Selasa, Oktober 31, 2017

Ciri-ciri Attention Seeker

Ciri-ciri Attention Seeker| Apakah maksud Attention Seeker? Ianya jelas bermaksud pencari perhatian dalam Bahasa Melayu manakala terjemahan lain pula mengatakan bahawa Attention Seeker adalah seseorang yang bertindak semata-mata dengan cara yang ditujukan untuk menarik perhatian orang lain. Menurut Persatuan Psikitari Amerika, penyakit Gangguan Personaliti Histrionic (HPD) ditakrifkan sebagai  "gangguan keperibadian yang bercirikan corak emosi mencari perhatian yang berlebihan, biasanya bermula pada masa dewasa dewasa, termasuk kelakuan yang mengganggu.."

Ciri-ciri Attention Seeker, mengenali Attention Seeker, maksud Attention Seeker

Bagaimana kita mengenali individu yang dikatakan Attention Seeker ini? Sukar untuk saya menamakan satu contoh personal (Attention Seeker) memandangkan belum ada rekod pengiktirafan mengatakan seseorang itu adalah Attention Seeker. Walau bagaimanapun, beberapa ciri berikut merupakan Ciri-Ciri Attention Seeker yang utuh untuk melayakkan seseorang itu digelar pencari perhatian orang ramai.


  • Melakukan perihal dangkal - Begitu kerap perilakunya diragui dan kesahihan cerita hidupnya boleh dipertikaikan serta diketahui oleh orang ramai kerana bukan hanya satu otak yang berfikir mengenainya tetapi banyak mata sedang melihatnya.
  • Berpura-pura ketika meminta perhatian orang ramai - Amat jelas, benda yang tiada, diadakan, ibarat penjenayah amatur mengorak langkah tetapi terlalu banyak silapnya. Perbuatan berpura-pura mudah dihidu orang ramai dan akhirnya kisah Attention Seeker akan memakan diri sendiri.
  • Sukar beri penjelasan atas kejengkelan tindakannya - Mustahil seorang Attention Seeker akan mengakui kesilapannya memandangkan ianya menjadi tabiat hidup yang sukar dibendung walau berkali-kali sikap jengkelnya dibongkar orang ramai.
  • Bertindak kurang bijak dengan konsisten - Seperti perbuatan yang tabiat, ianya akan diulang-ulang tanpa sesalan. Ada sahaja perkara rekaan berlaku dengan tujuan menarik perhatian orang ramai untuk memberi perhatian kepadanya.
  • Sentiasa meraih simpati orang ramai - Paling mudah dan kerap dilakukan si Attention Seeker adalah meraih simpati atas kejadian yang menimpa dirinya. Meraih simpati dengan berlebihan seperti menangis di rakaman video you tube dengan sangat beremosi dan menjengkelkan mata orang ramai yang memandang.
  • Tidak hirau dengan teguran orang lain - Seperti yang saya katakan tadi, tahap keyakinan Attention Seeker sangat tinggi dan sukar orang lain menasihatinya sehingga mereka akan sedar dengan sendiri bahawa tiada orang suka dengan perbuatannya. Maka jika tidak dilayan perbuatannya, akan hilang selera Attention Seeker untuk mengulanginya lagi.

Kelakuan Attention Seeker sering mengundang cemuhan orang ramai apabila tindakannya ibarat kurang kasih sayang, melakukan sesuatu dengan niat untuk mendapatkan perhatian orang ramai kepadanya serta hidup dengan penuh rekaan dan khayalan. Namun apa yang positifnya, keyakinan seorang Attention Seeker sangat tinggi sehingga berani melakukan "banyak perkara kurang bijak" biarpun mendapat kutukan ke atasnya.

Attention Seeker akan sentiasa mencipta "drama" hidup sendiri untuk mendapat perhatian orang ramai. Tidak sakit boleh jadi sakit, mengugut membunuh diri di khalayak ramai demi meraih simpati walhal jauh sekali ingin mati serta bergembira memainkan perasaan orang lain. Namun sikap sebenar Attention Seeker sangat mudah dihuraikan malahan perbuatannya jelas dibuat-buat tanpa mereka sendiri sedari. Awas Attention Seeker, anda selalu diperhatikan bukan kerana mereka simpati tetapi bersedialah menerima caci dan maki. Baca juga Ciri-ciri Golongan Wanita Gedik. Wallahualam.

38 ulasan:

  1. emmm..tulah kerja attention seeker..suka mencari perhatian dengan perkara yang tak masuk akal

    BalasPadam
  2. saya ada terbaca artikel mana entah, org yg suka selfie and upload ke socmed secara kerap ni adalah antara ciri2 attention seeker... wallahu'alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tengok caption juga Anies, kalau positif, jujur, netizen tak kisah sangat rasanya...

      Padam
  3. Tak dinafikan mmg ada species nindlm kehidupan Kita. So bertabahlah ye

    BalasPadam
  4. Betul....attention seekers ni selagi boleh akan diusahakan supaya orang beri perhatian pada dirinya...yang menyedihkan adakala maruah diri seolah dicampak ke tepi....

    BalasPadam
  5. Kak Sue pernah juga jumpa orang macam nie.. sangat menakutkan..

    BalasPadam
  6. kadang2 akan menyusahkan orang ... Ganggu kehidupan orang ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, orang disekeliling akan kena tempiasnya...

      Padam
  7. Kadang malas layan dengan orang yang camni. harap kita smua terhindar dr perangai ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah CikRenex, mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam spesis ni...

      Padam
  8. Attention seeking itu normal. Tetapi apabila berlebih lebih jadi lah penyakit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, yang terlebih tu dah kategori berpenyakit...

      Padam
  9. Ramai dah sekarang ni yg jadi attention seeker. Sangup tebalkan muka dan memperbodohkan diri utk jadi terkenal. Dan kelakarnya mereka dpt apa yg mereka nak. Dan attention seeker ni banyak yg dah terkenal dan dah dapat buat income sendiri tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sis.. rezeki mereka kan... kadang annoy juga tapi seperti saya cakap lah, rezeki...

      Padam
  10. Sabar je dengan kerenah attention seeker. Kalau budak tu fahamla kan. Kalau dah besar nak attention lagi adui...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, betul tu sis, budak2 tu biasa, dah besar kalau tak over ok la, kalau over dan menyusahkan orang lain, macam nak kena jotos je kepalanya...

      Padam
  11. Selalu je jumpa attention seeker ni kat Fb..Sikit2 nak update status sedih la biar orang simpati la tu, yang tak best nya pura2 jadi mangsa pulak adehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, setakat ni kat News Feed saya belum jumpa lagi...

      Padam
  12. Attention seeker ni selalunya tak malu langsung.. Kadang macam takde maruah pun ada.. Maaf cakap.. Moga akhlak kita terjaga tidak melampaui batas 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, moga kita dihindarkan dengan sikap Attention Seeker ni...

      Padam
  13. Saya masa muda-muda kat tempat belajar mmg jenis attention seeker ... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Attention Seeker dari sudut postif ok juga bang, jangan menarik perhatian dengan tindakan kurang bijak je la... hihi

      Padam
  14. haha. abaikan org mcm ni.. mmg tak malu kan en lan.

    BalasPadam
  15. Selalunyan attention seeker ini mahukan glamour. hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu GV, kalau untuk menarik perhatian dengan niat yang bagus ok lah, jika mengundang gangguan kepada orang lain tidak sepatutnya berlaku...

      Padam
  16. Salah satu cara untuk jadi terkenal

    BalasPadam
  17. Saya kenal seorang attention seeker.. Semua ada ciri-ciri di atas.
    Bukan menuduh tapi terkilan sebab langsung tak mahu berubah walaupun sudah berkali ditegur. Hidupnya berpura-pura untuk menyedapkan mata orang di social media.. Kesiannnn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan sebut nama dia kat sini tau... hihi.. Buat poster kot sis.. tampal kat ofis...

      Padam
  18. Menyampah betul dengan manusia jenis attention seeker ni, entah apa-apa la diorang ni. Tapi betul la...diorang punya self confidence tu memang mantap haha kena cemuh kutuk pun tetap rilex

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Betul tu, kena hentam ke apa ke, buat tak tahu je orang jenis ni...

      Padam
  19. tajuk yg agak menarik perhatian saya untuk baca sampai habis
    harap saya tak tergolong dalam spesies ni
    btw jemput la singgah and follow blog saya https://marblemomo.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih membaca.. Saya sudah follow blog tuan...

      Padam