Jumaat, Oktober 12, 2018

Teruskan Octoberfest sebagai festival tahunan

Teruskan Octoberfest sebagai festival tahunan| Selepas apa yang telah berlaku kepada dunia, segelintir masyarakat masih tidak menerima mesej yang jelas oleh Allah SWT. Octoberfest seakan menjadi acara tahunan di negara Islam yang termaktub pada perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) amat jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan (Malaysia) yang bererti negara Malaysia beragama Islam. Ini juga bererti Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam. [1] Setelah diisytiharkan sebagai negara Islam pada tahun 2001 oleh Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tun Dr Mahathir, ianya indah khabar dari rupa sahaja. Octoberfest seakan menjadi salah satu acara yang 'dihalalkan' oleh segelintir pemimpin muslim di negara ini. Nauzubillahiminzalik.


Festival Octoberfest Malaysia, pesta arak Malaysia, pesta arak

Octoberfest berlangsung di Munich bermula pada 22 September sehingga 7 October pada setiap tahun. Ianya menjadi isu di negara ini yang mana acapkali penganjuran festival itu dibantah oleh masyarakat dan NGO berkaitan namun dianggap sebagai isu remeh oleh kerajaan yang memerintah. Walaupun pihak berkuasa mengeluarkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh penganjur, nampaknya suara berjuta rakyat yang membantah festival itu di negara ini menjadi suara minoriti dalam negara yang telah diisytiharkan sebagai negara Islam. Dimana kewajarannya? Adakah disebabkan oleh bagi menarik minat pelancong luar negara untuk berkunjung ke negara ini?

Apabila sekumpulan manusia menjalankan aktiviti haram di dalam tempat yang tertutup, adakah ia tidak menjadi kesalahan? Seandainya mereka yang menyertai festival itu dan keluar dalam keadaan yang mabuk, memandu dan menyebabkan kemalangan kepada orang lain, perkara itu akan menjadi asbab kematian kepada orang yang tidak bersalah. Saya berpandangan ianya akan berbeza jika mereka hanya minum arak di rumah pada bulan Oktober berbanding mereka minum arak di festival yang 'dibenarkan" pada bulan Oktober. Apabila ianya disebut festival bermaksud ia dihadiri oleh sekumpulan manusia pada acara rasmi di mana-mana tempat di negara ini.

Tidak lama nanti, saya percaya Octoberfest akan menjadi acara tahunan yang tidak diendahkan lagi oleh umat Islam di negara ini kerana ianya telah menjadi tabiat yang dibenarkan dan generasi umat Islam akan datang berpendapat ianya program yang halal dan tidak menyalahi undang-undang agama di negara Islam. Amar makruf nahi mungkar sudah tidak relevan dalam negara yang liberal. Menegur adalah salah dan menjaga tepi kain orang lain pada jalan Allah SWT adalah berdosa di sisi Perlembagaan Malaysia. Antara tulah daulat dan balasan.

Apakah daya bagi orang kecil seperti saya untuk menyatakan bantahan selain daripada medium yang ada ini. Dengan ini saya membantah Octoberfest dianjurkan di negara ini walaupun saya tahu saya bukan kalangan orang yang warak. Namun ini adalah jalan terbaik pada saat ini memandang pemimpin agama Islam kerajaan sendiri memberi lampu hijau kepada acara ini supaya berlangsung di negara ini. Apalagi jika anda seorang yang tiada pengaruh dan nama berpangkat. Teruskan membantah untuk memberi peringatan kepada orang lain, Allah SWT akan menilainya. Wallahualam.

10 ulasan:

  1. Mrs. A pun bukanlah warak sangat juga tapi samalah juga dengan NA tak setuju dan membantah Oktoberfest ni. Takpe dalam doa pun jadilah yang penting Allah maha mendengar dan maha mengetahui bukan semua setuju dengan mereka itu. Kalau berterusan sehingga 5 tahun akan datang jika umur panjang kita ubah semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya dari dulu pun diberi kebenaran... Entahlah bila lagi orang berkuasa sedar impaknya kan...

      Padam
  2. Ya PC juga tidak warak..dan masih sering khilaf juga namun hal yang sengaja ini amat menyakitkan dan menyesakkan fikiran dan hati...PC BANTAH OKTOBERFEST SEKERAS-KERASNYA.Sebenarnya dari satu tindakkan akan timbul banyak akibat..yang paling menyedihkan hujungnya yang tidak bersalah terpalit sama.Allahu.Moga Allah dengar dan angkat doa-doa kita.

    BalasPadam
  3. Semoga Allah tidak menurunkan azabnya kepada kita semua.

    BalasPadam
  4. Nauzubillah. ..Manusia ni cepat lupa, tidak mau ambil iktibar dari apa yg bwrlaku

    BalasPadam
  5. Doa yang baik inshaAllah kebaikan akan kita terima..semoga dijauhi bala musibah...sebaiknya ubahlah cara hidup dan menjaga hubungan dengan Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, mudah-mudahan Allah SWT mendengar doa kita semua...

      Padam