Jumaat, Oktober 20, 2017

JDT VS PERAK Malaysia Cup 2nd League 2017

JDT VS PERAK Malaysia Cup 2nd League 2017| Esok 21.10.2017, pertembungan yang pasti sangat menarik antara dua pasukan, Johor Darul Ta'zim Football Club (JDT FC) dan Perak The Bos Gaurus Football Club or Perak TBG dalam pusing kedua Piala Malaysia selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 di Stadium Ipoh, Perak pada 15 Oktober yang lalu.

JDT VS PERAK Malaysia Cup 2nd Leage 2017

Perlawanan ini adalah sangat penting bagi JDT memandangkan sejak JDT direvolusikan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim, JDT belum pernah lagi memenangi Piala Malaysia. Namun pada perlawanan separuh akhir pertama yang lalu, JDT agak sukar menembusi benteng pertahanan Perak TBG. Tambahan lagi, benteng pertahanan Perak TBG dibarisi oleh beberapa pemain kebangsaan. Maka wajarlah JDT sukar menembusi pertahanan Perak TBG.


Pada perlawanan malam esok, semoga pasukan JDT dan Perak menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan berlangsung dalam keadaan tanpa kontroversi dan "panas". Peminat kedua-dua pasukan pastinya ingin menyaksikan aksi menarik kedua-dua pasukan seperti pada perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia 2017. Semoga berjaya kepada JDT!

10 ulasan:

  1. jarang tengok sukan, ada masa tengok paper je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok juga tu bang, paper lagi senang, dah ada result...

      Padam
  2. Akak sokong JDT.. JDT tetap di hati, bangun bangun bangun JDT bangunn.... ha ha ha ha.. pelik kan, akak ni fans die hard JDT

    BalasPadam
  3. Masa perlawanan bola ini disiarkan, sis sibuk draft entri..
    Husband dan anak layan bola..
    Sis cuma minat tahu keputusan sahaja, ngeeeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, bagus juga kan mereka tak kacau sis buat kerja sendiri...

      Padam
  4. Luaskan kuasamu Johor final nanti jadi champion :)

    BalasPadam