Isnin, Januari 02, 2017

Azam tahun baru 2017

Tetapkan azam tahun baru, azam dan matlamat, azam tambah gemukHari ini sudah 2hb Januari 2017. Sudah 2 hari selepas berakhirnya tahun 2016. Antara perkara yang kerap kita lakukan adalah mengucapkan selamat tahun baru dan membuat ikrar matlamat untuk dicapai pada tahun 2017. Ianya bagus kerana bermula tahun baru, setiap orang menetapkan misi masing-masing untuk dilaksanakan. Jika tidak terlaksana jua, maka azam tersebut akan diguna pakai sebagai azam tetap pada setiap tahun.

Saya juga telah menetapkan azam pada setiap tahun. Azam tersebut juga masih gagal saya laksanakan pada setiap tahun. Justeru itu, saya akan meletakkan kembali azam tersebut dalam senarai azam bagi tahun 2017. Berjaya atau tidak, azam tetap azam yang perlu diusahakan untuk menggapainya.

Apa azam saya? Pertama, ingin menambahkan berat badan. Ya, azam yang sama pada tiap-tiap tahun. Sudah macam-macam cara saya buat. Kuantiti makan dan minum bertambah, aktiviti bersenam juga sudah dilakukan, isteri juga sudah masak macam-macam, makan juga pada waktu makan. Cuma ambil pil tambah gemuk sahaja saya belum buat. Saya tidak berani nak ambil pil dengan sewenang-wenangnya. Berat maintain +/-50 kg sahaja dan dengan ketinggian +/-162cm, saya masih berada dalam kategori kurang berat badan. 

Cara kira Body Mass Index (BMI) adalah seperti berikut : BMI = Berat [Kg]/(Tinggi [cm]). Jadi, bolehlah anda kira untuk anggaran BMI sendiri. Kesimpulan keputusan BMI adalah seperti berikut:

BMI Klasifikasi
Bawah 18.5 Kurang berat badan
18.5 - 24.9 Berat normal
25.0 - 29.9 Berat badan berlebihan
30.0 ke atas Obesiti
Itulah azam tahun baru saya pada tiap-tiap tahun. Belum pernah tercapai. Macam-macam petua sudah cuba tetapi masih belum berjaya. Mungkin tunggu azam tahun 2030 rasanya baru boleh capai. Saya akan usaha lagi sehingga berjaya.

Tetapkan azam tahun baru, azam dan matlamat, azam berhenti merokokAzam kedua pula adalah berhenti merokok. Ini adalah perkara paling sukar dalam hidup saya. Saya perlu motivasikan diri sendiri dan kuatkan semangat bagi mencapai matlamat ini. Saya rasa sudah banyak kali percubaan berhenti merokok saya gagal ditengah jalan. Bila rokok sudah sebati dengan badan, perlu usaha berlipat ganda untuk berhenti. Namun saya akan cuba lagi pada tiap-tiap tahun sekiranya masih belum berjaya. 

Kepada yang baru berjinak-jinak mahu merokok dinasihatkan berhenti segera sebelum terlambat. Mari sama-sama kita berusaha berhenti merokok. Bagi orang perempuan, bukan senang nak berhenti merokok tau. Ada orang 1 hari, ada orang 1 minggu, atau mungkin 1 tahun , 2 tahun. Sengsara rasanya. Tetapi bila fikirkan balik tentang kesannya, lagi sengsara jika tidak berhenti sekarang.

Untuk azam blog ini? Saya akan terus menulis untuk diri saya, keluarga dan sahabat pembaca sekalian. Semoga ianya terus memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada semua. Selamat Tahun Baru 2017!

4 ulasan:

  1. Selamat tahun baru 2017.
    Semoga azam tuan akan tercapai.
    Untuk menambahkan berat badan ke tahap ideal, tuan dinasihatkan berhenti merokok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Warisan Petani... Itulah azam saya tiap-tiap tahun, rasanya itu sahaja cara untuk menambahkan berat badan saya... Ringan sangat... Hehe

      Padam