Rabu, Disember 06, 2017

Positifkan sifat cemburu dalam diri

Positifkan sifat cemburu dalam diri| Salah satu sifat semulajadi seorang manusia adalah sifat cemburu atau biasanya disebut juga "jeles" (jealous). Begitu juga dengan haiwan. Mereka juga mempunyai rasa cemburu antara sesama mereka. Sekiranya rasa cemburu menguasai akal, maka terjadilah pergaduhan, pemburuan dan pembunuhan. Tetapi haiwan tidak akal yang cerdas seperti manusia. Namun kadang kala manusia lebih buas berbanding haiwan.

Sifat cemburu, Jealous, Bahaya sifat cemburu, cemburu

Apakah takrifan cemburu? Cemburu ditakrifkan sebagai iri hati, syak wasangka, curiga, kurang percaya atau hati-hati (Pusat Rujukan Persuratan Melayu). Sifat cemburu adalah emosi yang negatif merujuk kepada perasaan terancam, takut atau khuatir kehilangan sesuatu. Apabila sifat cemburu bergabung dengan emosi marah, benci, dengki, sakit hati atau tidak puas hati, maka segala jenis tindakan selepas itu boleh jadi sangat menakutkan. Pembunuhan kejam, sihir menyihir, sindir menyindir, kata mengata dan sebagainya. Maka porak perandalah institusi keluarga, komuniti dan masyarakat seperti yang berlaku pada hari ini.

Manusia yang cemburu apabila melihat orang lain lebih berjaya dan mempunyai sesuatu yang lebih daripada apa yang dimiliki adalah orang yang sakit mental. Jika tidak diubati akan membawa mudarat. Namun agar sukar mengubati orang sakit seperti ini kerana perasaan ego yang tinggi. Seperti selalu, mana ada orang gila mengaku dia gila. Oleh itu, setiap individu sangat bertanggungjawab ke atas sifat cemburu diri sendiri untuk menjadikan sifat cemburu tersebut sebagai satu sifat positif yang mampu mendorong diri sendiri untuk sama-sama berjaya dengan orang yang dicemburuinya.

Bagaimana cara mendorong cemburu agar menjadi sifat positif?


Kawal minda dan fikiran. Tiada orang mampu melakukan hal ini kepada anda melainkan anda melakukannya sendiri. Kawal sifat cemburu bermula di minda terlebih dahulu. Ulangi kata-kata "Tahniah kawan! Aku akan berusaha untuk menjadi orang berjaya sepertimu" dan bukan "Dia berjaya pun sebab aku yang tolong". Apabila anda menyelitkan perasaan (Aku lebih baik daripadanya), maka perasaan dengki akan bersulam sedikit demi sedikit dari hari ke hari. Ianya akan menjadi nanah dan barah yang boleh menggugat ikatan persaudaran sekian lamanya.

Belajar dan perbaiki. Jika anda melihat orang yang telah berjaya, anda mungkin tidak tahu cabaran yang telah beliau hadapi sebelum dia berjaya. Ya, betul setiap cabaran yang dihadapi oleh setiap orang pasti berbeza. Namun persamaan yang boleh kita bentuk bersama adalah belajar memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. Laluan untuk berjaya mungkin berbeza tetapi matlamat adalah sama. Bezanya cuma cepat atau lambat sahaja.

Mengucap tahniah dan komunikasi. Ucapan tahniah kepada rakan yang telah berjaya sahaja tidak cukup. Komunikasi dengannya berkaitan bagaimana dia melakukan hal itu sehingga berjaya. Mana tahu anda dapat memperolehi tips dan panduan untuk berjaya berkat ucapan ikhlas anda kepadanya. Secara tidak langsung anda akan melupakan niat anda untuk mencemburui dalam konteks negatif.

Berada dalam komuniti positif. Orang disekeliling sangat mempengaruhi seseorang untuk berjaya. Apabila dikelilingi oleh orang-orang yang negatif, tiada usaha yang mustahil untuk direalisasikan. Semuanya akan tersekat separuh jalan. Tiada sokongan dan dorongan. Malahan untuk membantu dari segi idea dan pandangan juga sangat terbantut. Cari mereka yang beridea hebat dan bersistematik dan bukan kaki menipu seperti harapkan pagar, pagar makan padi.

Bahaya sifat cemburu

Sifat cemburu boleh jadi sangat memudarat dan membinasakan. Cemburu pada pasangan boleh terjadinya kes membunuh. Bahaya kepada rakan saingan, boleh jadi fitnah dan sihir menyihir. Ianya sangat merosakkan sistem kehidupan manusia. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Semuanya bergantung pada berapa banyak usaha yang telah kita lakukan untuk menjadi orang yang berjaya. Tiada ruang untuk berjaya kepada orang yang malas. Hakikat yang perlu kita belajar selepas berusaha, berserah kepada takdir dan percaya pada rezeki masing-masing. Wallahualam.

22 ulasan:

  1. huiiii..amat bahaya sifat cemburu ni.Akhirnya memang memakan diri.Tak kemana pun orang yang cemburu ini.. cemburu aka dengki .Mintak dijauhkan dari kenalan sebegini dan untuk diri sendiri.Sesungguhnya manusia mempunyai sikap lagha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cemburu dengki tu yang bahaya...Memang wujud golongan ni... berhati-hati je la..

      Padam
  2. betul sangat, kena positifkan diri atas cemburu yang ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sokong sis... semua orang akan rasa cemburu kan... yang penting kena reverse kan jadi cemburu yang baik-baik sahaja...

      Padam
  3. yaaa betol,positifkan diri tapi kadang2 kita tak dapat control rasa cemburu ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakala nak meletup juga ye tak? Biasalah sifat manusia kan...

      Padam
  4. Memang bahayapun sikap cemburu ini.. Kita kena pandai kawal dan positifkan diri.. Kalau dari segi kerja jadikan cemburu itu sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya.. bukannya buat benda pelik-pelik.. hehehe
    Yang paling penting kena ada sikap jujur dan percaya untuk hubungan suami isteri lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi bahaya kalau main tikam belakang, main kotor kan...

      Padam
  5. Cemburu dgn kelebihan atau kejayaan org ditakrif sebagai sakit mental ye. Bahaya tu. Memang kena kawal diri sendiri apa2 pun. Dan sentiasa tana sifat qanaah dlm diri iaitu sentiasa rasa cukup dgn apa yg ada dengan penuh syukur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mental, asyik sibuk dengan kejayaan orang lain tapi diri sendiri tak nak usaha kan... Setuju sis.. kena sentiasa bersyukur selalu...

      Padam
  6. Pandulah rasa cemburu ke arah yang lebih baik..lebih selamat dan lebih buat kita produktif akan hal yang menguntungkan...rasa cemburu itu lumrah..bezanya tahap rasa cemburu itu pada diri seseorang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sis... kena kawal tahap cemburu pada orang lain kan...

      Padam
  7. cemburu yang berlebihan merbahaya, tapi kalau cemburu dan kita berusaha untuk perbaiki diri ok lagi kan, cemburu ke arah kebaikan lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sis.. cemburu jika sebagai motivasi untuk diri sendiri memang bagus...

      Padam
  8. Asalam NA..Etuza baca dengan penuh minat. Cantik sekali infor kali ini. Cemburu hingga benci dan iri hati amat2 merugikan diri. Semoga sesiapa membaca infor ini akan memperbaiki diri, termasuk Etuza.. Tiap kita ada kelemahan diri sebagai manusia biasa..Tahnia entri meletop ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam bang Etuza, betul bang, cemburu dan iri hati sebenarnya merugikan diri sendiri... Lebih baik fikir benda yang lebih berfaedah...

      Padam
  9. Nie list anime tue hehe :)
    http://ciknurul23.blogspot.my/p/list-of-anime.html

    BalasPadam
  10. Bukan mudah tuan nak tukar perasaan negatif cemburu ke positif. Pembunuhan pernah berlaku atas sebab cemburu. Tidak kiralah apa kes cemburu.

    Perasaan cemburu ni sebenarnya penyakit. Perasaan cinta sebaliknya. Tapi kalau cinta dah melampau dia pun bertukar menjadi penyakit.

    Cemburu yg mendalam boleh akibatkan cembru. Bermakna kedua-duanya boleh diletakkan satu kapal. Wallahualam.

    Teringat saya petikan kata-kata Zs Zsa Gabor: being jealous of a beautiful woman is not going to make you beautiful.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah terbaik ulasan bang Adam... Nice words bang...

      Padam
  11. POsitifkan rasa cemburu kita agar dapat memperbaiki diri bukan untuk menjatuhkan orang lain.

    BalasPadam