Isnin, Disember 18, 2017

Cara sekat anak daripada main game seusia kecil

Cara sekat anak daripada main game seusia kecil| Beberapa hari yang lalu, Naufal asyik duduk ditepi saya melihat saya main game di telefon. Saya tahu dia berminat. Berulang kali bertanya. "Game apa ayah? Pandai ayah main game". Saya sedar dia menanti giliran. Dengan harapan saya akan beri peluang dia merasai kenikmatan bermain game. Tapi ayah main game taktikal perang. Agak sukar untuk mengajarnya. Lambat. Saya diam.

Cara sekat anak daripada main game seusia kecil

Bila masuk hari ketiga, dia menunjukkan sikap lebih proaktif. Jari mula menyentuh hujung telefon. Hampir-hampir tekan butang pada paparan game. Saya tarik sikit. Jari dia datang lagi. Saya cakap "Abang tak boleh main. Nanti abang leka". Bukan saya tidak mahu dia bermain game. Tapi masanya belum sesuai. Ini cara saya. Cara anda mungkin berbeza. Terpulang pada didikan masing-masing. Tiada yang salah, tidak semua betul.

Kemudian dia menunjukkan tanda-tanda merajuk. Duduk tepi televisyen. Diam tanpa suara. Menggosok-gosok mata. Air mata mula berlinang tanpa sebab. Saya syak sebab saya larang dia bermain game. Saya sambung bermain game. Bila air mata dia makin deras saya mula membebel. "Bukan ayah tak mahu bagi, tapi nanti dia leka". Ada kanak-kanak mampu cemerlang walaupun kerap bermain game. Ada juga kanak-kanak akan hanyut. Fokus di sekolah hanya ingin loceng segera berbunyi. Boleh balik rumah dan main game. Setiap kanak-kanak berbeza.

Bila dia sudah menangis tersedu-sedu saya panggil dia. Saya suruh dia berdiri di tepi saya. "Ayah tak larang abang main game. Tapi abang belajar, cari duit sendiri. Kemudian beli telefon dan main game puas-puas. Masa itu ayah tak marah". Saya cakap lembut dengan dia. Lepas itu usap kepala dan cium dahi dia. Dia menggangguk tanda faham. Rupanya cara itu lebih berkesan. Dia tidak minta lagi untuk main game.


Esoknya apabila saya pulang dari tempat kerja. Dia menyapa saya. Dia cakap "Ayah belikan aiskrim, keropok dan meja ya". Meja? Dia cakap dia mahu berjual. Mahu cari duit. Mahu beli telefon. Mahu main game. Aduh sebak pula bila saya dengar dia mahu berjual. Semasa makan tengahari saya cakap dengan dia. "Kalau ada orang beli aiskrim RM0.20 sen tapi orang itu beri duit RM1.00, berapa baki yang patut abang bagi pada orang itu?". Dia sengih sahaja. Saya teruskan "Kalau abang mahu berjual, abang perlu tahu kira duit". Lepas itu dia cakap "Ayah bagilah saya duit. Nanti saya kira".

Ayah boleh bagi tapi belum tiba masanya.

Cara sekat anak daripada main game seusia kecil adalah melarangnya buat kali pertama. Jika kali pertama kebenaran telah diberi, tiada alasan kukuh untuk kita tidak memberinya pada kali kedua. Kali kedua akan jadi kali ketiga dan kali seterusnya adalah ketagih. Gajet kini sangat penting tapi bukan usia kecil. Tiada apa yang merugikan jika kita tidak memberinya gajet. Banyak lagi manfaat permainan lain yang boleh mereka terokai selain daripada bermain game di telefon. Cukup sekadar anak-anak saya tahu. Ayah dan ibu lebih berkuasa daripada mereka. Tapi itu cara saya. Cara anda mungkin berbeza. Wallahualam.

28 ulasan:

  1. Memang kena cegah dari kecil lagi sebelum melarat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dapat kawal masa bermain, ok je kan... Kalau melarat tu yang payah...

      Padam
  2. Kalau boleh kita pun jangan main game depan anak2.
    Luangkan masa untuk melakukan aktiviti bermanfaat bersama2nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih nasihat itu Pak Cik... Saya pun dah buang dah game... Sempat install 3 hari je... Hihi...

      Padam
  3. Takde pengalaman sndiri, tapi pengalaman ank2 buah. Memang gajet jea diorang cari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak kurangnya bila gajet jadi no 1 kanak-kanak...

      Padam
  4. Bagus melarang anak itu perlu supaya tidak terleka.. Risau tengok generasi baru kini ralit dengan dunia teknologi.. 😭

    Banyak negatif dari positif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemantauan ibu bapa sangat penting zaman sekarang... Biar merana diaorang tu kena sekat, asal selamat...

      Padam
  5. melentur buluh biar dari rebungnya , boleh nak bagi anak-anak main game ni , tapi janganlah sampai seharian hadap game tue , susah pulakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye CCL... Kalau seharian main game memang parah lah...

      Padam
  6. PC belum berpengalaman begini..tapi PC setuju..betul setiap ibu bapa ada cara masing-masing..kalau mula beri gadget kena sentiasa pantau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sis, pemantauan adalah sangat penting sekarang ni... kalau tak ibu bapa juga akan mendapat masalah akibat kesalahan anak-anak...

      Padam
  7. Sebaiknya macam ni lah. Jgn sampai overload budak2 dgn games

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu mamapp, overload memberi kesan tidak baik kepada kanak-kanak...

      Padam
  8. anak tak pandai lagi main game,tapi gemar tengok youtube,hari tu dah risau jugaklah sebab bila hadap gadget,tahan 1-2 jam jugak,kekadang lebih,saya belikan dia banyak buka berwarna untuk dia,lepas tu laki bini memang dilarang keras main handphone depan anak.alhamdulillah sekarang ni takdelah gilakan gadget sangat,...
    sebaiknya kita kena mencegah..sebab bila dah ketagih,bahaya bagi kanak-kanak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus tips yang sis kongsikan... Boleh berguna cara ibu bapa juga jangan main telefon depan mereka. Betul tu, cegah sebelum mudarat.

      Padam
  9. Terbaik entri N A...panduan yang baik

    BalasPadam
  10. Blog N A akan ke akaun bloglist terbaik 1 di blog Etuza nanti ya..tahniah. Humm datanglah selalu ke laman orang Sabahan Blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih bang, amin... Sekadar berkongsi je bang... InsyaAllah saya akan selalu berkunjung ke blog abang...

      Padam
  11. Balasan
    1. InsyaAllah boleh cuba sis... Moga bermanfaat...

      Padam
  12. Gadjet pintar memang belum bagus di beri pada anak-anak kecil.. Sha hanya bagi anak pegang gadjet untuk tengok youtube yang Sha dah siap download dan boleh tengok offline je.. Itupun dah boleh buat dai tantrum..

    BalasPadam
  13. Bagus larang dari kecik...in my case... mak main game...anak stress, mintak izin pinjam telefon sekejab, tanya nak buat apa, jawabnya dia ada keja sikit. maknya bagilah, hasil mak dapat lepas itu, cari gamme tak jupe...bila tanya anak, dia jawab dah dibuang game mak... hahahaha...tanya kenapa buang? jawabnya sebaba mak tak fokus pada dorg kalau main game, sudahnya mak redha je lah.... Pengajaranya, main mak pak boleh main game tapi jangan sampai anak rasa terabai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... Bagusnya anak buang game... Setuju tu, memang buat kita kurang fokus pada anak kalau leka main game...

      Padam