Isnin, Mac 04, 2013

Bila lelaki kata nantilah

Alasan lelaki melambatkan perkahwinan, pertunangan,Mungkin wanita pernah mengalami situasi begini. "Bila awak nak masuk meminang saya?". Dia menjawab "Nantilah, belum masanya lagi". Tahun depannya pula kamu tanya semula "Bila kita nak kahwin?". Dia jawab "Nantilah, saya belum bersedia". 

Jawapan yang diberikan oleh lelaki membuat wanita tertanya-tanya. Apakah maksud kepada jawapan "Nantilah" yang diberikan oleh lelaki apabila wanita mengajaknya berkahwin atau bertunang?

Adakah kekasih kamu benar-benar ingin menjadikan kamu pasangan hidupnya ataupun sebaliknya. Apakah maksud bila lelaki kata nantilah?
  1. Tidak mahu membuat perancangan terburu-buru - Memang betul jika tidak ada perancangan yang teliti majlis yang dirancang akan jadi huru hara. Kalau boleh libatkan diri kamu dengan perancangannya. Setidak-tidaknya tanya bila tarikhnya.
  2. Belum cukup bajet untuk melamar kamu - Bajet? Tentunya faktor penting untuk melamar kamu. Tetapi jika bajet tak pernah cukup, fikir juga bagaimana kekasih kamu merancang kewangannya. Sama ada berbaloi kamu menunggunya atau cari yang lebih mampu.
  3. Masih tidak bersedia memikul tanggungjawab - Ada orang kata, lelaki lambat mencapai kematangannya. Jika dia belum bersedia, beri galakan kepada mereka supaya bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami.
  4. Tidak serius dengan hubungan kamu - Jika kekasih kamu dalam kategori playboy, tentunya kedudukan kamu sebagai kekasihnya belum lagi terjamin. Kamu perlu fikir tentang masa depan kamu.
  5. Kamu bukan pilihan pertama - Kalau dah kategori playboy dan banyak kali rahsia skandal terbongkar, lebih baik kamu putuskan hubungan. Takut-takut kamu hanya tempat dia mendapatkan dana untuk memikat wanita lain.
Namun cinta kadang-kadang membutakan hati wanita sehingga sanggup menunggu saban tahun hanya kerana seorang lelaki. Kumbang bukan seekor dan kamu berhak memilih masa depan kamu selagi kamu bukan hakmilik kekalnya.

Berserah kepada takdir dan berusaha untuk mencari kebahagian diri kamu sendiri dengan membuat pilihan yang terbaik. Paling penting, restu ibu bapa penting untuk mendapatkan kebahagian rumahtangga. [Bahagiakah rumahtangga anda]

Jangan terlalu memilih dan bertolak ansur dalam membina rumahtangga dan pastikan lelaki yang menjadi pilihan kamu mampu melaksanakan tanggungjawab sebagi suami kamu bukan hanya kerana wajahnya yang kacak.

Bila lelaki kata nantilah, pandai-pandailah kamu fikir ya sama ada kamu mahu tunggu atau tidak. Usia semakin tua, nikmatilah hidup dengan berpasang-pasangan secara sah.

4 ulasan:

  1. Salam,
    Betul..jika lelaki berkata jer 'tunggu dulu' tanpa alasan benar2 kukuh...baik pertimbangkan semula hubungan anda. Jika lelaki itu benar2 jujur dan mahukan anda, dia akan berusaha bersungguh2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam, Terima kasih BM, wanita pasti akan mula berfikir 2,3 kali sekarang... :-)

      Padam
  2. Salam,
    Kemana menghilang...lama xde berita. Sihat ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam.. Hehe... Ada kerja luar di logi penapisan petronas di Melaka, sihat walafiat BM, terima kasih kerana bertanya khabar... :-)

      Padam