Selasa, Februari 07, 2017

Senarai kerja suri rumah

tugas suri rumah, senarai kerja harian, suri rumah, kerja hakikiSaya cuba memahami tugas seorang suri rumah seperti isteri saya. Saya mahu senaraikan kerja-kerja yang dilakukan untuk membandingkan kerja yang perlu saya buat di pejabat. Saya kadang kala terkeluar kata-kata kepada isteri saya "Ma buat apa je kat rumah?". Betapa dayusnya saya. Biasalah saya hanya manusia biasa. Oleh itu, saya cuba senaraikan kerja suri rumah dalam entri kali ini supaya saya lebih menghargai kerja suri rumah isteri saya.

Kerja suri rumah juga merangkumi tugas hakiki dan tugas sekunder. Tugas hakiki ialah tugas yang diberi keutamaan dalam senarai kerja-kerja yang perlu dilakukan. Bahasa penjawat awam. Anda boleh bandingkan dengan senarai seperti dibawah. 10 perkara penting selepas berkahwin.

1. Memasak 2. 
Mengemas 3. Melayani suami
Sebenarnya itu sahaja kerja suri rumah. Tetapi nanti dulu. Kerja yang saya sebutkan skopnya terlalu besar. Saya cuba huraikan dengan lebih terperinci.
  1. Memasak (Pagi, Tengahari, Petang). Cuma 3 kali sehari sahaja.
  2. Mengemas (Pinggan, Baju, Lantai dan rumah). Cuma 3 perkara sahaja.
  3. Melayani suami (Ikut masa dan kehendak). Kadang-kadang, jarang-jarang, kerap kali dan sebagainya.
Tidak terlalu banyak kan? Soalan yang selalu ditanya oleh lelaki. Kenapa orang perempuan selalu mengatakan mereka sibuk di rumah. Sabar dahulu. Belum hurai lagi.

Memasak
06.00 pagi: Pagi buat sarapan untuk suami dan anak-anak untuk mereka pergi kerja dan sekolah. Biasanya awal pagi sudah menyediakan sarapan. Jika ada menyediakan bekal makanan untuk anak-anak ke sekolah, jadi persediaan akan dilakukan oleh suri rumah. Kemudian selesai tanggungjawab. Tapi bekas sarapan tadi, siapa yang cuci dan kemas? Suri rumah.

Jika masak tengahari dilakukan pada pukul 11.00 pagi, jadi ada jarak masa sehingga 3 jam jika selesai bersarapan jam 8.00 pagi. Banyak masa terluang kan? Anggap mula memasak jam 11.00 pagi hingga jam 12.00 petang.

Kemudian masak petang atau hangatkan sahaja makanan tengahari. Mungkin jam 5.00 petang sudah bersedia. Oleh itu tempoh masa terluang dari jam 12.00 adalah 5 jam. Tempoh yang panjang.

Waktu malam sebelum tidur boleh kita anggap kerja sekunder kerana jarang memasak pada waktu malam selain suami kerap makan macam saya. Paling mudah buat mee segera. Biasanya saya suka campur telur. Terliur kan?

buku resepi masakan, tugas suri rumah, senarai kerja harian, suri rumah, kerja hakiki

Mengemas
Lepas buat sarapan tadi ada 3 jam masa terluang kan? Masa inilah digunakan untuk mengemas. Basuh pinggan sarapan tadi. Selepas itu mula basuh baju. Sidai baju. Selesai basuh baju sapu lantai pula. Jika rumah ada halaman seperti di kampung, perlu juga siram pokok, sapu dedaun pokok. Semua dalam masa 3 jam. Sambil itu tengok dan kemaskini akaun Facebook. Itu pun sempat 'update' menu hari ini sahaja.

Mengemas bukan pagi sahaja. Selepas makan tengahari basuh pinggan makan. Selepas itu baru dapat duduk tengok cerita ulangan drama melayu. Duduk pun bukan duduk sahaja. Sambil tangan melipat baju. Mungkin baju semalam sebab semalam suami ajak keluar. Jadi kerja tertangguh bawa ke hari ini. Lepas lipat baju, anak-anak pula balik sekolah. Bila masa dia makan? 

Kemaskan anak-anak pula. Bagi makan, cuci pinggan dan mandikan diaorang. Layan pula cerita anak-anak kat sekolah. Itu ini itu ini. Sudah jam berapa? Kain lipatan belum siap lagi. Masa sudah semakin suntuk. Lepas lipat baju, kemas lagi masukkan dalam almari. Sudah siap? Eh belum, baju yang baru sidai tadi sudah hampir kering. Nak kena lipat lagi. Penat, tangguh dulu. Letak dalam bakul.

Pejam celik sudah menjelang petang. Kena hangatkan lauk. Bagi anak-anak makan petang. Mandi dan sebagainya. Suami juga hampir pulang. Bila suami balik lihat pakaian belum lipat lagi. Rumah bersepah sebab anak-anak bermain walhal sudah siap mengemas pagi tadi. Orang lelaki mana tahu.

Malam waktu duduk berehat. Belum lagi suami 'order' makan lagi. Anak-anak juga. Masak dan basuh pinggan lagi. 'Orang perempuan ni kerja kat dapur je ke?' Ucap isteri saya dengan nada gurau.

Melayani suami
Bab ini saya tidak mahu ulas panjang sebab anda semua bijak pandai tentang perkara ini. Letih seharian, malam 'wajib' layan pula.


Itu baru 3 kerja hakiki. Masa yang ada sudah dipenuhi semuanya. Jika suri rumah seorang blogger pula, bila masa mereka 'update' blog? Kaki bisnes online? Bila masa buat sales? Bila saya fikir balik kerja suri rumah ini sepanjang masa dan tiada cuti. Hari sabtu dan ahad juga jalan seperti biasa. Tiada istilah 'Over-time'. Kerja yang sama. Penghargaan kepada mereka sebagai isteri sahaja berbeza.

Oleh itu, orang lelaki jangan pandang rendah tugas suri rumah. Bukan semua suri rumah berehat sahaja. Ada pasangan belum ada anak, rumah sudah macam tongkang pecah. Bagaimana pula jika sudah punya 1 orang anak, 2, 3. Sebab itu Allah SWT datangkan 1 anak terlebih dahulu supaya kita mampu sesuaikan diri dan belajar mengurus masa keluarga. Jangan pandang rendah pada suri rumah kerana suri rumah adalah 'nadi' keluarga. Macam-macam ujian dalam rumah tangga kita perlu hadapi bersama. Saya tidak boleh hidup tanpa suri rumah saya. Love you!

35 ulasan:

  1. Mama saya seorang suri rumah, bila orang tanya pekerjaan ibu, bangga mengaku sebab bukan semua orang lucky untuk membesar depan mata seorang ibu, hehehe. Tapi ibu2 bekerjaya pun kuat juga.

    Tabik untuk semua ibu ibu sedunia, heheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, melihat anak membesar depan mata penting sekarang ni... banyak kes pelik2 yang berlaku...

      Padam
  2. Saya bila dah jadi suri rumah sepenuh masa baru merasa tugas2 tu. kadang2 tak banyak pun kerja nak buat tapi bila buat satu kerja masa cepat sangat berlalu. Sedangkan baru satu kerja. Hehe. Tau tau dah petang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... kan.. nampak mudah tapi bukan semua orang mampu melakukannya...

      Padam
  3. Baru terdetik tajuk ni lepas tgk citer Mr.Sado jemur kain, Alhamdulillah para suami sekarang semakin sayang isteri masing-masing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke... boleh buat juga artikel mengenainya... Ada juga yang masih tidak menghargai isteri...

      Padam
    2. dan ada juga yang masih tidak menghargai suami... tak gitu?

      Padam
  4. ada jugak yg sy nmpk situasi suami tak hargai isteri..mcm2 kan..eh tp ni bukan situasi sy..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang perkara macam tu berlaku... banyak kes dah...

      Padam
  5. nice entry . aril singgah sini jap . UiTM Dihatiku . hahahhaha

    BalasPadam
  6. Kerja surirumah tak pernah habis.

    Dah pernah rasa lebih kurang 2 bulan kerja surirumah ini (retrenchment) phew!!! penat tak terkata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib cuma 2 bulan je... mesti x de cuti tahunan kan...

      Padam
  7. Alhamdulillah kalau suami memahami tugas seorang isteri.. tambah lagi isteri yang bekerjaya.. Bertambah2 tugasnya.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... memang beban kerja bertambah lah...

      Padam
  8. kerja suri rumah adalah kerja multitasking. kalu sy sendiri pun x larat nak wat keje rumah. respect pada suri rumah yg berjaya melaksanakan tugas mereka dengan sebaiknya. respect juga suami yg sentiasa membantu isteri di rumah. hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju, memang kerja suri rumah multitasking... saya sama juga.. larat untuk dua tiga hari je... memang kena sama2 membantu...

      Padam
  9. saya setuju dengan artikel ni. banyak sebenarnya tugas seorang isteri. bukan setakat kemas, masak sahaja. Mendidik atau menjaga anak lagi. Sangat respect dengan isteri yang mampu buat semua kerja dia dengan baik. Hargailah mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Seorang Syed...Suami patut hargai isteri yang telah menjalankan tugas dengan baik...

      Padam
  10. Terima kasih kerana menghuraikan kerja seorang isteri.. Tu belum lagi isteri yang berkerja pejabat.. terkejar-kejar menguruskan rumah pula.. Perempuan.. semoga makin ramai yang menghargai isteri dan membantu isteri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya benar, kalau isteri yang kerja dipejabat boleh kira double daripada yang saya senaraikan...larat tak larat je...huhu

      Padam
  11. Tugas suri rumah tak akan selesai sehingga menutup mata.
    Syabas semua suri rumah.Anda hebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya WP... Selagi ada hayat dikandung badan...

      Padam
  12. betapa hebatnya seorang wanita yang bergelar suri rumah. besar tanggungjawabnya tapi mereka masih boleh laksankan setiap hari tanpa rungutan. tiba-tiba rindu kat mak yang ada di kampung. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila sampai saat kita jadi seperti mak dan ayah kita baru kita sedar betapa susahnya mereka membesarkan anak-anak semua.... memang besar pengorbanan mereka..

      Padam
  13. Itu lah pentingnya suami yg paham and tlg mnolong. Jujurnya kerja rumah cam tu mek tkde mase nk buat hr keje. So memang 70% spouse yg buat. Kcuali hjung mnggu. Jd portion ntuk tgungjwb diligate and jd ratio 7:3 ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak da masalah Me, yang penting persefahaman antara pasangan untuk selesaikan tugas... kadang kala isteri kerja lai susah daripada suami.. so suami boleh buat byk sikit kerja...

      Padam
  14. Isteri tuan dah baca artikel ini belum? harap2 sudah. kerana mengetahui suami menghargai pengorbanan yang dilakukannya, sudah cukup untuk buat isteri tersenyum bahagia. Saya anggap ini suatu bentuk penghargaan dr tuan buat isteri tercinta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia memang sentiasa baca, penerbit secara tak rasmi... Hehe... Isteri adalah tulang belakang kejayaan suami...

      Padam
  15. Haha jika Isteri itu bekerja lagi parah penat di pejabat belum habis sambung bertugas di rumah bukan mudah jadi isteri zaman moden ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, saya setuju tu, sebab tu isteri ni nampak lemah tapi azam dia nak settle kerja tu kuat...

      Padam