Jumaat, Julai 28, 2017

5 Sikap pemandu kenderaan buat panas hati

5 Sikap pemandu kenderaan buat panas hati| Semasa balik kerja petang semalam, sempat juga memerhati gelagat pemandu lain. Saya juga manusia biasa, kadang-kadang bawa perlahan, sesekali ada juga bawa laju tetapi tengok keadaan dan tempat juga. Bila jalan lengang, saya bawa laju sedikit. Lebih laju lagi jika waktu masa masuk bekerja sudah hampir-hampir warna merah. Apa yang saya perasan dan alami sendiri, 5 sikap pemandu kenderaan boleh mengundang bahaya kepada pemandu kenderaan lain.


Kelajuan antara faktor yang paling berisiko berlakunya kemalangan. Boleh jadi terbabas, tidak sempat menekan brek, melanggar kereta lain dan menyebabkan kemalangan maut dan tragis serta kelajuan juga boleh membunuh orang yang tersayang di tempat duduk sebelah pemandu atau penumpang belakang. Semua kesan itu adalah biasa dan memang umum setiap pemandu mengetahui risikonya. Tetapi 5 sikap pemandu seperti di bawah ini akan membuatkan pemandu lain panas hati dan bengang kerana boleh menyebabkan kita terbabit dalam kemalangan akibat kecuaian dan kesalahan orang lain.

Pertamanya adalah mengekori pemandu di hadapan terlalu rapat. Entah apa yang mahu dikejarkan, tetapi apabila anda diekori terlalu membuatkan anda tidak selesa dan fokus pemanduan anda mula beralih kepada sesuatu yang sepatutnya bukan perlu anda fikir. Kadang-kadang seseorang perlu jarak yang selesa memandangkan belum betul-betul mahir memandu. Risau kenderaan termati enjin, mengundur balik ke belakang dan sebagainya. Oleh kerana itu sikap pemandu lain mengekori terlalu rapat sebenarnya boleh membuatkan pemandu lain dalam keadaan bahaya.

Keduanya adalah sikap pemandu tidak tahu peraturan A,B,C di persimpangan tiga. Umpama pemandu tidak berlesen, bertindak sesuka hati keluar daripada simpang dengan tidak mengikut aturan A,B,C. Jika setiap pemandu di setiap persimpangan mengutamakan diri sendiri dan meninggi ego untuk memberi laluan, maka kemalangan akan pasti berlaku. Sikap begini tidak seharusnya berlaku kerana boleh mengakibatkan nyawa pemandu lain melayang dengan sekelip mata. Cara bantu mangsa kemalangan.

Ketiganya adalah mempunyai cara pemanduan terburu-buru dan tidak sabar. Memotong dengan laju dan dengan tiba-tiba masuk dipersimpangan di hadapan pemandu yang dipintasnya. Dengan kata lain, mereka memintas anda hanya untuk masuk ke simpang betul-betul di hadapan anda. Jika secara kebetulan anda juga ingin masuk ke simpang yang sama atau lampu membelok lambat dinyalakan, kemalangan boleh berlaku akibat kegopohan tersebut. Ironinya, kamu pula dituduh melanggar belakang keretanya walhal sikap pemanduannya yang tidak cermat mengakibatkan hal seperti itu terjadi.


Keempatnya adalah leka bermain telefon bimbit. Maklum juga jalanraya di dalam taman, digalakkan memandu perlahan tetapi jika memandu ke kiri dan ke kanan seperti ketam berjalan tentunya pemandu lain di belakang berasa geram dan akan bertindak memintas dalam keadaan marah. Lebih malang perbuatan membunyikan hon panjang akan memburukkan lagi keadaan. Inilah punca awal perbalahan dan bertikam lidah boleh berlaku di jalanraya.

Kelimanya adalah memintas di barisan yang panjang. Jenuh kenderaan lain menunggu giliran dan secara tiba-tiba datang kenderaan lain daripada belakang memintas sehingga ke barisan hadapan. Tentunya boleh membuatkan pemandu lain berasa marah dan jika orang yang dipintasnya mempunyai masalah mental dan panas baran, tentunya akan berlaku pertelingkahan akibat daripada permasalahan itu. Sikap ini adalah yang paling kerap berlaku di hadapan saya petang semalam dan perasan juga wajah kebengangan orang di dalam kereta. Mujurlah saya bermotoraikal sahaja, jadi saya boleh sesuka hati memintas kenderaan lain sehingga ke hadapan.

Sikap-sikap tersebut di atas walaupun nampah remeh tetapi seringkali juga kita lihat semasa memandu di jalanraya. Kesan sikap-sikap itu juga adalah penyumbang kepada statistik kemalangan jalanraya yang kekal tinggi ibarat tiada penyelesaian. Sewaktu ke tempat kerja pagi tadi telah berlaku satu kemalangan antara motorsikal dan kereta MyVi. Seribu peraturan tidak mampu mengubah sikap orang lain melainkan pemandu itu sendiri membetulkan kesilapannya diri sendiri. Wallahualam.

30 ulasan:

  1. Baru semalam ada driver 'tak betul'...saya masuk simpang, tiba2 dia potong bagi signal nak ke kiri. fine. lepas tu dah sampai betul2 kat susur kiri, dia bagi signal nak masuk kanan plak (trafic light dah hijau). nasib kita bawak slow xrushing mane2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lah sis, kita pula yang kena mengalah dan berhati-hati untuk elak kemalangan berlaku.....

      Padam
  2. Betul..sebenarnya setiap pemandu harus sama2 menjaga diri dan pemanduan...sikap pemanduan 2 hala..saling menjaga..kita berhati-hati tapi yang lain tidak atau orang berhati-hati kita pulak tidak pun tak boleh...jalan raya bukan gelanggang untuk pamer kehebatan atau kemegahan serta bakat...tapi wadah untuk memudahkan perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yg lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Sis PC, bukan gelanggang tetapi medium perantaraan antara destinasi....

      Padam
  3. Ana kalau bw kereta mmg akan sentiasa pandang kiri kanan. Risau bila kita bawa ok dah tp pemandu lain ni dtg mencucuh2 walaupun jalan tu jalan "kampung". Kang kalau dia tak sempat brek kan dh susahkan semua org.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lah kan, jalan kampung tapi nak laju2 walhal dah nak sampai dah pun...

      Padam
  4. ke enam, malas nak bagi signal.. ermmmmmmmmm

    BalasPadam
  5. Huh semua betul.. Moga dijauhkan dengan pemandu yang camni.. ekekke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, risau juga kalau terjadi pada diri sendiri...

      Padam
  6. yang ke enam mls nak bg signal.. rasa nak pukul je
    haha
    singgah n follow back

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... setuju tu... pukul nanti jadi kes pula kan....

      Padam
  7. Mama paling tak suka.org suka potong.line so selfish

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sakit hati tu mama... rasa nak block je kan..

      Padam
  8. Yang langgar lampu isyarat pun ramai. Pernah Ada kemalangan yg melibatkan nyawa berlaku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Adam... kena buat lampu besar2 kot...

      Padam
  9. Setuju dengan Mr Azlan. GV paling x suka bila ada kenderaan bawa laju sampai nak langgar kita. Sama juga kalu keluarkan bunyi kuat kuat bila drive terutama kereta turbo or motor turbo. GV sangat cannot go dengan bunyi berdesing kenderaan semua tu.

    BalasPadam
  10. Tak reti pakai signal...haha
    Tu rasa macam nak suh masuk kelas driving balik..haha

    BalasPadam
  11. Tak pasti kes ni dalam kategori mana Tn. NA, LZ paling benci & panas hati bila pemandu tak sabar-sabar keluar dari simpang (sis di main road dalam kelajuan biasa) lepas keta tu masuk laluan utama (depan keta sis) boleh pula dia slow dengan kelambatan melampau.. Menyirap betul..

    Selain tu, kelajuan tak kena dengan lorong dan tak bagi signal.. Fuh memang mencabar kesabaran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu juga saya kena tu sis LZ... tak pasal2 kita yang terkejut kan tetiba muncung tu dah masuk jalan kita....

      Padam
  12. Nasib baiklah kita ini jadi penumpang je naik grab dan uber, hehe, tau tau dah sampai destinasi, kalau panas tu selalu pemandulah.

    NEEZA l Malaysia Lifestyle Blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... bagus Grab dan Uber, yang penting sampai kan...

      Padam
  13. Eh ramai dalam komen ni sependapat dengan saya pasal signal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... betul tu, banyak pemandu cuai bab ni....

      Padam
  14. aku paling panas kalau aircond problem..panas betul lah aku di buatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... tu pun panas juga tu Fendi, panas badan...

      Padam
  15. Paling tak suka dua perangai ini mengekori pemandu di hadapan terlalu rapat dan memotong barisan.. Pergh!! Memang boleh buat hati berasap je.. kikiki

    BalasPadam