Memilih pengukus Food Steamer terbaik| Juadah Hari Raya Aidilfitri di Sarawak tidak lengkap sekiranya tiada sajian pelbagai aneka jenis kek. Jika di sebelah barat Malaysia lebih menghidangkan pelbagai biskut raya, di sebelah timur Malaysia terutamanya anda boleh melihat begitu banyak jenis kek dihidangkan. Kek Lapis Holiday Inn, Kek Coklat Moist, Kek Lumut Cheese, Kek Drinking Chocolate dan sebagainya. Proses pembuatannya juga agak lama berbanding biskut raya selain bahan-bahan acuan yang banyak membuatkan harganya boleh mencecah puluhan ke ratusan ringgit bagi satu jenis kek beracuan 8x8 atau 9x9.
Ramadhan pada tahun 2017 ini, saya dapat menyaksikan betapa sukar sebenarnya proses pembuatan seloyang kek sebelum berjaya dihidangkan untuk dimakan. Memandangkan isteri hanya menggunakan pengukus jenis gas yang biasa maka proses mengukus boleh mengambil masa sehingga 3 hingga 5 jam untuk siap sepenuhnya. Acap kali juga dia berulang alik ke dapur untuk memastikan air sentiasa mencukupi untuk pengukusan. Sehingga pada satu ketika, sedang isteri mengukus kek, tiba-tiba kehabisan gas pula. Nasib baik juga kedai di kawasan rumah masih beroperasi memandangkan kebanyakkannya tidak menyambut hari raya.
Atas dasar simpati setelah melihat kesukaran isteri saya itu, saya cuba mencari produk pengukus yang lebih berkesan dan mampu memudahkan proses pembuatan kek dan sebagainya untuk digunakan oleh isteri saya pada musim perayaan tahun hadapan. Bagi mereka yang ingin menjadi pengusaha kedai kek, saya rasa ini bukan entri yang sesuai memandangkan kadar pengeluarannya adalah terhad dan berkapasiti rendah. Ianya hanya sesuai untuk suri rumah yang mengambil tempahan membuat kek secara kecil-kecilan sahaja atau untuk kegunaan sendiri.
Selain daripada pengukus jenis gas yang biasa seperti gambar di atas, terdapat dua jenis pengukus yang dapat saya temui amat sesuai untuk digunakan oleh isteri saya iaitu pengukus Trio Food Steamer TFS 18 atau Pensonic Food Steamer PSM-162S. Kedua-duanya masih dalam pertimbangan. Bagi pengukus jenis Trio Food Steamer, ianya berkapasiti 10L, berkuasa 1800W, 2 Tingkat, Sistem Pemanas Pendua, bersaiz 48 x 36 x 31.5cm dan harga sekitar RM190 (tidak termasuk caj penghataran). Manakala bagi Pensonic Food Steamer PSM-162S pula, berkapasiti 12L, 800W, 2 Tingkat, Heaters for rapid heat, bersaiz 48 x 36 x 31.5cm dan berharga sekitar RM180 (tidak termasuk caj penghataran).
Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan ketara antara kedua-duanya iaitu berat bagi Trio Food Steamer TFS 18 adalah 2.0 Kg manakala berat bagi Pensonic Food Steamer PSM-162S adalah 5.5 Kg. Memandangkan pengukus tidak memerlukan anda membawanya seperti telefon bimbit, bagi saya berat bukan persoalan utamanya. Trio Food Steamer TFS 18 direka dengan Fibre/Plastic Housing manakala Pensonic Food Steamer PSM-162S pula direkabentuk menggunakan Stainless Steel Housing dan ini telah menarik sedikit minat saya berbanding produk Trio Food Steamer TFS 18.
Beberapa perkara yang positif bagi produk Trio Food Steamer TFS 18 adalah ianya telah mendapat maklum balas yang baik daripada kawan-kawan isteri yang telah menggunakannya. Mereka memaklumkan ianya memudahkan proses pembuatan kek dan penghasilan kek lebih cantik dan lebih berkualiti berbanding menggunakan pengukus biasa walaupun terdapat maklumbalas berkenaan kabel yang dibekalkan terlalu pendek. Ianya memerlukan anda membeli kabel penyambung lain tetapi itu kesulitan yang boleh diselesaikan dengan mudah.
Saya juga telah mengutarakan kepada isteri berkenaan produk Pensonic Food Steamer PSM-162S berbanding Trio Food Steamer TFS 18 namun masih belum mendapat kelulusan isteri sepenuhnya. Oleh itu saya masih lagi dalam proses pertimbangan terakhir sebelum membuat keputusan membeli supaya ianya berbaloi pada harga, tahan lama dan paling penting mampu memberikan jaminan keselamatan semasa menggunakan produk tersebut. Jika anda menggunakan salah satu daripada 3 produk di atas, sila nyatakan maklum balas anda untuk membantu saya membuat pilihan terbaik bagi pengukus makanan (Food Steamer). Wallahualam.
Pengukus yang bagus mestilah yang berkualiti dan selamat untuk digunakan..
BalasPadamBetul tu hanafi... lebih-lebih lagi jika melibatkan barang elektrik, kena betul-betul memilih...
PadamAda 1 pengukus beli kt kelantan
BalasPadamOh ok... Pengukus jenis apa tu?
PadamSetakat ni saya masih guna pengukus Tradisi tu. Tapi aritu kwn ajak main kutu beli noxxa steamer,boleh tahan harganya Mahal, tu yg tak jadi beli lagi.
BalasPadamSaya pun lebih suka pensonic tu.
Noxxa Steamer saya belum survey lagi, thanks infonya...
Padamkat rumah CCL pakai pengukus mcm gmbr first tu
BalasPadamOh samalah kita... Hihi
Padamdkt rumh busyra pun d. tp bkn jnm pensonic la.. hehe. jenm lama je..
BalasPadamJenama lama tapi kalau pandai jaga, boleh bertahan juga Busyra....
Padamkat rumah ada jugak dah pengukus jenis macam ni :D
BalasPadamBanyaklah Nad buat kuih kan raya ni...
PadamMesti sedap kek air tgn pn isteri tu. Kirim 1 ke KL ye. Hehe.
BalasPadamInsyaAllah Sis Ana... saya rasa sedap je, tak tahulah kalau orang lain rasa... hehe
PadamWah bestnya pengukus tu
BalasPadamBoleh beli tu mama... :)
PadamKalau penggunaan steamer utk kapasiti tinggi berbaloi juga Tuan.. Kena consider juga jimat elektrik atau tidak. Kalau semua okay memang boleh beli.. Berbaloi-baloi..
BalasPadamTu la, alang-alang ada tempahan raya, berbaloi lah beli kan untuk wife...
PadamSaya lebih suka guna pnegukus jenis gas.. Sebab saya ada pengukus tu je.. hehehe.. Yang guna elektrik ni tak pernah cuba lagi jadi tak boleh nak beri pandangan..
BalasPadamPengukus gas masalahnya satu je la, bila masak gas habis, terbantut kek...
Padamsy pun tengah survey.. klau tgk kad design sy suka pensonic. tapi bukan ke pensonic tu lebih kecil? klau trio total 10L+10L, tapi pensonic total 12L.. tu bermaksud 6L+6L? atau sy salah faham? sy pun tertanya2 jgk pasal liter ni.. sb klau bace review kat lazada seller just infom total 12L.. en rasa?
BalasPadamSaya rasa Trio berkapasiti 10L dan Pensonic berkapasiti 12 L sebab dari ukuran saiz kedua-duanya sama..
Padampasal size tu pun sy agak confius. ada seller letak size 48 x 36 x 31.5cm dan ada yg letak size yg kecik sedikit dr tu. sy pun xpasti yg mana yg betul. ada ada bace2 review cust complain size pensonic kecil dr size yg dimaklumkan.. huhu.. hati suka kat penonic. erk..
PadamBoleh juga tengok di website produk, tapi saya lebih suka Pensonic sebab housingnya stainless steel..
PadamSy da check measurement sbnr pensonic.. 13"x9"x3.5".. kalau utk meniaga selalunya kami guna saiz loyang 10x10".. jadi x muat loyang saiz S huhu.. tpaksa juga beli trio / pengukus dapur gas sy ni..
BalasPadamInfo terbaik sis... sekarang sudah ada jawapan dan tidak ragu-ragu lagi... Terima kasih sangat... Nampaknya trio akan menjadi pilihan...
PadamSalaam. Sudah beli? Adakah perbezaan hasil kek bila guna kukus elektrik? Katanya kek tidak moist.
BalasPadamWassalam, saya rasa tidak ada bezanya. Sebab itu yang saya rasa, kalau chef kek yang rasa, mungkin berbeza. Ok je la kita buat untuk makan bukan untuk jual atau masuk pertandingan. Setakat ini menjadi je, lagi mudah.
Padam