Rabu, Disember 20, 2017

Tips membeli barang online: Pro dan Kontra

Tips membeli barang online: Pro dan Kontra| Membeli barang secara online: Shopping online Malaysia sangat memudahkan pembeli memilih barang yang diinginkan tanpa perlu membayar kos lebihan akibat pengangkutan dan sebagainya. Walaupun kadang kala pilihan untuk membeli barang online agak terhad dengan kapisiti barang tidak seperti di pasaraya biasa, terdapat beberapa barang yang sangat berbaloi untuk dibeli apatah lagi dengan lokasi pembeli yang jauh untuk mendapatkan stok barang tersebut.


Kini terdapat pelbagai pilihan platform pembeli untuk membeli barang secara dalam talian (online). Lazada, 11Street, Shopee, Zalora, Lelong.my, Superbuy, Mudah.my malahan IKEA juga menyediakan platform membeli-belah secara online. Tentu kecekapan perkhidmatan penghantaran sangat ditagih apalagi pada musim jualan murah pada setiap hujung tahun. Oleh kerana, lambakan barang yang perlu dihantar oleh penyedia perkhidmatan penghantaran melebihi kemampuan kakitangan, acapkali ianya membuatkan pembeli menunggu terlalu lama lantas mengecewakan para pembeli. Namun membeli barang secara dalam talian adalah pilihan dan beberapa tips membeli barang secara online yang perlu kita ketahui terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Membeli barang secara online terdapat pro dan kontranya. Seperti yang dinyatakan tadi, membeli barang secara online mampu memberi manfaat seperti di bawah:

  1. Menjimatkan kos perjalanan.
  2. Menjimatkan masa perjalanan.
  3. Membuatkan pilihan tanpa terganggu.
  4. Transaksi selamat pada platform secure payment.
  5. Mampu membandingkan harga.
  6. Menggunakan baucer, kod promosi dan sebagainya.

Walau bagaimanapun kontra kepada segala kelebihan membeli barang secara online seperti dinyatakan di atas agak menggusarkan pembeli seperti mana beberapa perkara berikut:

  1. Proses penghantaran lambat.
  2. Keadaan barang rosak.
  3. Barang tidak sampai.
  4. Proses refund menyulitkan.
  5. Penjual menghantar item yang salah.
  6. Pembeli salah memilih saiz diperlukan.
  7. Pembeli membeli dengan harga lebih mahal.
  8. Keselamatan transaksi diragui.


Tips membeli barang online (dalam talian) terbaik





Beberapa kaedah terbaik yang boleh anda cuba untuk memastikan setiap pembelian adalah berbaloi, selamat dan pasti berpuas hati. Hal ini supaya setiap wang yang dibelanjakan memberi faedah dan bukan merugikan. Tentu setiap barang yang ingin dibeli sangat diperlukan apalagi jika pembeli sangat mengharapkan barang yang dibeli sampai pada saat yang tepat. Baca tips membeli online seperti di bawah.

  1. Pilih platform membeli online yang sangat diyakini. Pembelian online harus ada kontrak, terma dan syarat serta jaminan keselamatan pembeli. Baca setiap maklumat yang disediakan laman penjual supaya memudahkan proses pembayaran balik, ganti dan sebagainya. Terdapat juga laman pembelian online yang palsu, menipu dan tidak selamat untuk membuat transaksi. Oleh itu berwaspada. Scam will always grab the chances.
  2. Baca maklum balas pembeli lain berkenaan pembelian mereka terlebih dahulu. Dengan kata lain, baca dan semak rekod traksaksi terdahulu penjual. Sikap terburu-buru pembeli akan merugikan jika mendapat masalah seperti yang disebutkan di atas. Beberapa platform pembelian online telah menyatakan dengan jelas berkenaan maklum balas ini. Sangat membantu pembeli membuat keputusan.
  3. Baca penerangan berkenaan barang yang hendak dibeli dengan teliti. Setiap kenyataan yang ditulis pasti ada kelebihan kepada penjual seperti ukuran barang, pre order, dihantar dari mana, warna, kualiti pembuatan dan lain-lain. Berdasarkan pengamatan saya, terdapat pembeli merungut berkenaan ukuran saiz sebenar dan kualiti. Namun jika anda perhatikan, penjual telah menyatakan dengan jelas berkenaan setiap barang yang dijual. Jadi bukan salah penjual tetapi salah pembeli tidak membaca dengan betul.
  4. Hubungi penjual barang terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Sebagai contoh, platform pembelian Shopee telah membuat platform itu sangat mesra kepada pembeli dan penjual. Penjual akan mendapat notifikasi secara terua walaupun mereka tidak bersedia di hadapan komputer. Pembeli akan mendapat maklum balas dengan kadar segera berkaitan. Oleh itu gunakan kemudahan yang ada supaya anda tidak tertipu dan penjual tidak menipu. Simpan setiap rekod pertanyaan untuk keperluan pada masa hadapan.
  5. Pastikan setiap transaksi pembayaran ada jaminan selamat. Lihat pada laman shopping tersebut sama ada memiliki akses pembayaran selamat ataupun tidak. Paling senang adalah terdapat ikon jaminan pembayaran selamat (secure payment).
  6. Simpan semua rekod pertanyaan dan transaksi pembayaran untuk rujukan. Kegagalan pembeli barang untuk menunjukkan rekod-rekod pembelian akan menyukarkan tuntutan barang jika barang tidak sampai, rosak dan sebagainya terutamanya pembelian barang secara dalam talian yang tidak melibatkan platform pembelian online. Kebiasaannya adalah barang dibeli daripada perniagaan dalam talian secara kecil-kecilan dan persendirian.
  7. Fahami terma proses penghantaran sama ada dari dalam negara atau luar negara. Anda mengharapkan proses penghantaran segera jika barang yang dibeli adalah pre-order daripada luar negara? Mustahil. Oleh itu pembeli patut bertanya kepada penjual sama ada barang yang hendak dibeli adalah kategori stok tersedia, pre-order atau custom order. Semakin jauh kedudukan barang yang hendak dibeli, semakin lama barang akan sampai ke tangan anda.
  8. Semak nombor rujukan penghantaran daripada penjual. Setiap transaksi akan memberikan anda maklumat berkaitan penghantaran (Tracking Number atau Shipment Number). Maklumat ini boleh digunakan untuk memudahkan anda bersedia untuk menerima jika barang yang telah dibeli telah sampai di pusat agihan berdekatan anda. Jangan salahkan penyedia perkhidmatan penghantaran jika mereka telah datang ke rumah dan anda tiada di rumah kerana mereka mempunyai barang lain untuk dihantar. Menunggu anda sehingga anda tiba di rumah? Fahami tugas orang lain juga dan jangan mementingkan diri sendiri!
  9. Gunakan lebihan peruntukan wang bagi jenis barang kehendak dan bukan keperluan. Pasti membeli barang secara dalam talian akan membuatkan anda syok dan ketagih sehingga anda lupa untuk membezakan mana satu kehendak dan keperluan. Jangan pula hujung bulan, barang dibeli sudah diterima tetapi dapur pula tidak berasap.

Pernah membeli barang secara dalam talian (Online)? Kongsikan platform shopping online terbaik Malaysia yang pernah anda gunakan dan rating anda bagi platform tersebut. Ada pengalaman menarik membeli barang secara online? Nyatakan dalam ruangan komen, untuk manfaat bersama. Wallahualam.

30 ulasan:

  1. Kak Sue pernah juga lah beberapa kali shopping online, jimat masa dan kos lain. Setakat nie berpuashati la juga.. antaranya Zalora yang lain tu kat IG..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kan, jimat masa dan kos... Zalora barangnya pun cantik-cantik juga...

      Padam
  2. Ana selalu juga beli barang online so far semua okey takde masalah. Barang dlm keadaan baik dan proses penghantaran pun cepat. Selalunya ana akan baca review pembeli terlebih dahulu. Kalau review baik baru proceed utk beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama macam saya juga sis... baca review banyak kali....

      Padam
  3. Ai akan beli online kalau malas nak keluar. Kalau mood rajin nak keluar memang malas shopping online.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la kan, maka dua-duanya akan memberi faedah kan...

      Padam
  4. kalau barang tu nak dipakai di tubuh spt baju n kasut abam kie keberatan nak beli tp kalau brg2 lain spt external hard disk, rak kasut dsb memang abam kie akan beli..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau ragu-ragu dengan ukuran dan saiz, better buat macam tu kan, lebih puas hati...

      Padam
  5. Pakcik ni mungkin ketinggalan zaman, tak reti lagi nak nyopink online.
    Tapi nampak lebih banyak kontra (8) dari pro (6)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak kena teliti bila nak shopping... Kalau terburu-buru, takut apa yang kita beli tak seperti yang kita harapkan...

      Padam
  6. Setuju dengan entri ini, kena hati2 juga bila shoping online..semoga kita terhindar dari bencana bila online ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, memang bencana bang bila tak dapat kawal diri...

      Padam
  7. Tip yang no 2 tu Mrs. A selalu buat. Kalau banyak review okay barulah yakin nak membeli.

    Memang pernah beli online di Lazada, Zalora lain-lain FB dan IG.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak juga platform sis beli... ye la sis, perlu benar-benar yakin dengan barang baru boleh beli...

      Padam
  8. wahh padat ..setuju sangat tuu.. dunia skearang semua hujung jari tapi ada pros and cons jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sis... Betul tu, semakin mudah ada batasnya juga...

      Padam
  9. Dulu mama mmg skeptikal beli online. Tapi setelah Ada ilmu barulah berkeyakinan Dan dah jd hantu online dah pun haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... Memang bahaya shopping online ni, poket bocor je...

      Padam
  10. banyak kali gak terjebak shopping online ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah dengan saya sis, apalagi saya ni duduk jauh nun Sarawak... Memang berbaloi beli online... murah sikit...

      Padam
  11. sejujurnya sy lbh suka shopping offline. sbb nyer sy boleh try, boleh pegang, kalau ada tester boleh rs. x mcm online. ada kala da dpt baju sempit, x muat, kasut longgar, warna x sama... tp bkn bermakna sy banned shopping online ni... kdg2 beli laa juga sbb x tahan tgk diskaun hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kasut saya tak berani beli online... Takut tak betul saiznya...

      Padam
  12. Alhamdulillah.. Banyak kebaikan untuk beli barang dalam talian nie sebenarnya.. sesekali itu terkenalah juga.. Tapi ada sesetengah barang saya suka beli di kedai.. Selalunya beli online buku lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli buku online memang ok sis sebab kadang tak ada stok terutamanya kawasan jauh macam saya ni...

      Padam
  13. Alhamdulillah setakat ni sis masih belum tertipu dalam pembelian online.. Sis memang amalkan tips yang Tn. NA kongsi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus sis, rugi kalau kena tipu, penjual untung, kita menangis kan...

      Padam
  14. mek vote for shoppee sebab dia boleh chat dengan seller. tp kadang seller yang lembap. tp ad je yg mintak maaf. ad jugak berlagak sombong. ap pon, platform pembelian atas talian kalau pndai olah, dapat menjana pendapatan juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shoppee semakin maju ke hadapan berbanding platform online lain...

      Padam