Jumaat, Januari 11, 2013

Ayat-ayat manis menggoda wanita

Cara goda perempuan, cara goda wanitaBarangkali wanita tidak tahu cara lelaki memikat hati wanita untuk mendapatkan sesuatu secara percuma kan? Ada juga lelaki yang menggunakan ayat manis untuk menjerat gadis, wanita, isteri orang dan seumpamanya. Tahukah bagaimana lelaki menggunakan ayat-ayat manis untuk menggoda wanita?

Banyak taktik yang digunakan dan kadangkala kita tidak terfikir bahawa kita telah terjerumus dalam permainan lelaki dan akhirnya kita menyerahkan segala-galanya. Penyesalan pada akhirnya tidak berguna dan ketahuilah bagaimana ia bermula untuk anda menolaknya dari awal lagi.

Bagaimana ianya bermula? Pertama sekali yang paling utama untuk lelaki memikat wanita adalah mendapatkan pelbagai jenis medium perhubungan dengan anda. Nombor telefon, e-mail, akaun sosial, ID chat atau apa-apa yang boleh menghubungkan mereka dengan anda.

Langkah seterusnya pastilah dengan mendekatkan diri dengan anda, dalam erti kata lain 'approach'. Mula-mula berkenalan terlebih dahulu. Mereka akan menguji anda dengan pelbagai soalan yang mudah.

Diantaranya adalah 'Awak duduk dengan siapa?', 'Sorang sahaja di rumah?', 'Tiada orang di rumah?', 'Mana anak-anak?', "Boyfriend tidak marah?', 'Suami ada?'. Soalan ini bertujuan menyemak status anda sama ada berkahwin atau tidak atau sudah berpunya atau tidak. Ini menjamin bahawa mereka tidak buang masa.

Langkah ketiga adalah dengan memberikan soalan cepu emas yang kadangkala anda malas menjawabnya. 'Awak kerja mana?', 'Awak duduk rumah sendiri ke?', 'Awak tak sunyi ke?'. Soalan ini bertujuan untuk mengetahui bahawa anda benar-benar keseorangan dan status kewangan anda. Hati-hati semasa berkata benar. Seeloknya menipu sedikit kerana anda belum kenal siapa mereka sebenarnya.

Langkah keempat adalah dengan menanyakan soalan-soalan sensitif untuk menguji tahap 'open mided' nya anda. 'Ish.. Hujan pulak, sejuk sangat'. 'Sana tak hujan ke? Sini hujan', 'Awak tak boring ke duduk sorang-sorang?', 'Suara awak ni buat saya...', ''Sedapnya suara awak, tak tahan saya mendengar', 'Awak tak ada gambar ke?','Awak nak tengok muka awak...'. Soalan ini untuk memastikan respons anda berkenaan soalan yang ditanya. Jika anda melayannya maka mudahlah untuk mereka melangkah lebih jauh.

Langkah kelima adalah dengan mengajak anda keluar berjumpa, atau yang paling miskin pun mengajak anda ke laman sembang secara langsung (Online Chat) atau ada juga mula mengajak anda membicarakan isu-isu sensitif seperti 'Awak pakai apa malam-malam ni?' menggunakan telefon.

Langkah keenam? Anda tertewas. Masa yang diperlukan untuk membuatkan anda terjerat bergantung kepada bagaimana anda melayan mereka. Jika anda memberikan respons yang baik, mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan sesuatu dari anda. Jika anda kurang memberikan respons maka waktu yang lama diperlukan. Jika respons anda tidak menggalakkan bagi mereka maka lama kelamaan anda akan hilang hubungan dengan mereka.

Berwaspadalah dengan apa yang datang kepada anda kerana jenayah tidak memilih sesiapa. Jika tersilap langkah, muka anda pasti terpampang di dada akhbar. Segala yang dikongsikan di sini untuk kepentingan bersama.

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ye Leeza dayasari [santai leeza] semoga ianya mendatangkan waspada kepada wanita....

      Padam