Rabu, September 13, 2017

YouTube Channel BILALELAKIBERBICARA.COM cecah 5k views

YouTube Channel cecah 5k views| Masih ada 5k views lagi untuk dicapai supaya mendapat peluang Review daripada pihak You Tube. Tujuan Review tersebut adalah supaya iklan Google Adsense dapat dipaparkan di Channel You Tube saya. InsyaAllah dalam jangka masa sebulan dua, sasaran itu akan dicapai. Terima kasih kepada mereka yang sudi Subscribe channel saya.
BILALELAKIBERBICARA.COM YouTube Channel By Noor Azlan

Sebenarnya tiada video yang terlalu istimewa sehingga mampu ditularkan. Hanya video biasa yang berada dalam koleksi simpanan. Jadi kalau anda melawati channel saya, terimalah seadanya ya. Berbekalkan telefon OPPO Joy murah, Alhamdulillah dapat juga ianya ditonton oleh pelayar You Tube.

Jika anda berkeinginan untuk mengabadikan koleksi video supaya tidak hilang, boleh cuba untuk mewujudkan channel sendiri. Dalam masa yang sama, walau pun anda tidak memiliki akaun Google Adsense untuk blog, tetapi anda masih tetap boleh memohon untuk akaun You Tube sahaja. Mana tahu, koleksi video anda sangat teruja ditonton oleh orang awam. Namun terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum akaun Channel You Tube anda direview iaitu mencapai minimum 10k views terlebih dahulu. Boleh baca di Cara buat duit dengan merakam You Tube Video.

Beberapa polisi perlu dipatuhi. Tiada unsur copyright seperti lagu, video milik orang lain atau bunyi berlatarbelakang lagu pun tidak dibenarkan. Semuanya wajib asli. Selain daripada sumber-sumber lain untuk menjana pendapatan sampingan, You Tube boleh menjadi salah satu pilihan yang ada. InsyaAllah tidak lama lagi semuanya akan berjalan dengan baik seperti yang saya rancang. Mudah-mudahan. Wallahualam.

6 ulasan:

  1. Belum pernah ada akaun Youtube lagi. InsyaaAllah soon. Nanti nak subscribe la channel bilalelakiberbicara.com :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah boleh cuba buat sis... mana tau boleh promote produk sis dalam tu nanti.... jangan lupa subscribe ya...

      Padam
  2. dulu-dulu ada buka akaun youtube . tapi takda post apa-apa pun . so sekarang account pun terkubur haa

    BalasPadam
  3. Saya tak penah nak bukak akaun youtube.. Belum ada keberanian lagi.. anyway, saya dah pun subscribe akaun youtube Bro Noor Azlan..

    BalasPadam