Anak demam panas dan berhalusinasi| Segelintir ibu bapa tentunya pernah mengalami masalah seperti saya. Anak saya mula mengalami simptom demam panas pada Hari Jumaat yang lalu. Pada jangkaan saya seperti sebelum ini, selepas dua hari atau tiga, demamnya akan mula kebah dan kembali pulih seperti sedia kala.
Namun jangkaan saya meleset memandangkan pada hari ini, anak saya masih lagi mengalami demam panas dan belum menunjukkan dia akan pulih pada jangka masa terdekat. Oleh itu, menjadi kerisauan sekiranya anak demam panas berlarutan sehingga hari ke-3 dan ke atas sama ada anak mengalami simptom demam panas biasa atau demam akibat disebabkan jangkitan penyakit lain.
Demam, simptom atau penyakit
Demam panas adalah simptom dan bukan penyakit. Simptom demam panas adalah disebabkan sistem antibodi badan telah mengesan kehadiran kuman, virus atau bakteria dan melawannya. Anak demam panas tidak membahayakan walau setinggi mana pun suhu badannya tetapi amat merisaukan ibu bapa kerana anak demam panas boleh disebabkan oleh penyakit denggi, H1N1 dan sebagainya.
Pada dasarnya tubuh badan manusia mempunyai suhu badan normal sekitar 36.6 hingga 37.9 darjah celcius dan segelintir anak kecil mampu menahan suhu badan sehingga 38.9 darjah celcius. Apabila suhu badan meningkat lebih tinggi daripada itu, mereka akan merasai tidak selesa dan boleh menjadi lebih teruk seperti berkelakuan pelik, muka merah dan bercakap tentang sesuatu yang ibu bapa tidak nampak dan dengar. Perkara sedemikian adalah normal dan ianya akan hilang selepas demamnya kebah.
Anak berhalusinasi
Sejak malam semalam, isteri saya menjaga anak lelaki saya berusia 6 tahun, Naufal. Demam kali ini agak pelik. Berbanding sebelumnya, kali ini dia mengalami halusinasi. Dia bercakap sendiri dan kadang kala menangis dengan tiba-tiba. Pengalaman yang sangat bermakna sebagai ibu bapa. Mungkin ibu bapa tidak pernah mengalami kejadian seumpama ini dan kami sangat bertuah kerana melucukan.
"Mak, saya tidak bunuh anak dia" Sambil menangis seorang diri di dalam bilik. Waktu itu saya sedang menyapu rumah manakala isteri sedang menyidai baju. "Mana ada saya ambil anak dia, saya tak ambil.." Naufal menangis lagi.
"Mana ada saya curi anak (sambil sebut nama kawan dia)". Bila masa kawan sekolah dia ada anak? Lagi satu dialog, "(Nama kawan) cakap saya ambil pensil dia, mana ada saya ambil pensil dia... saya tak ambil".
Paling melucukan dan menakutkan saya "Jangan ambil ayah saya. Mak saya nampak ayah jalan dengan perempuan". Ah! Jika dialog sebegini keluar, suami mana tidak seram kan. Nasib baik ianya hanya halusinasi seorang anak yang sedang demam panas.
Pada mulanya saya agak risau juga. Memandangkan ini adalah pengalaman kali pertama, pasti juga mana-mana ibu bapa akan merasa risau bukan?
Halusinasi dan bercakap sendiri
Jika ibu bapa mengalami situasi seperti saya, jangan risau memandangkan ianya adalah normal dan bukan disebabkan masalah lain. Pada pendapat saya, apabila anak kecil demam, mereka akan menjadi lebih manja, perlu perhatian dan sensitif. Oleh kerana itu, pada saat mereka sedang sakit, satu pelukan dan sentuhan ibu bapa adalah sangat perlu kerana mereka mendambakan lebih perhatian daripada ibu bapa berbanding waktu-waktu biasa.
Tidak perlu membawa anak demam panas berjumpa bomoh untuk merawat anak demam panas dan bercakap sendiri. Cukup dengan ubat demam atau ubat demam cucuk punggung yang diberikan oleh doktor. Mereka bercakap sendiri bukan disebabkan kena sampuk atau sebagainya kerana pada masa tertentu mereka akan kembali normal. Jika perkara ini berlarutan walaupun selepas demam sudah pulih, hal ini.mungkin berkait rapat dengan masalah "Autism". Wallahualam.
Ya Fattah Ya Salam... risau klu anak dh demam kan...
BalasPadamBetul memang risau.. lagi kalau ada dialog pelik2..
Padambapak2 memang seram kalau anak ckp bapak jalan ngan perempuan lain. takut mak plak menyinga..ekekek
BalasPadamHahaha... confirm...
Padamapa2 pun semoga anak cpt sembuh.. amin2
BalasPadamThanks ya... Amin...
Padamsiannya. risau kan kalau demam panas ni. moga anak cepat sembuh.. amin
BalasPadamMemang risau Nad, amin... Terima kasih...
PadamSemoga cepat sihat ye naufal..
BalasPadamTerima kasih Ai... Amin...
PadamMmg riso anak demam..anak ena dah masuk ubat bontot pon still x surut.. mmg ikut serasi ubat jugak..xbole harap 1klinik je .semoga cepat sembuh n dijauhkan dri sebarang tanda autism..
BalasPadamBetul tu, Naufal ni bila demam memang lama demam nak kebah...
Padamsmoga cepat sihat yee adikk.. demam panas ni risaunya laaa..
BalasPadamBetul tu Busyra, memang risau... Thanks ya...
PadamAnk2 kecik mmg kerap demam kan, bila dah agak besar barulah jarang demam.
BalasPadamMudah2an Naufal dah kebah dari demam.
Betul tu, time kecik ni lah banyak perhatian nak kena bagi... Thanks sis...
PadamSemoga dia cepat sembuh.Aaminn
BalasPadamTerima kasih sis, amin...
PadamSaya mungkin bukan seorang ibu tapi kawan ayah saya ada anak yang sakit sawan, puncanya demam panas masa kecil (7 tahun). Jadi pada saya, anak kecil kalau demam panas memang bahaya. Dia mungkin sejuk tapi sebenarnya dalamannya panas, jadi dia perlu dimandikan sekerap yang boleh, jangan diselimutkan pulak. Wallahualam lah, ni petua ayah saya, rujuk doktor lebih baik. Semoga cepat sembuh Naufal.
BalasPadamBetul tu, dia cakap sejuk tapi suhu dalam panas... selimut memang tak bagi kalau anak demam.. thanks ya untuk petua tu....
Padam😂 lucu plak rasa..bhaya gak tu halusinasi bkn2 tp klo berlarutn lg bhya..effect pd saraf nnti..smoga ank en.cpt smbuh
BalasPadamBetul tu, kalau berlarutan memang kena bawak hospital...
PadamKena cepat2 jumpa doktor.
BalasPadamMudah2an anak Azlan dah sembuh.
Terima kasih Pak Cik.... Amin...
Padamalahai...anak demam ni kalau demam dia terlalu tinggi atau demam panas memang macam tu kan,orang tua pun sama,macam nenek dulu,dia demam panas,merapu je cakap dalam tidur..
BalasPadamMoga anak cepat sembuh ye.Paling risau kalau anak demam,kena pantau selalu supaya tak terlalu tinggi panasnya tu
Nasib mak nya ada sis... hihi.... saya jaga lagi dua... Amin, thanks doanya...
Padamgws.
BalasPadamaida kalu anak2 demam, mula la jadik risau over the limit!
akan sedaya upaya try to reduce kan suhu nyer.
Ya, betul tu, kalau tak kawal boleh effect urat saraf...
Padamtapi so far, takde lagi anak2 berhalusinasi.
BalasPadamjust, mlm time tido = mengigau. and mcm merengek yg berckp :)
Lucu kalau dengar sis... hihi
Padambab anak-anak demam ni paling risau sebab tu kalau anak demam, selalunya ibu tak lena tidur malam..pantau suhu anak.
BalasPadamTepat sekali, memang ibu yang tak tidur malam... saya kaki tidur... hehe
PadamSemoga anak bro Noor Azlan cepat sembuh seperti sediakala. Kalu anak demam nie memang kita ibu bapa akan berasa susah hati, kan..
BalasPadamTerima kasih sis... Hampir sembuh tapi sorang lagi sambung...
Padambla sebut demam panas dlm kalangan kanak2, takut juga sbb mcm2 perkara boleh jd. paling sy takut, kanak2 jadi buta krn demam panas... sy rs ya allah...mcm mn diorg nk tras kn hidup bila dunia ni semuanya gelap???
BalasPadamBetul tu, bukan setakat buta, sindrom down pun boleh terjadi..
Padamrisau sebab demam tinggi & meracau tu. kalau berlanjutan kena bawa ke hospital. ada budak jenis macam ni. time demam je meracau. bila dsh baik, should be ok.
BalasPadamItulah sis... takut pun ada... hihi
PadamMrs. A ada pengalaman anak demam panas dan berhalusinasi.
BalasPadamTime tu anak Mrs. A yang sulung tu demam iaitu Along dia bercakap-cakap sorang, macam meracau-racau pun ia juga.
Adoii... seram jugak time tu.
Mrs. A peluk dia sambil baca ayat kursi.
Tak apa, apa yang saya baca pun diaorang kata benda ni normal.. perasaan takut ada, lucu pun ada... hihi
PadamEn Noor azlan..sy br melalui perkara yg sama..anak sy brumur 7 thn..ni hari kedua anak demam panas n mula behalusinasi..ckp sorg2 n berkelakuan pelik..da bg ubat bontot,lap badan n letak tuala basah didahi..alhamdulillah da x panas..tp masih berhalusinasi..x pnh anak sy demam mcm ni..sepanjang mlm sy berjaga risau..moga Allah beri kesembuhan pd anak sy..
BalasPadamMoga anak tuan cepat sembuh... Amin...
Padam