Selasa, April 18, 2023

Program Infaq Pusat Jagaan Nur Murni

Program Infaq Pusat Jagaan Nur Murni| Program Muhibbah Bersama Anak Yatim/Asnaf 2023 adalah satu inisiatif membudayakan amalan bersedekah yang dianjurkan bersama rakan-rakan saya. Program ini mendapat sokongan yang sangat menggalakkan. MasyaAllah. Mereka menghulurkan tangan dengan ikhlas dan merealisasikan program dengan jayanya. Alhamdulillah, masih ramai yang sedar betapa amalan bersedekah mampu menyucikan diri daripada dosa-dosa hambaNya kepada Allah SWT. 

Pusat Jagaan Nur Murni (PJNM)

Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ
Bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” 
(Riwayat al-Tirmizi).

Bersedekah atau Infaq mempunyai makna yang sama. Manakala wakaf pula dari sudut bahasa bermaksud menahan sesuatu. Dari sudut istilah, ia membawa maksud menahan harta yang boleh diambil daripadanya manfaat berserta mengekalkan 'ain harta berkenaan. Amalan bersedekah menyedarkan hambaNya bahawa masih ramai manusia yang ditakdirkan sedemikian rupa (miskin) supaya menjadi ujian kepada hambaNya yang lain. Setiap rezeki yang kita perolehi sebenarnya ada hak orang lain yang perlu kita kongsi bersama. 

Ada pun sebaik-baiknya sedekah adalah kepada ahli keluarga sendiri berbanding orang lain. Dan pula bersedekah tidak akan mengurangkan harta malah ditambah sebanyak-banyak oleh Allah SWT. Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda, “Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.”


Program Muhibbah Bersama Anak Yatim dan Asnaf diadakan di Pusat Jagaan Nur Murni, Kuching Sarawak pada 15 April 2023 bersamaan 23 Ramadan 1444H. Ianya disertai oleh kakitangan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak, Hyfa Group of Company (Dekokacak Hyfa) dan rakan penghantar Grab (Geng Santai) bersama-sama meraikan warga penghuni pusat tersebut.


Barang-barang keperluan dan sepasang baju raya diserahkan kepada penjaga pusat adalah infaq yang diberikan oleh semua yang terlibat. Terdapat juga infaq yang diwakilkan daripada hambaNya yang berada jauh daripada Bahagian Kuching, Sarawak tetapi sanggup memberi sokongan terhadap program seumpama ini. Semoga ianya menjadi asbab penghapusan dosa dan mampu memupuk nilai murni yang digalakkan Islam dalam bulan Ramadan.


Senyuman pada raut wajah anak-anak kecil ini cukup mengambarkan bahawa mereka amat memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada orang ramai selain memerlukan barang keperluan seharian. InsyaAllah program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang sebelum pintu amalan bersedekah ditutup buat selamanya.

Seperti yang disampaikan oleh penjaga Pusat Jagaan Nur Murni, dana berupa wang tunai amat diperlukan untuk menampung kos sewa kediaman, kos pendidikan dan kos operasi pusat tersebut supaya kelangsungan hidup  semua warga penghuni diteruskan. Warga penghuni pusat sentiasa diajar dengan amalan membaca Al-Quran, perkara Fardu Ain dan Kifayah selain silibus pendidikan dalam sistem pendidikan negara.

Sumbangan orang ramai boleh dibuat secara atas talian atas nama Pusat Jagaan Nur Murni seperti maklumat berikut:

PUSAT JAGAAN NUR MURNI
BANK MUAMALAT
NO AKAUN: 11010001760712

PERTUBUHAN KEBAJIKAN & PENDIDIKAN NUR MURNI
MAYBANK
NO AKAUN: 561257000670

HUBUNGI: 0128593157/0122545313