Rabu, Ogos 09, 2017

Dulu bodoh kini lebih berjaya

Dulu bodoh kini lebih berjaya| 10 perkara untuk peroleh kejayaan setelah gagal sebelumnya| Pernah kita terfikir bahawa orang yang dikategorikan sebagai kurang cerdik pada zaman persekolahannya, berkemungkinan suatu hari nanti mereka akan lebih berjaya daripada kita? Tentunya tidak. Pada zaman persekolahan pastinya perkara ini tidak pernah berlegar di ruang pemikiran apatah lagi saat itu minda sebagai seorang remaja belum benar-benar matang untuk berfikir sejauh itu. Adakah anda kini menjadi seorang yang lebih berjaya daripada rakan-rakan persekolahan sedangkan anda berada dalam kategori kurang cerdik?

Kebodohan pada zaman persekolahan dinilai melalui sistem peperiksaan pendidikan negara. Nombor satu dikira hebat manakala nombor akhir dianggap kurang bijak. Dengan kata lain juga perbandingan antara bijak dan bodoh begitu mudah dapat dibezakan melalui kedudukan kelas seseorang atau kecemerlangan peratusan ujian dalaman di sekolah itu. Adakah ini bermakna seseorang yang bodoh akan gagal dalam kehidupan seterusnya?

Apakah resepi kejayaan seorang individu yang asalnya kurang cemerlang di zaman persekolahannya? Bagaimana seorang pelajar yang gagal mampu bangkit supaya lebih berjaya pada masa hadapan?


Antara resepi kejayaan yang boleh diamalkan bagi seorang individu untuk bangkit berjaya pada masa hadapan? 10 perkara untuk peroleh kejayaan setelah gagal sebelumnya.
  1. Penguasaan kemahiran tertentu
  2. Bakat yang diasah dengan kaedah yang betul
  3. Usaha berterusan
  4. Tidak jemu menambah ilmu
  5. Sentiasa memperbaiki diri
  6. Kekuatan doa kedua ibu bapa
  7. Bijak merebut peluang
  8. Sentiasa memperbaiki diri
  9. Sentiasa berdoa
  10. Rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT

10 perkara untuk peroleh kejayaan setelah gagal, resepi kejayaan orang berjaya

10 perkara untuk peroleh kejayaan setelah gagal sebelumnya jika diamalkan oleh seorang yang telah dianggap gagal pastinya mampu memperolehi kejayaan pada masa-masa akan datang baik daripada segi apa pun bidang yang diceburi. Sejarah telah membuktikan bahawa orang bodoh dalam pelajaran tidak semesti tidak boleh berjaya. Sejarah tidak akan menipu. Oleh itu, kekecewaan yang dialami ketika gagal dalam peperiksaan adalah bersifat sementara sahaja. Usah berputus asa dan terus melakukan perkara yang sepatutnya untuk terus hidup. Pada zaman persekolahan, seseorang pelajar yang gagal dalam peperiksaan boleh berjaya dalam hidup. Apakah ukuran menjadi seorang yang berjaya dalam hidup?

Pertamanya hidupnya tidak dibebani hutang. Orang berjaya dalam pelajaran sehingga mencapai peringkat PhD sekalipun tidak semestinya bebas daripada dibelenggu masalah hutang. Semakin besar periuknya, semakin besar juga ramuan diperlukan untuk mengisi periuk tersebut. Pinjaman pelajaran adalah salah satu bentuk hutang bagi orang yang berjaya. Orang yang gagal menyambung pelajaran mungkin tidak perlu meminjam untuk terus hidup.

Keduanya memiliki apa yang tidak dimiliki oleh orang yang bijak semasa di sekolah. Kadangkala, seseorang yang gagal semasa di zaman persekolahan mampu memperolehi pendapatan yang tinggi melalui perniagaan. Telah banyak cerita kejayaan berkaitan perkara ini membuktikan bahawa perkara ini bukan mustahil. Biar sekecil mana pun perniagaan itu, dengan strategi yang betul pasti mendatangkan keuntungan melebihi daripada apa yang dinikmati oleh orang berkelulusan tinggi dalam pendidikan.

Yang terakhir adalah menikmai hidup bersama orang disekelilingnya sama ada keluarga, jiran, rakan baru atau saudara mara. Orang yang berjaya mungkin hidupnya tidak tenteram biarpun dilimpahi wang ringgit yang banyak. Orang yang gagal dalam pelajaran tidak mustahil hidupnya lebih gembira berbanding teman seangkatannya yang lebih bijak semasa bersekolah dahulu.

Kejayaan seseorang boleh dinilai daripada apa yang dilihat oleh orang lain dengan mata kasar tetapi kebahagiaan dalam menjalani kehidupan yang berjaya adalah habuan sebenar dalam realiti kehidupan. Dalami maksud kata-kata ini, gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Bangkit dan terus berjuang dalam hidup, InsyaAllah kejayaan akan datang kepada anda. Semoga bermanfaat 10 perkara untuk peroleh kejayaan setelah gagal sebelumnya, dulu bodoh kini lebih berjayaWallahualam.

20 ulasan:

  1. Di sekolah..malah dikalangan keluarga juga menilai kejayaan itu berdasarkan nombor dalam kelas..berapa banyak A diperolehi..belajar di universiti mana...hinggalah kerja berpangkat apa..namun berjaya itu sebenarnya sangat luas ertinya..kerana yang kehadapan..tidak terjangka difikiran kita bagaimana kalau Allah berkehendak untuk ubah nasib seseorang sekelip mata.Bodoh jangan terlalu disisih..bijak jangan terlalu ditatang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka ayat tu "Bodoh jangan terlalu disisih, bijak jangan terlalu ditatang"... setuju sis PC... kejayaan sangat luas maknanya...

      Padam
  2. Mmg tak mustahil. Kadang yg berpelajaran, ada sijil, degree tu hidup bergantung kpd makan gaji. Yg takde sijil tu usaha keras utk berjaya, Tak kenal putus asa. Pernah dengar tak org cina ajar anak berniaga sehngga berjaya?
    Rezeki ditentukan Allah, jika ada usaha in shaa Allah berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sis, tak ada sijil pun boleh jadi tauke...

      Padam
  3. Kejayaan seseorang bukan semata-mata diukur dengan harta kemewahan yang dimiliki. Hidup penuh kebahagiaan itulah kejayaan yang kita kecapi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju pak cik... ada duit tapi tak bahagia pun tak guna juga...

      Padam
  4. saya sngt setuju dgn kata2 "menikmati hidup dengan orang sekeliling".. dan apa yang boleh sy cakap tak semua org yang gagal SPM selamanya gagal. ramai sja yang gagal SPM tp sekarang dh berjaya ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Busyra... betul tu Busyra.. Perkara tu telahn terbukti...

      Padam
  5. tq so much untuk artikel yang sangat bermanfaat ni.. :D

    singgah + follow sini.. ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    BalasPadam
  6. Ramai kawan GV yang kurang cemerlang masa kat sekolah tapi sangat berjaya di Universiti dan di dalam kerjaya mereka. Sebab itu GV takkan pandang rendah sekali pun kepada sesiapa pun sebab setiap orang mempunyai kelebihan yang unik dan mungkin orang lain tidak memilikinya. Good info Mr Azlan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sis GV, jangan pandang rendah pada sesiapa pun...

      Padam
  7. Betul tu. Ada jugak kwn sekolah cikla yg dulu masa sekolah mmg antara pelajar yg bermasalah. Tapi sekarang ni dia salah seorang yg paling ke depan di kalangan kami Rakan2 yg sama batch dgn dia....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kan... salah satu bukti daripada cikLa...

      Padam
  8. ramai kawan-kawan ai yang tak berjaya di sekolah, tapi sekarang dah berjaya dalam kerjaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Aisya... asalkan berusaha dan buat apa langkah di atas pasti akan berjaya...

      Padam
  9. Rezeki tu tak pandang sijil yg ada dalam genggaman. Yg penting kena usaha utk perbaiki diri dan sentiasa berdoa padaNya. InsyaAllah kejayaan milik kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah sis Ana... usaha tangga kejayaan...

      Padam
  10. Bukan bodoh...cuma lambat faham =)

    BalasPadam