Isnin, Disember 12, 2016

Cara tingkatkan trafik blog

tips tingkat trafik blog, cara terbaik tingkatkan trafik blog, trafik blogPada permulaan saya belajar membuat blog, template blog yang menjadi pilihan tentunya daripada template blogger kerana ianya mudah diuruskan selain semua widget asas kepada blog telah disediakan oleh blogger. Jadi tidak perlu bersusah payah untuk membuat blog dengan memikirkan template html code [HTML code elak perubahan domain] sebuah blog. Cukuplah sekadar menuruti segala aturan yang telah disediakan di dashboard blog untuk menguruskan blog sendiri.

Memperolehi sejumlah pengunjung ke halaman blog adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi kepada pemilik blog. Setiap posting yang telah dibaca oleh pengujung telah memberi semangat kepada saya untuk lebih banyak menulis. Pada awal pembabitan menulis blog, saya tidak memikirkan telalu banyak perkara berkenaan mengembangkan fungsi blog kepada sesuatu yang lebih besar peranannya dalam hidup saya. Namun apabila melihat kemajuan rakan-rakan blogger seperti mselim3 , Tirana Aduka, Relaks Minda, BinMuhammad yang telah berkembang jauh membuat saya juga tidak mahu ketinggalan.

Menggunakan template blog yang baru mempunyai kesan yang sangat baik kepada blog saya. Design template oleh Bloggertheme9 atau Arlina Design memberikan pilihan template mesra SEO, mesra enjin carian dan mampu meningkatkan sejumlah trafik ke halaman blog saya. Jumlahnya tidaklah begitu banyak kerana terdapat cara-cara meningkatkan trafik blog yang lain yang perlu dilakukan selain menggunakan template blog.

Template blog boleh di muat turun dengan percuma atau pun membayar sejumlah credit kepada pereka template blog. Bergantung kepada kemahuan dan kemampuan kewangan anda. The more you pay, the best you will get. Anda hanya perlu memilih template blog yang sesuai dengan topik, reka bentuk dan kehendak anda untuk memperolehi sebuah blog yang menjadi idaman anda. Kemudian upload template file [.xml] di bahagian Template >> Backup / Restore dan atur layout yang menjadi kemahuan anda. Sebagai peringatan mesra, besar kemungkinan anda terpaksa mencuba berbagai jenis template blog untuk memenuhi kehendak anda.

Sebelum anda memulakan proses pemindahan kepada template yang baru, perkara pertama yang sangat penting adalah menjadikan setting blog di bahagian basic setting kepada private to blog readers supaya semasa proses kerja-kerja pengubahsuaian blog tidak menggangu pengunjung yang singgah di halaman blog. [Tukar blogspot.my ke blogspot.com]