Khamis, September 06, 2012

Anak Sakit Kuning? (Jaundice)

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2012/09/my-baby-jaundice.htmlBeberapa minggu lepas isteri saya telah selamat melahirkan anak. Jadual seharian memang mula sibuk dan meletihkan. Waktur tidur juga bukan tentu. Tambahan lagi, anak bujang lelaki masih kecil lagi. Jadi memang sangat mencabar kewibawaan saya untuk menguruskan masa. Maklumlah di peringkat usia muda perkahwinan tentu banyak perkara kehidupan perlu dipelajari. Kebetulan pula musim perayaan, keadaan trafik jalan raya sedikit sesak. Nasib baik saya tinggal di kawasan bukan metropolitan. Jadi keadaan masih lagi terkawal untuk urusan menghantar isteri ke hospital. Selamat tiba di hospital dengan jayanya. Alhamdulillah.

Buat pertama kalinya, saya sempat menyaksikan isteri melahirkan anak perempuan yang comel. Di beri nama, Nur Rania Adelia. Maksud Nur adalah cahaya. Rania adalah kesukaan, kesenangan dan Adelia adalah keadilan kita. Jadi sambung-sambungkan maksud nama itu dapatlah maksud yang cantik dan sesuai. 

Berbalik dengan kisah bersalin tadi. Memang menyeramkan, apa tidaknya, melihat saat isteri berjuang, memanglah gementar. Tetapi bagi kami kaum lelaki walaupun gementar sekalipun, perasaan 'tenang' perlu dipelihara. Maklumlah ramai sangat jururawat sebelah isteri. Tips buat sesiapa yang rasa baru nak kahwin atau baru kahwin atau juga baru nak dapat anak, bersedialah. Jika diberikan peluang, masuk wad bersalin disaat anak anda hendak keluar. Rasai sendiri. Jangan pengsan sebelum anak keluar. Pengalaman yang sangat berguna bagi menghargai pengorbanan isteri saya selama ini.

Seperti biasa selepas isteri melahirkan anak, lelaki juga perlulah berpantang. Kaum perempuan dah tentu wajib berpantang. Selepas anak saya lahir, penyakit kuning (Jaundice) masih terkawal. Namun 2 hari selepas deliver, bacaan terus naik 20mg. Jadi doktor menasihatkan, anak perlu dimasukkan ke wad. Terpaksa berulang alik ke hospital hari-hari. Kesian anak saya. Kena tinggal berseorangan di bawah pemantauan doktor. 

Mengikut penerangan doktor yang bertugas di hospital tersebut, ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan penyakit kuning (Jaundice) terjadi. Ianya tidak sama bagi semua anak yang baru lahir. Ada yang tinggi ada yang rendah bacaannya. Antara faktor yang telah disebutkan adalah jenis darah ibu. Lebih-lebih lagi untuk ibu yang mempunyai jenis darah O, kurang menyusukan anak selepas lahir. Sepatutnya si ibu kena menyusukan sekerap yang mungkin. Lebih baik beri susu ibu. Kalau anak kecil tidak bangun untuk menyusu, kejutkan dia sampai dia bangun. Jamu juga dapat memberi kesan sampingan semasa awal kelahiran. Sebaiknya tunggu sudah lama sikit selepas melahirkan baru mula mengamalkan set bersalin atau jamu. Jamu untuk sapuan luar tidak menjadi masalah. Menurut petua orang lama, jemurkan anak pada matahari. Bagi pandangan saya, kualiti udara dunia sekarang tidak berapa sihat. Jadi hindarkan lah anak kecil daripada berjemur.

Setelah beberapa hari barulah keadaan anak saya kembali seperti biasa. Alhamdulillah. Nasihat saya, jika rasa tidak faham atau tidak tahu, keraplah bertanya dengan doktor yang bertugas. Jangan ambil petua orang lama bulat-bulat. Doktor akan menerangkan pada anda dari A sampai Z. Jangan buat-buat pandai.

Previous
This Is The Oldest Page