Kekuatan parti politik PRU-13| Parlimen Malaysia telah dibubarkan pada hari ini. Penetapan tarikh pilihanraya akan ditentukan SPR dalam masa terdekat. Maka bersedialah seluruh rakyat menentukan siapa bakal menerajui kerajaan untuk 5 tahun akan datang.
Bila tiba pilihan raya, nampaknya mood pilihanraya bukan sahaja diraikan dikalangan ahli politik sahaja tetapi juga dinantikan seluruh rakyat di Malaysia. Pilihan raya boleh dianggap suatu pesta yang sangat meriah. Bendera terpacak sepanjang jalan, poster calon pilihanraya bertaburan, naskah-naskah parti politik diedarkan, topik perbualan pasti berkisar tentang politik.
Perang psikologi parti politik yang bertanding akan mula kedengaran. Sini sana hujah dan tohmahan pasti dilaungkan. Yang pasti tujuannya hanya satu iaitu untuk memastikan kemenangan parti masing-masing.





