Sabtu, Disember 17, 2016

Perkhidmatan runner perabot IKEA - IKEA Southern Runner & Transport

Runner barang IKEA, membeli produk IKEA, Perkhidmatan runnerJenama IKEA sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Melalui konsep "Doing it a different way", IKEA menawarkan begitu banyak produk yang membuatkan pembeli terpesona. Mengambil pendekatan membuat produk dengan menggabungkan fungsi, kualiti, reka bentuk dan nilai , ianya sentiasa dengan kemampanan dalam fikiran pembeli.

Memandangkan lokasi kedai IKEA yang terletak jauh dari negeri selatan tanah air, lima anak muda telah mengambil inisiatif untuk memberi peluang kepada pembeli di sekitar negeri Johor memiliki produk IKEA tanpa perlu pergi ke stor IKEA bertempat di Cheras atau Damansara, Kuala Lumpur. IKEA Southern Runner & Transport (ISRT) (Daftar Perniagaan: JM0770329-M) telah diwujudkan untuk memberi perkhidmatan runner kepada pembeli produk barangan IKEA.

Runner barang IKEA, membeli produk IKEA, Perkhidmatan runner

IKEA Southern Runner & Transport (ISRT) bukanlah sebuah kedai perabot IKEA. Mereka tidak menyimpan stok barang IKEA untuk dibeli malah ISRT hanya menjalankan perniagaan atas talian sahaja. Melalui laman Facebook rasmi IKEA Southern Runner & Transport (ISRT), mereka memberi peluang kepada pembeli untuk menjimatkan masa, tenaga dan kos berulang alik ke stor IKEA dengan memukalkan pembelian barangan IKEA bersama pembeli yang lain.

Runner perabot IKEA, Perkhidmatan runner, beli barang melalui runnerPerkhidmatan runner ISRT sangat berpengalaman dan mendapat kepercayaan pembeli. Adalah mustahak bagi mana-mana pembekal perkhidmatan dapat memuaskan hati pelanggan seperti contoh komen facebook yang telah diterima oleh ISRT sebelum ini.

ISRT menawarkan caj kadar bayaran yang berpatutan kepada pembeli. Apa yang perlu dilakukan oleh pembeli adalah menyemak katalog IKEA berkenaan barang-barang yang ingin dibeli dan memaklumkan kepada ISRT tentang produk yang hendak dibeli, Setelah itu, melalui trip perjalanan yang akan dimaklumkan kepada pembeli, mereka akan pergi ke stor IKEA dan membelikan untuk anda dengan sedikit bayaran pengangkutan (Lori) dan kos buruh (Pembelian & Punggah) sahaja.

Cara-cara untuk membuat tempahan produk IKEA melalui IKEA Southern Runner & Transport (ISRT) adalah dengan menyemak barang di katalog IKEA, dan menghantar gambar atau maklumat berkenaan barang ke nombor 019-7524051 / 013-7609060. Selepas itu mereka akan membuat kiraan tentang kos tambahan yang perlu dibayar oleh pembeli. Kriteria dalam perkiraaan caj berpandukan berat, saiz dan keadaan barang yang hendak dibeli.

Runner barang IKEA, membeli produk IKEA, Perkhidmatan runner

Setelah itu, pembeli haruslah membuat bayaran penuh atau sekurang-kurangnya harga barang seperti yang dimaklumkan oleh ISRT. Penghantaran barang IKEA yang telah berjaya dibeli oleh ISRT akan dibuat di beberapa lokasi yang akan dinyatakan kepada pembeli. Walau bagaimana pun sekiranya pembeli ingin barang dihantar terus ke rumah, sedikit caj tambahan akan dikenakan.

Kepada peminat produk IKEA di selatan, anda memerlukan perkhidmatan membeli produk IKEA tanpa melalui beberapa perkara berikut: membayar harga minyak kenderaan dan tol, singgah di RnR dan makan, bermalam di Kuala Lumpur kerana keletihan berasak-asak membeli, mencari kawasan parkir selama beberapa jam atau membayar caj parkir yang mahal di Kuala Lumpur, singgah melawat IKEA Southern Runner & Transport (ISRT) di laman Facebook [Runner IKEA]. Pasti memudahkan!