Jumaat, Disember 08, 2017

Berlaku adil dalam mendidik anak

Berlaku adil dalam mendidik anak| Ibu bapa seharusnya berlaku adil dalam mendidik anak-anak. Tidak boleh melebih-lebih kepada yang seorang tetapi kurang pula pada yang lain. Untuk berlaku adil dalam apa juga bentuk sokongan kepada anak kadangkala agak sukar kerana ibu bapa perlu bijak menangani emosi anak yang berbeza-beza. Kegagalan ibu bapa menghadapi perbezaan sifat anak-anaknya akan menimbulkan perasaan cemburu dan tidak puas hati dikalangan adik beradik. Lebih mendukacitakan apabila ianya berlarutan sehingga masing-masing sudah pandai membawa haluan sendiri.


Berlaku adil dalam mendidik anak, hukuman yang adil kepada anak

Keadilan dalam mendidik anak-anak terutamanya dalam bentuk sokongan moral, keperluan dan pendekatan pendidikan yang sama rata. Jika seorang anak dihantar ke pusat tuisyen, seorang lagi juga perlu mendapat hak yang sama walau pun terdapat perbezaan ketara terhadap keputusan peperiksaan antara keduanya. Bukan semua anak memiliki kepintaran yang sama. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh membanding-banding keputusan anak-anaknya waima mereka semua dihantar pada pusat tuisyen yang sama.

Keadilan dalam menghukum juga sangat penting. Emosi si anak kecil sangat sensitif dan mudah tersinggung apatah lagi perubahan sifat akibat pengalaman lampau mampu menjadikan dia seorang yang sangat baik atau juga berpotensi menjadi anak derhaka suatu masa nanti. Kebijakan ibu bapa dalam mengenal pasti siapa yang salah, siapa yang betul atau jika tidak pasti, maka mereka semua tidak salah. Usah menghukum membabi buta.


Keadilan dalam bentuk perhatian juga penting dalam membentuk hubungan yang akrab dan mesra antara ibu bapa dan anak. Perhatian perlu diberikan dengan adil dalam seisi soal jawab bersama anak-anak dengan cuba menjawab setiap pertanyaan dengan bersungguh-sungguh. Sikap acuh tidak acuh terhadap pertanyaan anak-anak akan membantutkan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak. Apa yang ditanya mungkin nampak mudah tetapi bagi mereka, jawapan yang diperlukan akan memudahkan mereka memahami erti kehidupan dalam realiti sebenar. Bukan melalui apa yang diajar oleh guru atau perkara yang ditulis dalam buku teks semata-mata.

Berlaku adil dalam mendidik anak adalah salah satu pendidikan moral secara tidak langsung yang berlaku dalam sebuah keluarga. Apa yang mereka rasai akan mereka ikuti. Pendidikan sebegini mungkin tidak diajar semasa disekolah. Maka menjadi tanggungjawab ibu bapa membantu perkembangan anak-anak selain mengharapkan mereka menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Baca juga Penilaian Tahap Kecemerlangan Anak.

Untuk menjadikan anak-anak berlaku adil, berkongsi hak sama rata perlu bersesuaian dengan keperluan seorang anak dari masa ke semasa. Tidak semuanya sama. Paling penting apa juga bentuk sokongan yang akan diberikan oleh ibu bapa tidak mendatangkan kesan jangka panjang kepada perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Sudah tentu, perlu juga bersesuaian dengan kemampuan kewangan ibu bapa dalam memberikan sokongan kepada mereka. Usah melayan permintaan melampau yang tidak sepatutnya diberikan pada usia terlalu kecil. Berpada-pada dalam mendidik anak-anak. Wallahualam.

22 ulasan:

  1. insyallah,moga selalu berlaku adil dalam mendidik anak-anak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. Mudah-mudahan kita menjadi ibu bapa yang adil...

      Padam
  2. Moga satu masa nanti PC dan suami dapat melunasi peranan dan tanggungjawab ini sebaik-baiknya dengan bantuan Allah SWT.

    BalasPadam
  3. kalau anak2 tu seibu seayah, pengertian keadilan tu mungkin berbeza dgn anak2 yg berlainan ibu / ayah... tp sy pasti, ibu bapa yang berilmu / beragama, pasti tiada istilah tidak adil dlm mendidik anak2 mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terdapat perbezaan dari segi tanggungjawab tetapi dari segi lain kita boleh memberi keadilan sewajarnya kan...

      Padam
  4. Kena adil tetapi nan memdidiok anak perempuan ada bezanya dgn anak lelaki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju tu bang... Ada bahagian boleh sama rata... Ada bahagian lelaki lebih, atau perempuan lebih...

      Padam
  5. Bukan mudah mendidik anak anak kan, ibu bapa kena menjadi contoh yang baik terdahulu.. Baru anak anak ikut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sis... Ibu bapa lah contoh terdekat bagi anak-anak... Kalau acuannya berbeza2 mengapa minta lebih kan...

      Padam
  6. betul sangat.. Teringat kisah diri sendiri. Dulu selalu rasa kecil berbanding kakak sendiri. Terlalu kerap mendapat nasihat dengan memberi contoh orang yang sama, akan rasa kecil akhirnya..

    Nak perbaiki semua tu lama, yelah. Sampai dewasa dah boleh fikir sendiri barulah faham yang mak ayah bukan membanding.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah salah satu kesan psikologi ke atas anak kecil, apa yang kita rasa dulu, samalah apa yang anak2 sekarang rasa...

      Padam
  7. Asalamualaikum Noor...semoga sihat..teruskan berkarya ya pasti ada masa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam bang... InsyaAllah akan dicuri masa yang ada untuk terus berkarya...

      Padam
  8. Sikap berlaku adil sebegini memang dituntut oleh agama kita.

    BalasPadam
  9. betul kena adil. Jangan bagi anak-anak tanam sifat cemburu sesama siblings.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yela... Kadang2 silap ibu bapa juga compare secara melebih... Tak pasal2 adik beradik lain terasa...

      Padam
  10. harap-harap e'in dpt berlaku adil utk anak2.. in shaa Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin... Mudah2an Ein... Kita cuba yang terbaik...

      Padam
  11. IQ ada sorang je anak, tak tahu nak beza2kan dengan siapa. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa... Kasih sayang yang dicurahkan padanya akan lebih fokus..

      Padam