Khamis, Oktober 18, 2012

Bagaimana mendapatkan anak lelaki atau perempuan?

Cara mendapatkan anakSetiap pasangan yang berkahwin tentunya mengharapkan dikurniakan rezeki anak secepat yang mungkin kerana ianya adalah anugerah yang paling ditunggu dalam rumahtangga, Ada pasangan yang cepat dan ada juga yang lambat. Namun sebagai hamba Nya, usaha dan tawakal berterusan memohon anak adalah sebaiknya.

Bagaimana mendapatkan anak lelaki atau perempuan?

"Semua ini hanya usaha, Allah S.W.T jua yang menentukan. Mana yang baik diikuti, mana yang buruk ditinggalkan. Manusia ada akal, manusia berfikir, manusia bertindak berdasarkan akal ". Berikut adalah tips bagaimana anda boleh mencuba untuk berusaha mendapatkan jantina anak seperti yang diidamkan oleh pasangan yang telah berkahwin.

Apakah waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan? 
Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

Bagaimanakah caranya untuk melakukannya?
Lakukan persetubuhan dengan sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur mengiring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang atau meniarap supaya apa yang kita mahukan adalah kedudukan air mani jatuh mengiring.

Hasilnya
Bila ingin anak lelaki, mengiring ke kanan dan jika ingin anak perempuan mengiring ke kiri.

Ada juga teori lain yang boleh kita amalkan. Satu pendapat daripada Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" -"Berilah isteri makan Vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan Vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan Vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, Insya Allah lelaki.

Teori ini amat praktikal dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba. Cara mendapatkan anak bukanlah lagi menjadi rahsia. Rahsia mendapat anak telah dikongsikan oleh segilintir pakar di dunia,

Sekali lagi diingatkan, teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.