Sabtu, Disember 16, 2017

Senarai barang wajib jual di kedai runcit

Senarai barang wajib jual di kedai runcit| Saya mendapat maklum balas yang sangat positif melalui artikel cara susun barang kedai runcit dan juga jenis-jenis barang kedai runcit yang telah saya siarkan sebelum ini. Terima kasih kerana sudi membaca entri tersebut. Jika anda belum berkesempatan membacanya boleh klik sahaja pada link pautan di atas.

Senarai barang wajib jual di kedai runcit, senarai barang basah kedai runcit, kedai runcit

Untuk memulakan perniagaan kedai runcit sangat memerlukan perancangan yang teliti dan tidak boleh semborono sahaja. Hal ini kerana, untuk memanjang tempoh perniagaan anda mampu bertahan, banyak perkara perlu diberi perhatian sewajarnya termasuklah senarai barang wajib jual di kedai runcit yang mampu mempercepatkan kadar pusingan modal permulaan perniagaan. Perniagaan yang berjaya bukan terletak kepada faktor kecantikan hiasan dalam sesebuah kedai tetapi bergantung kepada pengurusan kewangan yang betul, kemampuan peniaga memanfaatkan naik dan turun harga barang di pasaran dan lain-lain lagi.

Apakah jenis barang yang wajib dijual di kedai runcit untuk memulakan perniagaan? Usah terburu-buru melaburkan sejumlah besar wang yang banyak untuk melengkapkan barang yang hendak dijual jika anda tidak ada asas peniagaan kedai runcit yang kukuh. Salah satu faktor yang mungkin akan menggagalkan perniagaan anda adalah disebabkan lokasi yang tidak strategik. Untuk entri pada kali ini, saya beranggapan beberapa isu penting lain telah diselasaikan dengan sebaiknya oleh peniaga kedai runcit.

Senarai semak barang yang perlu ada di kedai runcit adalah sesuai untuk permulaan perniagaan. Selepas semuanya berjalan dengan lancar dan berkembang baik, peniaga boleh menambah dengan barang-barang lain. Senarai barang kedai runcit ini adalah senarai pilihan yang boleh peniaga ikuti sebagai panduan dan bukan mutlak mengikut kesesuaian lokasi perniagaan kedai runcit. Lokasi perniagaan yang dimaksudkan di sini adalah jika berdekatan dengan kawasan kejiranan, barang-barang keperluan harian adalah menjadi keutamaan terlebih dahulu. Jika perniagaan berhampiran dengan kawasan pendidikan, barang-barang keperluan alat tulis boleh dipertimbangkan juga.

Senarai barang jualan kedai runcit adalah seperti di bawah mengikuti susanan keutamaannya dalam perniagaan kedai runcit.

Air Minuman - Jika peniaga ingin tahu, air minuman adalah barang terbaik yang mampu mempercepatkan pulangan modal perniagaan. Air minuman termasuklah:

  • minuman bercarbonat
  • air kotak
  • air mineral
  • teh uncang
  • kopi
  • milo
  • vico
  • nescafe
  • dan lain-lain

Oleh itu, jangan lupa melabur untuk membeli ruang menyimpan air mineral seperti rak, commercial chiller atau freezer. Sedikit panduan untuk peniaga, air minuman tidak boleh terdedah kepada sinaran matahari dalam jangka waktu yang agak lama dan berterusan.



Barang kering asas keperluan rumah - Barang asas keperluan pengguna pada peringkat permulaan tidak perlu disediakan dalam kuantiti yang banyak dan paling penting adalah barang yang mempunyai tempoh tarikh luput yang agak lama dan jenama bukan keutamaan utama pengguna. Sedikit panduan kepada peniaga, jangan jual barang berjenama mengikuti selera peniaga sahaja tetapi juallah barang mengikuti kehendak pengguna. Sebagai contoh peniaga suka sardin cap Ayam Brand tetapi mungkin pembeli lebih berminat pada sardin yang lebih murah. Senarai barang tersebut adalah seperti berikut:

  • minyak masak
  • gula
  • beras
  • tepung gandum
  • susu tin
  • kicap
  • sardin
  • paket mee segera
  • telur
  • santan paket atau kotak
  • serbuk kunyit, kari dan lain-lain serbuk kegunaan harian
  • pelbagai aneka sos seperti sos cili, sos tomato atau sos tiram
  • garam, ajinamoto
  • sup bunjut, rempah ratus
  • ubat gigi
  • sabun mandi
  • sabun pencuci pinggan
  • sabun pencuci pakaian
  • ikan bilis / kentang / bawang merah / bawang putih / halia / dll

Jika peniaga ingin menjual barang basah keperluan rumah, ianya bergantung kepada kemampuan peniaga untuk menguruskan pelanggan dan kedai dalam satu masa. Jika anda jenis peniaga berseorangan tanpa dibantu oleh keluarga atau pekerja, seeloknya jual barang basah sejuk beku memandangkan peniaga yang menjual barang basah perlu mengambil stok barang basah di awal pagi. Hal ini termasuk sayur-sayuran yang mudah layu dan memerlukan anda memberi perhatian yang lebih kepadanya. Jika tidak, ianya kelihatan tidak segar, tidak menarik dan seterusnya membuang minat pelanggan untuk membeli barang basah lagi di kedai anda. Barang sejuk beku lain yang boleh anda jual seperti sosej, kentang sejuk beku, dan lain-lain lagi.




Barang-barang lain yang biasa ada dalam kedai runcit seperti barang keperluan bayi dan kanak-kanak seperti lampin pakai buang dan puting botol susu boleh dijual selain tuala wanita. Makanan ringan dan biskut juga sangat biasa terdapat di kedai runcit. Ikutlah trend semasa makanan ringan yang popular dan hangat diperkatakan. Selain daripada peniaga kedai runcit membeli barang untuk dijual semula terdapat kaedah lain yang boleh dipraktikkan oleh peniaga supaya peniaga tidak mengalami kerugian akibat tidak laku, tamat tarikh luput dan rosak. Peniaga boleh menerima barang pengusaha kedai lain seperti roti, makanan-makanan ringan lain dan hanya mengambil untung pada setiap barang yang dijual dan tidak mengalami kerugian jika barang tidak laku dan sebagainya.

Pada peringkat permulaan perniagaan kedai runcit, adalah menjadi biasa jika hanya beberapa orang pelanggan sahaja yang menjumpai kedai anda. Oleh itu, pengurangan kos perniagaan seperti kos membeli barang untuk dijual atau penggajian pekerja boleh dilakukan. Selain daripada itu, layanan kepada pelanggan, ruang kedai yang bersih akan menggalakkan pelanggan kembali semula ke kedai runcit anda. Anda mahu, anda lakukan dan anda berjaya. Wallahualam.

31 ulasan:

  1. byk cabaran berniaga kedai runcit ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul bang, lagi pun terpaksa bersaing dengan pasaraya besar...

      Padam
    2. saya dh berniaga lebih 8 tahun...tp masih mahu belajar lg mcm mne klu hendak perbesarkan kedai runcit..kerana sya berniaga d kawasan kampung sahaja

      Padam
    3. bole bagi tips2 sikit mulakan kedai runcit? saya baru berniat buka kedai runcit di kampung..

      Padam
  2. Susunan barang basah & barang kering wajib diasingkan tempatnya . Memudahkan pelanggan nak mencari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu CCL, kalau tak asingkan berpusing-pusing pelanggan mencarinya...

      Padam
    2. Iya satu pendapat yg bernas
      Terimakasih

      Padam
  3. Paling utama kualiti jika menjual barang basah dan ambil kisah sama ada penjual atau pembeli pada tarikh luput pada barangan segera..air tin...dan lainnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sis, saya pernah juga terbeli barang expired... Laju sangat waktu membelinya... Itulah jadinya...

      Padam
  4. dulu, mama sy ada buka kedai runcit. brg2 pn x berapa byk. tp ckp laa memadai memenuhi keperluan penduduk sekitar. tp ms tu sy teringin sgt nk tgk kedai runcit kami mcm psr mini🙈

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila ada keinginan tu sudah bagus Anies... Boleh bantu untuk lebih berkembang...

      Padam
  5. Rasanya saya kenal tuan Azlan. Kita sama pengajian UiTM Shah Alam. Pertama kali singgah di sini.Kami berminat juga nak buka kedai runcit. Good info.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke... Jap saya cuba ingat.. Maklumlah berbelas tahun lalu dah... Banyak pula minum air semut... Hihi... Terima kasih singgah...

      Padam
  6. Betul . saya setuju dengan apa yang disenaraikan. semua tu merupakan benda-benda basic yang kita selalu carik kan :) memang bagus nak tarik customer ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling penting pusingan modal tu... Kalau tak dapat pusing, mana dapat bayar gaji diri sendiri kan...

      Padam
  7. mak saya ada buka kedai runcit NA... tp katanya nak berniaga sampai akhir tahun ni je... kat tempat saya tak laku.... apa pun nice sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah ada rezeki lain nanti sis... Mudahan berjalan lancar semua urusan. Adakala lebih berbaloi tutup daripada menanggung kerugian saban waktu.

      Padam
  8. Seronok tau berniaga kedai runcit walaupun secara kecil-kecilan.. Sha tengok sendiri MIL Sha berniaga sebelum ini.. Memang seronok setiap kali MIL kira untung untuk disimpan dalam ASB.. dia asingkan modal dan keuntungan.. Tapi kadang-kadang tu kena pandai juga sebab ada yang suka berutangkan.. So MIL catat siap-siap dalam buku.. supaya modal pusingan sentiasa boleh dipusing untuk beli barang.. Tapi sekarang dah tak berniaga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab berhutang tu yang susah, tak bagi kesian, lebih2 jiran sekampung ke... Nanti macam2 cerita lak kuar kan...

      Padam
  9. saya dah buka kedai runcit.. baru 2 bulan la.. masalahnya saya tak tahu macam mana nak cari supplier minyak masak n gula dan barang2 lain. semua barang kebanyakkn beli kat borong. saya dapat harga minyak paket sama dengan harga pasaran. ada sesiapa tahu mana saya nak dapatkan pembekal yang murah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembekal murah ni susah juga nak cari melainkan kita ada kawan yang sanggup bocorkan rahsia pembekalnya...

      Padam
  10. masih boelh komen disini walau di taun 2021??hehe..nk bertanya kepada yang pakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Still masih boleh bertanya, tidaklah pakar, sebagai pelanggan juga. hehe

      Padam
  11. Saya dlm perancangan nak buka kedai runcit.. Doakan saya ya

    BalasPadam
  12. Asalam..saya baru lagi berniaga..boleh kongsikan no suplier barangan runcit pada saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam, berkaitan no supplier kedai runcit bergantung kepada kawasan tempat anda berniaga... Kalau nampak van yang ada tulis trading tu biasanya distributor untuk barang-barang kedai runcit.

      Padam