Rabu, Disember 12, 2012

Kecuaian ibubapa punca anak kemalangan

Ibu bapa cuai terhadap keselamatan anak-anakMalang tidak berbau. Lebih hina lagi sekiranya kemalangan anak-anak kecil kita disebabkan kecuaian ibu bapa sendiri sebagai penjaga. Kemalangan memang tidak boleh dielakkan tetapi kemalangan disebabkan kecuaian ibu bapa akan dikesali selama-lamanya. Redha dengan takdir adalah perkara kedua, yang penting pastikan keselamatan anak lebih utama. Isu keselamatan nampak mudah tetapi sedikit kesilapan membawa padah.

Kurangnya pengetahuan tentang keselamatan meningkatkan risiko kecuaian terhadap keselamatan anak-anak. Setiap ibu bapa perlu berwaspada kerana macam-macam perkara boleh berlaku dalam sekelip mata. Lihat sahaja contoh kecuaian ibu bapa terhadap keselamatan anak di You Tube. Kita boleh saksikan beberapa aspek kecuaian sebenarnya boleh di atasi dari awal lagi. Walaupun ianya menjadi asbab terhadap kematian, namun perkara yang telah berlaku menjadi peringatan kepada setiap ibu bapa.

Ada beberapa langkah keselamatan yang boleh kita ambil untuk memastikan keselamatan anak-anak lebih terjaga. Langkah berwaspada penting untuk mengelakkan kemalangan, kecederaan fizikal dan juga kematian. Pertama, permainan Educational toys. Banyak permainan baru yang lebih menarik kanak-kanak. Ianya selamat dan berkesan menggalakkan perkembangan otak kanak-kanak. Anak-anak boleh bermain di dalam rumah tanpa perlu keluar bermain di tempat yang lebih bahaya.

Keduanya, menggunakan peralatan keselamatan atau Personal Protective Equipment (PPE) sebagai pelindung ketika anak-anak bermain. Jika menaiki basikal, pastikan mereka memakai topi keselamatan, pelindung lutut dan siku.  Jika bermain aktiviti luar rumah, pastikan mereka menggunakan kasut sebagai pelindung kaki dan sebagainya. Perkara asas ini yang menjadi amalan ibu bapa di luar negara. Sekecil-kecil aktiviti sekali pun mereka menggalakkan anak-anak menggunakan 'safety tools' yang betul.

Ketiganya, meningkatkan pengetahuan Safety Awareness untuk anak-anak anda. Didik anak-anak apa yang boleh mereka lakukan dan apa yang tidak boleh mereka lakukan. Dengan ini, secara praktikalnya mereka akan mudah memahami apa yang perlu mereka lakukan pada masa akan datang. Ibu bapa perlu memainkan peranan sebagai contoh terbaik kepada anak-anak. Jangan langgar lampu merah di persimpangan 'traffic light' sebagai contoh. Mereka melihat apa yang dilakukan oleh orang dewasa. Jika betul apa yang kita lakukan, perkara itu secara tidak langsung menjadi ikutan anak-anak.

Safety Awareness, Children SafetyIbu bapa adalah pelindung kepada anak-anak. Jangan disebabkan kecuaian kita, anak yang menjadi mangsa. Kesedaran terhadap betapa pentingnya mengamalkan langkah-langkah yang selamat sebelum melakukan sesuatu perkara perlu menjadi amalan agar mampu mengurangkan risiko bukan sahaja kepada diri anda sendiri tetapi juga kepada anak-anak anda. Utamakan keselamatan!

2 ulasan:

  1. Kebanyakan aksi, biasa kita lihat... Nampak sprt tidak merbahaya, tapi risiko malang amat tinggi. Tegur dgn baik jika anda terlihat aksi2 ini. Menyesal kemudian tidak berguna.

    BalasPadam
  2. Betul tu Bin Muhammad, lebih-lebih lagi untuk anak kecil yang tidak mengerti apa itu bahaya...

    BalasPadam