Selasa, Disember 05, 2017

Cikgu sapu duit PIBG sekolah

Cikgu sapu duit PIBG sekolah| Sebenarnya kisah cikgu guna duit PIBG sekolah untuk bercuti ini telah berlalu beberapa minggu lalu. Cuma saya baru sempat untuk membuat ulasan berkenaan perkara ini. Maklumlah kuota internet sudah maksimum minggu lalu, bertabah sahaja sementara ada bajet lebihan untuk menukar plan internet yang baharu.

Cikgu sapu duit PIBG sekolah, PIBG Sekolah, duit sekolah


Satu kisah lalu, apabila saya bersama rakan-rakan menyertai aktiviti sukan bola sepak, cikgu telah belanja kami makan. Apabila sudah bekerja, saya tahu cikgu tidak akan dapat tuntut semula duit tersebut. Banyak lagi episod cikgu belanja makan apabila kami menyertai aktiviti luar. Tentunya semua itu tidak dibenarkan untuk dituntut semula.

Apabila terlibat dalam pengurusan seumpama PIBG Sekolah, saya tahu cikgu selalu terpaksa mengeluarkan sedikit perbelanjaan menggunakan duit sendiri bagi menyokong keperluan sistem pendidikan dalam negara ini. Walau tidak banyak, entah ibu bapa tahu atau tidak. Oleh itu, tidak elok bercakap pada perkara yang bukan dalam penguasaan pengetahuan kita. Mudarat kesannya.


Hakikatnya, cikgu kerap kali terperangkap semasa menjalankan tugas mendidik dan naluri insan mereka sendiri. Hendak diabaikan murid yang satu, kasihan pula. Mahu atau tidak, terpaksa membantu agar semua anak didiknya menerima ilmu pada kadar sama rata. Tiada pilih kasih. Kamu beradab, cikgu sayang, kamu biadap cikgu makan hati. Hendak dihukum, ibu bapa menyerang. Tidak dihukum, musnah masa hadapan. Bukan senang mahu menjadi cikgu sedang kita juga kerap gagal mendidik anak sendiri.

Tugas mendidik sangat mulia. Daripada kita tidak tahu membaca hingga menggengam segulung ijazah, cikgu tetap akan berada dikedudukannya sehingga bersara. Ilmu yang telah dicurahkan akan berpindah dari satu otak ke satu otak yang lain sehingga kiamat. Jika baik ilmu yang disampaikan, maka berlipat gandalah ganjaran kebaikannya. Manfaat yang diterima anak didik seorang cikgu sangat terulung. Apakah wajar ibu bapa mempertikai bagaimana seorang guru memanjakan diri sendiri dengan hadir pada jamuan yang dibiayai sendiri?

Jangan berkira dengan nilai sumbangan pada jalan ilmu. Sumbangan ibu bapa kepada sekolah adalah sumbangan ibu bapa pada anaknya sendiri. Ibu bapa mungkin sukar untuk mencurahkan ilmu pada anak sendiri, tetapi cikgu boleh. Jika tidak percaya pada cikgu, didiklah anak sendiri dan daftarkan untuk menduduki peperiksaan sahaja. Boleh?


Nilai hormat ibu bapa kepada cikgu perlu dipertingkatkan lagi. Berhubung rapat dengan cikgu untuk mengikuti perkembangan anak-anak di sekolah. Anak kita, bila di rumah perangainya lain, semasa di sekolah perangainya lain. Jangan tidak tahu. Betapa sukarnya daya cikgu untuk mendidik, hanya mereka sahaja yang mampu menahan beban. Salah cara mendidik tentu ke balai polis, bagus didikannya hanya ucapan terima kasih diterima oleh mereka. Tiada pula ibu bapa menghadiahkan seunit banglo kepada cikgu-cikgu yang telah berjaya membantu anak didiknya berjaya dalam peperiksaan. Mana datangnya untung selain daripada gaji yang diterima oleh cikgu? Bagaimana pula kerugian yang ditanggung oleh cikgu apabila membeli dengan duit sendiri perkakasan bantu mengajar demi anak bangsa?

Saya bukan seorang cikgu tetapi saya sangat menimbang untuk memahami tugas cikgu di sekolah. Apatah lagi saya tidak dibayar untuk memuji cikgu pada entri kali ini. Tetapi saya sangat sedih apabila peranan cikgu diperlekehkan oleh segelintir ibu bapa pada masa kini. Benar cikgu telah dibayar gaji dengan duit cukai yang dikutip daripada rakyat di negara ini tetapi itu bukan alasan cikgu layak dijadikan hamba kerana cikgu sebenarnya mendidik seseorang yang mampu membayar cukai pada masa hadapan. Baca juga Jangan sampai macam tu cikgu! Wallahualam.

24 ulasan:

  1. Ssya setuju dengan entry ni, tanpa cikgu siapa lah kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Miss Tins.. Tanpa cikgu kita adalah kosong...

      Padam
  2. Setuju Tuan. :)
    sy kerja di bawah kmntrian pndidikan. selalunya kalau family day sekolah,kami akan guna duit sndri.

    Duit pibg pun bukan bnyk sgtt pun yg leh cover utk setiap fmly. huhu. kdg sedih tgok org zaman skrg. suka wat spekulasi tnpa tau citer sbnr kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Reen, berapa sen sangat duit PIBG jika mahu bandingkan dengan jumlah aktiviti yang perlu dianjurkan. Jika kutip lebih ada ibu bapa bising.

      Padam
  3. Betul...cabaran guru sentiasa ada daripada dulu hinggalah sekarang dan masa akan datang...tetapi cabaran itu semakin meningkat selari dengan peredaran zaman...kalau dirumah ibu bapa membentuk akhlak..di sekolah guru membentuk intelek.Bukan tugas mudah..guru-guru pun ada kelab dan tabungan unit mereka sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sis, dirumah adalah wadah pembentukan akhlak..

      Padam
  4. Betul tu, sekarang nak jadi Cikgu bukan senang.. tak sama macam dulu-dulu kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bebanan dan tanggungjawab cikgu semakin bertambah sis...

      Padam
  5. memang banyak tugasan gurui selain di kelas..masa ni pun tengah buat pelaporan aktiviti PIBagu 2017..
    Bahaya tu sapu duit pibg..di sekoalh kami ada akaun tiga penama akaun bank..tapi bukan Etuza kawan Etuza Guru besar dan YDP PIBG

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bang, biasanya penama akaun ada lebih daripada seorang nama... bukan senang nak lepas, dibentangkan lagi pula tu...

      Padam
  6. SETUJU SGT DGN KOMENNYA TERHARU DGN PENGHARGAANNYA...

    BalasPadam
  7. kalu zaman kita dulu, kita tgk kerjaya seorg guru menyeronokkan smpi sy pun bercita2 nk jd cikgu. tp bla diberi peluang sekali sy jd cikgu, barulah sy tau dan fhm tggi rendah kerja ni... bila timbul isu sebegini, ianya mcm x adil dipihak guru. mereka jg perlukan pembelaan dan sokongan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu pun tak boleh cakap lebih-lebih, maklumlah penjawat awam kan...

      Padam
  8. Duit adalah perkara sensitif..itu lah perangai pelik segelintir manusia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi macam ni...

      Padam
  9. Kedudukan guru tidak boleh dipertikai, cuma guru tu bukan insan maksum.
    Tapi tugas guru memang mulia, Dan beban tugasnya mmg berat, hanya yg tabah saja mampu melakukanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu Sis... Bila guru tension, anak didik pun terikut tension... Yang tabah sahaja mampu mendidik dengan cemerlang...

      Padam
  10. Bagi ibu bapa yang terlibat aktif dengan PIBG di sekolah anak2, mereka akan faham. Ini masalahnya pegi mesyuarat PIBG tak pernah, lepas tu tembak cikgu yang bukan2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, betul tu Pak Cik, panggil mesyuarat tak nak datang, tapi nak cakap bukan-bukan...

      Padam
  11. Mama setuju. Kasihan cikgu2 kebanyakan masanya diorg gunakan duit sendiri utk kdsenangan murid. Semoga pengorbanan mereka mendapat balasan setimpal

    BalasPadam
  12. Saya sokong entry ini..
    Masa mula-mula terbaca viral tu saya rasa macam nak sepuk je manusia yang viralkan tu.. Sungguh yakin beliau yang cikgu menggunakan duit PiBG.. Tak ada pula ditujukkan bukti pun.. hanya gambar cikgu di jamuan sahaja.. Pada saya jamuan tu, merata-rata tempat orang buat jamuan hujun tahun.. Kenapalah bila cikgu je macam-macam tomahan mereka.. Dimanakah rasa hormat mereka pada guru.. Sedih saya melihat masyarakat sekarang..Semoga kita dijauhkan dari sifat begitu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kan, suka main viral benda yang belum tentu sahih...

      Padam