Selasa, Oktober 17, 2017

Kaedah Rawatan Perubatan dalam Islam yang betul

Kaedah Rawatan Perubatan dalam Islam yang betul| Terbit idea untuk menghimpunkan seberapa banyak cara rawatan perubatan dalam islam untuk panduan pembaca supaya mampu membezakan mana satu cara yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional adalah benar-benar mengikut apa yang disarankan dalam Islam ataupun kaedah rawatan perubatan tradisional bercirikan syirik, kurafat atau tahyul.

Rawatan Perubatan Islam, Ruqyah, Rawatan Perubatan Tradisional

Hujung minggu lalu, saya dan isteri berkesempatan mengunjungi Pak Nek dan Mak Nek, pengamal perubatan Islam di Sibu, Sarawak. Sementara isteri saya sedang berurut dan bertangas dengan Mak Nek, sempat juga berborak dengan Pak Nek. Banyak juga ilmu yang disampaikan oleh Pak Nek kepada saya. Semasa beliau sedang berbicara kepada saya, teringat pula macam-macam kisah seperti bomoh merogol pesakit, tangkal, azimat dan sebagainya. Diakui, masih terdapat masyarakat di negara ini "dibutakan" oleh pengamal perubatan atas nama Islam dan rawatan tradisional demi mengaut keuntungan dek kerana pesakit terdesak, tidak mempunyai pengetahuan berkenaan rawatan dianjurkan dalam Islam. Hal yang sedemikian telah dibuktikan dengan adanya kes-kes tertangkapnya bomoh merogol pesakit, bomoh mencabul pesakit dan sebagainya.

Rawatan perubatan Tradisional

Rawatan perubatan tradisional adalah rawatan berasaskan kaedah turun temurun atau diwariskan, ilham daripada Allah SWT, pengajian terhadap ilmu perubatan dengan melibatkan bacaan ayat tertentu. Sami merawat dengan bacaan Sanskrit, Paderi dengan bacaan doa dari Kitabnya juga Ustaz dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Selain daripada bacaan sepotong dua ayat, kaedah tertentu digunakan bagi tujuan merawat bergantung kepada jenis dan masalah pesakit yang datang mendapatkan rawatan.

Artikel ini hanya memberi penekanan kepada rawatan perubatan Islam sahaja. Namun begitu, seperti yang disampaikan oleh Pak Nek, tidak semua rawatan perubatan tradisional itu mengikut cara Islam yang betul. Menurutnya, kaedah rawatan boleh dipelajari secara teori dan praktikal. Teorinya melibatkan bacaan ayat Al-Quran yang betul, pada penyakit yang betul. Praktikalnya adalah kaedah rawatan yang akan dijalankan kepada pesakit sama ada melalui sentuhan, urutan dan sebagainya.


Tentu kita pernah mendengar cerita berkenaan dialog seorang doktor "Saya rasa encik ini tidak mempunyai apa-apa penyakit..." walhal pesakit tadi ibarat mayat hidup terdampar menahan sakit tetapi mengapa perubatan moden tidak menemui apa-apa punca penyakit. Secara spontannya, pasti dalam kalangan masyarakat melayu akan mempunyai anggapan bahawa ikhtiar rawatan perubatan tradisional adalah perlu pada masa itu. Pasti! Baca juga Jenis Sihir dan Tanda Terkena Sihir.

Tidak semua penyakit diizinkan sembuh oleh Allah SWT atas sebab tertentu dan sebagai hamba Nya, usaha dan ikhtiar disarankan. Justeru kemudian harus berserah kepada Nya. Wallahualam. Apa yang paling penting, bagaimana kaedah rawatan perubatan yang dijalankan oleh pengamal perubatan di mana tempat kita mendapatkan rawatan supaya tidak berunsurkan kurafat dan syirik demi akidah seorang muslim sentiasa dipelihara. Bukan semua "bomoh" betul dan cerita kejayaan penyembuhan adalah dengan izin Nya sahaja.

Kaedah rawatan perubatan dalam Islam

Mereka bertanya, “Ya Rasulullah, apakah kami berubat?” Beliau menjawab, “Ya, wahai hamba-hamba Allah. Sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan (pikun)”. (HR. Ashabussunnah). 
Perbezaan antara pengamal perubatan Islam dan bomoh adalah bomoh ber"teman"kan jin atau syaitan. Ia perlu diketahui oleh pesakit supaya mengelakkan usaha yang dilakukan mampu memesongkan akidah pesakit. Cara mudah mengenalpasti bomoh yang menggunakan jin dan syaitan semasa mengubati pesakit adalah bomoh menggunakan bahasa tidak difahami, mengamalkan ritual rawatan pelik, membekalkan tangkal, kertas, azimat dan apa juga bentuk barangan kepada pesakit.

Manakala pengamal perubatan Islam pula biasanya menggunakan bahasa Arab, membaca ayat suci Al-Quran, menggunakan air yang dibacakan doa. Manakala terdapat juga menggunakan garam untuk memagar kawasan, mandian dan sebagainya. Satu istilah sinonim dalam kaedah rawatan perubatan Islam adalah Ruqyah Syariyah. Ruqyah yang diamalkan oleh bomoh dikenali sebagai Ruqyah Syirkiyah dengan bacaan jampi dan mantera sebagai asasnya.

Kriteria Ruqyah Syariyah adalah:
  1. Menggunakan ayat Al Quran
  2. Bahasa Arab sebagai bahasa doa kecuali jika tidak mampu menggunakannya.
  3. Tidak terlalu bergantung kepada Ruqyah (Hanyalah salah satu bentuk ikhtiar).
  4. Isi Ruqyah jelas maknanya.
  5. Tidak mengandung doa atau permintaan kepada selain Allah SWT.
  6. Tidak mengandung ungkapan yang diharamkan, seperti celaan.
  7. Tidak meletakkan syarat kepada orang yang diruqyah supaya berada dalam keadaan pelik seperti harus berada di kubur, harus melakukan jima' bersamanya dan lain-lain lagi.

Apabila seorang pengamal perubatan mengatakan pesakit perlu di "scan", ianya tidak salah dan "scan" adalah salah satu kaedah rawatan penyakit. SALAH! Jika menggunakan jin dan syaitan dalam proses "scan". Apakah yang dimaksudkan dengan "scan"?. Imbas dan tahu punca penyakit. Maka itu boleh ditafsirkan sebagai menilik nasib. Tilik menilik adalah syirik dalam Islam. Namun terma "scan" juga telah diamalkan oleh pengamal perubatan Islam dengan meminta ilham daripada Allah SWT agar ditunjukkan penyakit bergantung kepada kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya.

Saya juga dimaklumkan oleh Pak Nek, ruqyah, bacaan doa, solat sunat adalah kaedah rawatan dalam Islam. Seorang pengamal perubatan Islam perlu membaca ayat-ayat Al-Quran yang betul kepada tempatnya. Maksudnya jika sakit berkaitan gangguan jin dan syaitan, baca potongan ayat berkaitan gangguan jin seperti Surah Al-Jin (Ayat 11-24).

Cara rawatan perubatan tradisional dalam Islam

Beberapa langkah yang disebutkan seperti dibawah adalah cara merawat yang diamalkan oleh pengamal perubatan Islam. Jangan terpedaya pada songkok dan serban atau kopiah, perhatikan pada perilakunya dan kaedah rawatannya sama ada benar-benar rawatan perubatan Islam atau berdampingan dengan jin dan syaitan.

  1. Rawatan dimulakan dengan doa.
  2. Kedengaran membaca ayat Al-Quran sahaja.
  3. Tidak menggunakan Al-Quran untuk mengetahui sesuatu seperti dijadikan azimat/tangkal dan sebagainya.
  4. Tidak mengetahui tujuan kedatangan pesakit.
  5. Berada dalam keadaan sedar dan waras.
  6. Tidak meminta pengeras.
  7. Tidak bersikap kasar, angkuh dan sombong sesama manusia.
  8. Mendirikan solat apabila tiba waktunya.
  9. Berpakaian sopan dan menutup aurat.
  10. Menjaga aurat pesakit semasa merawat.
  11. Berada dalam keadaan berwudu'
  12. Tidak merokok
  13. Tidak menggunakan asap atau colok. (Kemenyan).
  14. Tidak menggunakan peralatan besi lama. (Cincin, keris dan sebagainya).
  15. Merawat dengan nada yang lembut dan tidak meninggi suara.
  16. Merawat secara terbuka
  17. Kawasan merawat dalam keadaan yang bersih dan tidak kotor.
  18. Hanya membekalkan air yang dibacakan doa kepada pesakit dan bukan tangkal, azimat dan sebagainya.
  19. Tidak menyatakan siapa yang berbuat jahat kepada pesakit seperti perbuatan santau dan sebagainya.

Rawatan perubatan Islam VS Rawatan Moden

Ikhtiar merawat sesuatu penyakit adalah digalakkan dan tidak salah untuk mencuba beberapa kaedah rawatan dalam apa juga bentuk yang diizinkan oleh Nya. Sama ada perubatan tradisional mahu pun rawatan moden di klinik atau hospital, apa yang penting adalah cara merawat atau kaedah rawatan yang digunakan dan bukan sama ada sembuh atau tidak, berkesan atau tidak kerana yang menyembuhkan penyakit itu hak Allah SWT dan bukan jin, syaitan, malaikat atau Raja Bomoh. Percaya kepada Allah SWT dan elakkan terpedaya dengan kata-kata seorang pengamal perubatan yang diragui amalannya. Mati itu pasti tetapi jangan mati dalam akidah yang terpesong. Wallahualam. [1] [2]

24 ulasan:

  1. Terima kasih perkongsian..apa pun pilihan kaedah perubatan untuk berubat...hati-hati..bissmillah..minta Allah lindungi kita dari hal yang syirik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sis... perlu berhati-hati dan mohon dilindungi daripada kesyirikan...

      Padam
  2. omg just bookmarked this post! istilah 'scan' ni selalu digunakan oleh nisha and kwn2 yg lain dgn sorang member ni. kebetulan member nisha ni ada kelebihan. kalau ada apa2 masalah mesti kitorang minta dia scan lol XD

    - - -
    Anyway, Nisha tag awak untuk satu GA baru. Jemput join yaaa kalau ada masa nanti <3

    http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2017/10/2nd-giveaway-atiehilmicom-ft-1st-dental.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan salah scan tau... hihi... InsyaAllah Nisha..

      Padam
  3. Kalau zaman dulu2, orang cari pawang, dukun atau bomoh untuk mengubati sesuatu penyakit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul pak cik, dulu selalu orang panggil pawang, dukun dan bomoh..

      Padam
  4. alhamdulillah menarik info ini bro..

    saya lebih yakin dengan perubatan Islam yang bertauliah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih bro... Memang ada seperti As-Syifa tu...

      Padam
  5. sekarang rawatan perubatan dah menjadi pilihan ramai kan...

    BalasPadam
  6. Terbaik perkongsian Tn. NA.. Jelas dan mudah faham.. Sis kadangkala keliru dengan perubatan tradisional ni, bimbang kalau salah rujuk..

    Semoga kita dilindungiNya selalu, aminnn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sis... bila salah rujuk, banyak pula kes yang berlaku... Amin... Mudah-mudahan...

      Padam
  7. insya allah kalau serasi perubatan islamlah yang terbaik kan..

    BalasPadam
  8. Informative sangat perkongsian ini. Tak salah berubat secara Islam. Cuma kita kena pastikan yang mana betul yang mana syirik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sis... Betul tu, berubat tak salah... yang jadi salah apabila berubat pada tempat yang salah...

      Padam
  9. Topik ni agak serius tapi banyak info yang sangat bagus. Istilah scan mmg selalu perawat tradisional guna. Ayat Ruqyah ni kalu boleh hafal mmg bagus la. Good info Mr Noor Azlan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu GV, scan memang selalu ustaz sebut, yang penting berubat dengan cara betul dan tidak terpesong akidah.. terima kasih...

      Padam
  10. benda ghaib tetap ada tp mcm lan bgtahu la, kalau jumpa dukun tp bace merapu, tak yah la. nnt kita plak terpesong jadinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mek, bahaya terpesong akidah ni...

      Padam