Sabtu, Disember 10, 2016

Tukar blogspot.my ke blogspot.com

Prevent Blogger from Redirecting to Country-Specific Domains, Elak redirection blogspot.my Pada mulanya saya kurang faham kenapa blog saya Bila Lelaki Berbicara secara tiba-tiba berubah daripada domain blogspot.com ke blogspot.my. tanpa arahan dan pengetahuan saya. Maklumlah, sesekali menjengah blog, baru perasan masalah ini berlaku. Saya mengambil masa yang agak lama juga untuk mencari jalan penyelesaian dan perbaiki masalah yang telah ditimbulkan akibat penukaran domain khusus negara ini. Bagi laman sesawang yang menggunakan domain sendiri seperti .com, .org, rasanya tidak terkesan dengan perubahan ke domain khusus negara.

Kenapa perubahan ke domain khusus negara ini tidak membawa kesan positif bagi blog saya? Ada beberapa alasan yang menyebabkan saya terpaksa mencari html code yang dapat mengembalikan domain asal blog saya.

Banyak fungsi blog saya tidak berjalan dengan baik disebabkan masalah ini. Sama ada perkara ini terkait atau tidak tetapi fungsi Related Post tidak menggembirakan saya. Saya juga mengalami masalah daripada fungsi RSS Feed serta link-link yang lain seperti Disqus, Facebook Comments. Semua hilang dari pandangan.

Kesannya penukaran domain blog kepada domain khusus negara yang paling ketara adalah blog's branding. Sama ada saya perlu terus mempromosikan blog dengan  menggunakan https://bilalelakiberbicara.blogspot.com atau https://bilalelakiberbicara.blogspot.my walaupun hakikatnya kedua-duanya sama. Pada mulanya .com, tapi bila tukar .my rasa macam lain pula. Untuk tujuan branding, ianya nampak tidak profesional.

Tambahan pula, ada segelintir laman blog mengatakan ianya akan menggangu capaian bagi pembaca di luar negara ini. Sebenarnya ianya bertukar kepada domain lokasi di mana ianya dibaca.

Mungkin anda juga mengalami masalah yang sama dengan blog saya dan ingin menukarkannya kembali kepada bentuk domain yang asal boleh cuba [html code] yang saya gunakan untuk blog Bila Lelaki Berbicara. Pautan tutorial blog untuk penukaran kembali blogspot.my ke blogspot.com boleh anda dapatkan pada link ini [HTML code tukar domain asal].