih lagi bagi anak yang berusia 5 tahun kebawah? Anak yang lahir dengan cukup sifat dan sihat pastinya menjadi idaman ibu bapa. Namun apabila secara tiba-tiba anak mengalami kecacatan akibat demam panas, adakah itu menjadi kesalahan anak itu? Pastinya ibu bapa yang harus dipersalahkan kerana langkah pencegahan awal mampu mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku tidak dilakukan oleh ibu bapa.

Suhu badan bagi anak yang sihat adalah sekitar +/-37.1 darjah Celcius (Suhu normal) dan sekiranya anak bermain secara agresif dan aktif suhunya boleh mencapai (+/-38.5 darjah Celcius). Adakah itu dikira demam? Tidak, jika tiada tanda-tanda lain seperti diam, menangis, merengek, selsema dan batuk tidak dialami oleh anak anda.

Bagaimana pula jika suhu anak kita mencapai +/-39.0 hingga +/-40.0 darjah Celcius? Pernahkah anda mendengar situasi seperti ini "Lepas anak saya demam panas, dia menjadi cacat [Syndrome Down]". Kenapa boleh jadi begitu? Anak yang masih kecil (di bawah umur 5 tahun) masih di peringkat awal pertumbuhan semua anggota tubuh badan termasuk urat / saraf penting. Urat / saraf penting anak-anak kecil tidak mampu menahan suhu yang sangat tinggi daripada kebiasaan orang dewasa. Contoh paling mudah untuk kita faham adalah jika kita terjatuh mungkin tangan kita susah nak patah tetapi jika anak kecil jatuh mudah mengalami patah tangan. hal ini disebabkan tulang mereka masih lembut.

Secara praktikalnya jika anak mengalami demam panas amalkan tips apabila anak demam panas berikut sebelum membawa anak-anak anda ke klinik. Pastikan anda membeli thermometer sebagai persediaan. [Jenis thermometer yang terbaik untuk anak]

Periksa suhu anak anda. Pastikan suhunya tidak mencapai 38.5 darjah Celcius dan ke atas (tahap demam panas). Bawa anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan kadar segera.  Jika suhu anak telah mencapai suhu melebihi >39.0 dan ke atas, pastikan anda melakukan langkah berikut untuk mengelakkan anak mengalami sawan tarik [Epilepsi] akibat suhu badan terlalu tinggi atau lebih teruk mungkin mengalami kecacatan kerana urat / saraf mereka telah rosak akibat kepanasan melampau. Kecacatan bergantung kepada di mana rosaknya urat / saraf tersebut.

Periksa suhu anak anda jika terlalu tinggi, lapkan anak anda dengan air sejuk terutamanya di bahagian kepala. Biarkan mereka menangis kerana menangis sekarang lebih bermakna daripada anda menangis kehilangannya. Tambahkan asam jawa di dalam air dan mandikan anak. Sesekali periksa suhu anak anda. Adalah lebih baik jika anda memiliki Voltaren Suppository 12.5mg (Ubat cucuk punggung) untuk menurunkan suhu dengan cepat. Voltaren Suppository 12.5mg tidak sama dengan PCM Suppository 125mg (>6 tahun kebawah) di mana PCM Suppository adalah ubat demam dan Voltaren Suppository adalah ubat tahan sakit. Walau bagaimanapun, kekerapan pengambilan ubat-ubatan perlu dibawah preskripsi doktor sahaja.

Selepas memasukkan ubat dipunggung anda boleh membawanya ke klinik kerana anda telah melakukan langkah pencegahan awal. Hal ini penting kerana tempoh masa adalah sangat genting pada masa ini. Jangan ambil risiko jika anda tahu jalan raya pasti sesak, klinik penuh dengan orang sakit. Pastikan anda memberitahu apa yang telah anda lakukan sebelum anda membawa anak ke klinik kepada pegawai pemeriksa untuk mengelakkan anak anda diberi dos yang sama atau berlebihan kerana ianya akan menjadi [Over Dosage]. 

Pastikan suhu badan anak anda turun tidak terlalu rendah (Contoh: <36.5 darjah celcius) kerana boleh mengakibatkan anak anda mengalami masalah kesejukan melampau pula. Ingat suhu normal manusia sekitar +/-37.0 darjah Celcius. Tindakan awal kita mampu menyelamatkan nyawa mereka dan jangan biar anak anda menjadi mangsa akibat kecuaian anda. [Jenis thermometer yang terbaik untuk anak]