Sesiapa pun pasti pernah masuk ke dalam kedai runcit walau pun hanya membeli sebungkus gula-gula. Kedai runcit tidak seperti pasaraya. Keluasannya kecil dan biasa terdapat di bangunan lot kedai atau pun di kawasan kampung, pinggir bandar. Ketika pasar raya besar membangun semakin hampir dengan kawasan perumahan, kedai runcit tetap memiliki pelanggannya sendiri. Tidak hairanlah banyak kedai runcit masih dapat bertahan walaupun keuntungan tidak seperti dahulu.
Selain kedudukannya sangat hampir dengan kawasan penempatan, kedudukan pasar raya yang terletak sedikit jauh membuatkan pelanggan memilih membeli di kedai runcit bagi barang keperluan dalam keadaan kecemasan. Umum diketahui, harga barang dalam kedai runcit sedikit mahal berbanding harga kebanyakkan barang di pasaraya, namun kedai runcit kadang kala lebih menjimatkan kerana pengurangan penggunaan minyak kenderaan dari rumah ke pasaraya.
Keadaan susun atur kedai runcit masih tidak banyak berubah. Ada barang yang sudah berhabuk, tamat tempoh tarikh luputnya dan tidak teratur sedikit mencacatkan dan kurang memberi keberkesanan dalam menarik minat pelanggan untuk menjadikan kedai runcitnya sebagai pilihan walupun terdapat kedai runcit alternatif di sekitarnya. Bagaimana cara susun barang dalam kedai runcit agar memudahkan pelanggan membeli barang dan membantu meningkatkan hasil jualan kedai runcit?
Sebelum saya menerangkan cara susun barang kedai runcit, izinkan saya menyatakan terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira supaya penyusunan barang tidak mengurangkan pendapatan peniaga kedai runcit.
Faktor pertama adalah kecurian. Kedai runcit paling mudah mengalami kes kecurian memandangkan kurangnya pengawasan keselamatan. Lazimnya peniaga dibantu oleh ahli keluarga sahaja sama ada suami, isteri atau anak-anak. Kini sudah terdapat kedai runcit sudah memasang kamera litar tertutup (CCTV), cermin kedai dan mengambil pembantu bagi mengatasi masalah kecurian yang berlaku.
Faktor yang kedua mengenai kepelbagaian fungsi kedai runcit. Segelintir kedai runcit menjual barang kering sahaja. Ada juga kedai runcit menjual barang kering dan basah. Pembahagian dan perancangan pengubahsuaian kedai runcit perlu mengambil kira perkara ini supaya peniaga tidak perlu menimbang berat ikan sambil pelanggan lain menunggu terlalu lama di kaunter pembayaran.
Faktor ketiga adalah barang perlu disimpan pada keadaan yang sesuai dengan suhu simpanannya. Setiap barang ada dinyatakan suhu penyimpanannya tersendiri. Jika tidak diambil perhatian, peniaga bakal mendapat maklum balas yang negatif berkenaan barang yang dijual sama ada rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Barang mudah masuk angin dan tidak dapat dimakan lagi pernah terjadi pada saya.
Faktor keempat berkenaan perancangan fast dan slow item. Fast dan slow item merujuk kepada kekerapan barang dibeli dan paling mendapat sambutan di kalangan warga setempat. Justeru peniaga perlu mengelakkan membeli barang pada kuantiti yang banyak pada barang yang jarang dibeli atau tidak perlu menjualnya supaya mampu mengurangkan kos syarikat.
Perkara terakhir berkenaan berapa tinggi nilai sesuatu barang dan kedudukan barang tersebut perlu diletakkan. Barang paling mahal dalam kedai runcit adalah aset jualan syarikat yang boleh dicuri dan dijual semula. Oleh itu lima faktor disebutkan tadi perlu pertimbangan yang wajar daripada peniaga agar cara susun barang lebih berkesan dan teratur.
Pilihan cara susun barang dalam kedai runcit yang saya sarankan adalah seperti berikut. Jika ianya banyak membantu peniaga kedai runcit saya rasa sangat bersyukur. Cara susun barang dalam kedai runcit ini adalah pandangan daripada perspektif seorang pelanggan untuk peniaga kedai runcit.
Jangan kedekut membeli rak bertingkat seperti pasar raya. Jika melakukan ubah suai sendiri menggunakan kayu juga tiada masalah kerana apa yang penting, rak-rak bertingkat itu bakal memaksimumkan penggunaan ruang sempit kedai runcit. Jadi penuhkan kedai dengan rak bertingkat yang boleh dicapai dengan mudah. Tidak perlu setinggi 5 tingkat melainkan anda membuka kedai sesuai dengannya.
Kedudukan kaunter pembayaran yang tidak menyempitkan pelanggan untuk keluar dan masuk serta berasak untuk membayar. Menjadi kebiasaan pelanggan untuk meletakkan barang yang mahu dibeli di atas kaunter. Jika penuh barang jualan atas meja kaunter, pelanggan terpaksa memegang barang terlalu lama dan kemungkinan barang yang diletakkan boleh tertukar, terlupa kira dan tertinggal.
Asingkan dengan sewajarnya barang basah dan kering. Ikan dan ayam biasanya diletakkan pada kawasan khas memandangkan perlu sumber air atau ais dan lalat mudah menghurunginya. Lebih baik disimpan dalam keadaan bertutup. Selain bersih, barang basah mampu dikekalkan kesegarannya dengan lebih lama.
Barang laris dicuri diletak berdekatan dengan peniaga. Contohnya susu budak perlu sentiasa dalam radar pemerhatian peniaga. Barang bernilai tinggi harga perlu diletakkan lebih hampir dengan peniaga. Jika kecurian berlaku, kerugian lebih besar memandangkan kebanyakkan kes kecurian susu budak sangat aktif ditularkan.
Lakukan pembahagian mengikut kategori bersesuaian. Contoh kategori adalah barang mencuci, makanan dalam tin, biskut-biskut, minuman, barang kering seperti kentang, barang berguni, alat perkakasan rumah, alat tulis, barang budak seperti pampers. Contoh kesalahan seperti barang mencuci diletakkan sama tempat dengan makanan tidak harus dilakukan sama seperti membungkus barang dibeli pelanggan. Pengasingan.
Jika keadaan kedai tidak ada pelanggan, jangan malas mengemas. Barang bersepah mengundang kehidupan lain mendiaminya. Tikus, lipas dan sebagainya. Jangan membantu pembiakan penyakit di kedai runcit. Selain itu, semak tarikh luput sesuatu barang agar masih dalam tempoh yang boleh digunakan.
Barang-barang kecil mudah diletakkan di belakang kaunter tetapi di simpan dalam rak bersesuaian. Contohnya minyak urut, pil, pengepit kuku dan sebagainya. Kadang kala pelanggan akan membeli bila ternampak barang yang dipamerkan. Seperti saya juga. Niat nak beli gula-gula tetapi beli juga kapas telinga dan barang-barang lain.
Paling membimbangkan, bila cara susun barang membuatkan peniaga dan pelanggan keliru dengan harga barang. Letak tempat lain dan harga masa bayar lain. Pelekat harga lebih baik dilekatkan pada barang agar mudah pelanggan merancang perbelanjaan. Segelintir pelanggan bawa wang cukup-cukup sahaja. Jika semua tanda harga diletakkan dengan jelas maka tidak perlu sesi menjawab soalan bersama pelanggan kedai runcit.
Pencahayaan amat penting dalam kedai runcit. Tidak elok malap sahaja. Kedai yang malap menyukarkan pelanggan buta warna, rabun dekat dan barang jualan nampak tidak menarik walau pun plastik pembungkusan di reka dengan cantik. Saya suka melihat tarikh luput, tanda halal dan isi kandungan sesuatu barang sehingga beli dua barang pun boleh jadi berpuluh minit. Kalau salah beli nanti perempuan membebel pula kan.
Semua panduan yang diberikan di atas mengikut kesesuaian keluasan kedai runcit. Cara susun barang kedai runcit yang teratur memudahkan pelanggan membeli tanpa perlu berpusing-pusing dan banyak bertanya. Makanan dan minuman serta botol kaca dan tin, pencuci dan perkakasan, barang budak dan alat tulis, barang kering dan basah, barang berguni adalah contoh kategori yang mudah. Jika mengambil contoh pasar raya besar melakukan pembahagian kategori adalah lebih baik dan lakukan pemerhatian serta terapkan untuk kedai runcit anda. Tentu ianya banyak membantu pelanggan membeli barang dengan senang hati dan gembira. Paling dimahukan peniaga, pelanggan datang kembali atas sebab cara susun barang yang efektif dan memudahkan.
Bagusnya tips-tips yang diberikan ni. Saya suka pergi kedai runcit yang teratur susunannya. Pelanggan nak cari barang yang dia nak pun mudah. Tak payah nak pergi kaunter untuk tanya kedudukan barang. Lagi satu, peniaga kedai runcit tu janganlah duduk dekat kaunter muka macam nak makan orang. Ada satu kedai runcit kawasan saya ni, muka dia tak senyum langsung sombong gila. Lepastu kalau salah beli barang dia tak bagi tukar dah. Kejam betul macamtu kan?
BalasPadamKalau ada pilihan lain, jangan pergi lagi kedai dia... hehe.. Betul tu, kalau boleh kita tak nak tanya banyak kat dia pun...
Padambest nyaaa ada kedai runcit. Dulu family saya pernah ada kedai runcit dekat kampung. Memang untung. Tapi dalam masa yang sama, ada juga yang kerap berhutang masuk buku 555. Parent tk sampai hati tak nak terima hutang . Sampailah pindah hutang pun orang kpg xdpt settle kan...
BalasPadamMemang favorite saya tengok barang kedai tersusun ni, macam best je ada kedai macam tu. Mcm masuk supermarket pulak.
Eh saya tak da kedai runcit... hehe... Kalau asyik masuk buku 555 memang tauke balak pun bankrap...
PadamFamily ana pun ada kedai runcit dulu. Setiap hari lepas habis sekolah sesi pagi ana yg akan jaga sampai petang. Sampai lah SPM. Sekarang ayah jadikan kedai tu sebagai kelas mengaji org dewasa. Hehe
BalasPadamAllahakhbar, daripada mencari untung dunia ayah sis bertukar mencari untung akhirat... satu kerja mulia sis...
PadamBetul tu. Susunan memainkan peranan penting. Bila dh cari2 barang xjumpa terus lupakan niat nak beli kat situ. Good info.
BalasPadamYa Ridz, kadang-kadang pelanggan berkejar masa... jadi capai apa yang dia ingat masa nak beli je...
PadamSangat teruja dengan penerangan yg diberikan.. Perkongsian yg boleh dimanfaatkan oleh pengusaha atau bakal pengusaha kedai runcit..
BalasPadamGood job!
Terima kasih LZ... Moga memberi sedikit panduan kepada bakal pengusaha kedai runcit...
PadamSaya pernah nak beli barang dekat Aeon dan Giant tapi susunan tag harga tak teratur. Dah lah tiada pekerja untuk assist. Frust betul rasa.
BalasPadamAda juga sesetengah kedai yang saya pergi yang letak racun serangga dan makanan haiwan di rak yang sama - that's why I choose to buy my cats' food from the vet instead eventhough vet jauh.
Great tips btw :)
Peniaga ambil mudah terhadap sesuatu perkara. Ramai pembeli sudah educated sekarang ni dan mampu membuat pilihan dengan bijak macam Puteri... Kedai tu dah hilang seorang pelanggan kan... hehe..
PadamArwah ayah sis bekas peniaga kedai runcit.. lepas arwah ayah meninggal suami sis pula amik alih... alhamdulillah usia perniagaan kedai runcit kami bertahan selama hampir 16 tahun tapi akhirnya terpaksa sis tutup sebab berpindah. Kami buka betul-betul bersebelahan dengan kawasan perumahan dan di hadapan kedai adalah kawasan lapang tapak pasar tani yang di buka 2x seminggu. Perniagaan kami di lakukan dengan suntikan modal dari pihak TEKUN sebanyak 3x. (just sharing) :D
BalasPadamKawasan yang strategik tu sis, tapi nak buat macam mana kan sis terpaksa berpindah... Ya TEKUN ada dana untuk membantu peniaga... Takziah buat arwah ayah sis, moga ditempatkan bersama orang beriman... amin..
PadamSaya masih membeli di kedai runcit taman perumahan saya walaupun taman saya diantara pasaraya Tesco dan Giant kulim, heheh. Bukan apa, senang jalan kali je, boleh bawa kucing saya jalan2 sekali (kucing sy jenis suka ikut jalan kaki).
BalasPadamKedai runcit di tempat sy milik orang India, tapi memang bersih, tersusun rapi dan senang nak cari barang. siap aircond tau, hahaha, terbaiklah.
Bila kedai runcit tu bersih, dan mesra pengguna, seronok nak membeli disitu.
Kucing Mai jadi bodyguard lah ni ya... betul kan, kalau selesa nak membeli, memang akan jadi pilihan pelanggan...
PadamYa susunan itu penting. Nampak lagi kemas, teratur dan sistematik. 😍 Bila dah kedai pun cantik tersusun dihiasi pencahayaan yang baik, pembeli pun akan berlama-lama dalam kedai (strategi jualan disitu) hehe
BalasPadamBetul tu Husniey... makin lama makin banyak barang dibelikan...
Padamsemalam baru sembangdengan mak pasal susunan ni. susunan pun boleh jadi daya tarikan pelanggan
BalasPadamOh ya... betul tu, makin menarik dan teratur susunan semakin memudahkan pelanggan, pelanggan pun suka tentu datang lagi...
Padamada tips juga untuk susn atr pasaraya. baru tahu hehehe
BalasPadamHehehe... ada juga...
PadamKedai runcit ni banyak pesaingnya...namun begitu kedai runcit sangat mendapat sokongan terutama di kampung-kampung..tidak semua larat nak ke bandar...nak memandu..jadi kedai runcit nilah serba sedikit memudahkan urusan isi rumah seharian untuk mencari barang..cumanya yang PC agak terkilan bila ada barang yang sudah expired masih dijual..makanya sebagai pembeli dan pengguna sila perihatin sebelum membeli.
BalasPadamBetul tu PC, di kampung memang kedai runcit jadi pilihan... tetapi mesti ada 2 atau 3 kedai runcit dalam kampung yang sama... terpaksa bersaing... barang expired kalau di luar negara dah boleh kena saman dah... hehe
Padamsaya suka kedai runcit yg teratur barangnya dan serba sedikit semua ada walaupun sempit dan kecil kedainya.... sy pilih kedai runcit lg drp pasaraya besar... klu ke pasaraya besar lain jdnya.... nak beli sikit terbeli banyak... hehehe
BalasPadamYa saya pun sama, teratur dan semua barang ada... yela kan... kalau kat pasar raya macam tak boleh kawal je perbelanjaan... hehe... banyak pilihan...
PadamKalau yang kemas tersusun, pelanggan pun seronok nak masuk. Senang nak jumpa barang yg dicari jugak. :)
BalasPadamBetul tu... pelanggan selesa, happy dan akan datang lagi...
PadamMantap cara mudah dan rapi
BalasPadamTerima kasih Yuliana...
Padamyep btl susunan yg baik dpt mbantu kedua belah pihak. Kpd pelanggan, mmudahkn kita mcari brg & kpd peruncit mgurangkn risiko kecurian. Bab meletak hrga tu, ye ju prasan bila masuk kedai runcit, mesti harga tu di bahagian rak. Tgk hrga lain then byr nnti di kaunter lain harga pula jadi nya. sgt stuju lebih baik lekat terus di item tsebut.
BalasPadamBiasalah di kedai runcit kan, anak jaga harga lain, bapa jaga harga lain... hehe...
Padamyang penting barang jualan tu janganlah sampai berdebu
BalasPadamPerkara tu memang biasa dah berjumpa... Kadang-kadang dah la barang jenis rare, terpaksa juga beli biarpun berhabuk...
Padamkedai runcit yg sy selalu pergi, keadaannya sempit. nak bergerak pun susah :'( tapi, yg bagus brgn xda debu
BalasPadamTak ada debu at least bersih kan... kalau kemas dan teratur, tambahan lagi bersih, sempit pun kita akan masuk juga...
Padamsebab tu ramai yg pegi beli di sana, brgn djaga dgn baik. sebab tu jadi sempit 😁
PadamYa betul tu Nour...
PadamKalau di kampung Mrs. A memang selalu pergi kedai runcit yang satu ini walaupun lorong rak-rak barangan agak sempit tapi semua barang ada dan masih guna plastik bag yang tak kena charge hehehhehe.
BalasPadamLagi satu kalau barang banyak nanti ada abangla akan tolong hantar ke kereta.
hahaha, abangla ke bangla... yela kalau semua barang ada kira senanglah tak payah pergi pasaraya besar pun dah dapat beli kan...
Padambagusnya bila ada tips ini. peniaga2 runcit boleh la kalau nak majukan jualan, try tips ni. barang2 jgn pernah putus stok dan susunan tu jgn berterabur je. klau x ada strategi yg betul, jualan pun merundum
BalasPadamBetul tu Nik Ainaa, pelanggan nak masuk pun tak semangat je kan...
PadamGood info.. Tapi memang ada masanya membeli di kedai runcit lebih seronok dan menjimatkan minyak.. Malah penjualnya lebih ramah..
BalasPadamYela, lebih2 lagi kedai runcit dalam kampung, boleh borak-borak...
PadamSemuanya kena ada ilmu..walaupun hanya kedai runcit tapi kalau pengurusan bagus boleh jana banyak duit juga kan =)
BalasPadamBetul tu, walaupun setakat kedai runcit, kalau mesra pelanggan, memang akan jadi tumpuan pelanggan...
PadamAskum terima kasih.... kepada penulis blog atas perkongsian tip tip yang bermanfaat... saya pengusha kedai runcit kecilan di bayan lepas pulau pinang .. hasil mengikut tip tip perkongsian ini saya pengusha kedai runcit hasil jualan sehari rm 9k hingga 12k sehari... alhamdulillah syukran
BalasPadamWassalam Laman Hati, Alhamdulillah semoga bermanfaat kepada Laman Hati.... Amin...
Padamterima kasih atas tips yg di berikan..sy sedang mengusahakan kedai runcit. hampir 2 tahun..byk lg kena belajar nih..
BalasPadamInsyaAllah, semoga urusan tuan/puan dipermudahkan. Amin.
Padam