Jumaat, September 27, 2019

Soal selidik Saringan Minda Sihat (DASS)

DASS adalah singkatan kepada Depression Anxiety Stress Scale. Bagi mudah difahami, DASS merujuk kepada soal selidik untuk menguji sama ada individu itu sama ada mereka berada dalam kondisi Tekanan (Stress), Kebimbangan (Anxiety) atau Kemurungan (Deprision). Hal ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah masyarakat apabila berbicara tentang psikologi terutamanya melibatkan diri sendiri. Malahan ada individu yang cuba mengelak untuk melakukan ujian ke atas diri sendiri kerana ianya mencemarkan reputasi, membuka aib diri atau perasaan ego untuk tidak mahu di label sebagai "orang gila" / "pesakit psikiatri" atau seumpamanya.

Soal selidik Saringan Minda Sihat (DASS), Penyakit Mental, Kemurungan, Stress, Anxiety, Kebimbangan

Penyakit Tekanan (Stress), Kebimbangan (Anxiety) atau Kemurungan (Deprision) terbukti boleh dirawat dengan kaedah pemulihan mental secara klinikal atau rohaniah. Tanpa rawatan yang betul, penyakit ini juga mampu meragut nyawa diri sendiri mahupun orang di sekelilingnya. Dewasa ini, masyarakat sudah mula membuka mata berkenaan isu kesihatan mental. Jika pernah kita baca melalui petikan artikel Berita Harian Bertarikh 12 Januari 2019 menyatakan:

Data NHMS 2015 menunjukkan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak pada kadar 12.1 peratus, diikuti orang dewasa 29.2 peratus dan warga tua berusia 60 tahun ke atas pula 24 peratus.

Dapatan kajian sama pada 2012 menunjukkan remaja berusia 13 hingga 17 tahun (berpandukan data 25,507 pelajar sekolah) mengalami fenomena kesihatan mental seperti kemurungan 17.7 peratus, keresahan (39.5 peratus) dan tekanan (10.1 peratus). Aspek tingkah laku bunuh diri pula menunjukkan 7.9 peratus golongan sama mempunyai idea, 6.4 peratus mempunyai rancangan dan 6.8 peratus lagi sudah membuat percubaan bunuh diri.

Tanda-tanda awal masalah mental telah saya kupas sebelum ini. Berbalik dengan petikan artikel di atas, dapat kita lihat bahawa "mereka" sedang berada berhampiran kita. Entah siapa dan dimana. Jika tidak diberitahu, tentu sahaja anda tidak tahu. Kini, kebanyakkan ciri-ciri pesakit mental telah banyak dikongsi oleh pakar kesihatan mental, anda boleh membuat penilaian ke atas individu di sekililing anda dan bantu mereka mengatasi masalah tersebut. Jadilah pendengar yang setia dan pandulah mereka supaya mereka kembali sihat seperti biasa.

Sekiranya anda melakukan ujian saringan DASS, markah skor saringan akan menunjukkan tahap penyakit Kemurungan, Kebimbangan atau Tekanan sama ada normal, ringan, sederhana, teruk atau sangat teruk. Oleh itu, hasil daripada 21 Soalan Soal Selidik DASS mampu memberitahu kita, tahap kesihatan mental seseorang itu dan seterusnya anda perlu melakukan tindakan susulan. Tindakan susulan yang boleh diambil adalah membawa keputusan saringan DASS bersama pesakit dan berikan kepada pegawai perubatan yang bertugas. Pegawai perubatan akan merujuk kes tersebut ke saluran yang sepatutnya.

Seseorang yang sedang berada dalam kondisi Tekanan (Stress), Kebimbangan (Anxiety) atau Kemurungan (Deprision) tidak seharusnya mendiamkan diri sahaja dan menahan beban secara bersendiri. Tindakan perlu diambil segera supaya tahap penyakit tersebut mampu dipulihkan ke paras normal. Usah malu dengan kesihatan diri sendiri. Cari jalan penyelesaian secara klinikal di klinik atau hospital. Jangan tunggu sehingga keadaan sudah tidak boleh diubati lagi. Wallahualam.

Jika anda berminat untuk melakukan ujian saringan soal selidik DASS, anda boleh melakukannya secara atas talian laman Prof Dr Ramli Musa di SINI.

2 ulasan:

  1. SAD penyakit zaman moden yang perlu diambil perhatian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu Pak Cik... Sekarang ramai dah terjerumus dengan penyakit ni...

      Padam