Ahad, September 10, 2017

7 alasan anda wajib ada insurans

7 alasan anda wajib ada insurans| Memiliki insurans pada masa ini dilihat mempunyai pro dan kontranya. Ada yang berpendapat memiliki insurans sangat penting manakala segelintir lagi berpendapat membazir kerana menguntungkan syarikat insurans sahaja. Sebenarnya memiliki insurans adalah pilihan dan ada beberapa sebab anda boleh mengambil insurans seperti beberapa alasan yang saya sebutkan seperti di bawah.

Sebab perlu insurans, perlindungan insurans terbaik, insurans

Syarikat insurans kini berlumba-lumba untuk menyediakan pelbagai pakej tawaran menarik kepada bakal pelanggan baru. Setiap kali Insurance Advisor memberi penerangan kepada anda, kelihatan seolah-olah menakutkan dengan gambaran kesengsaraan akibat tidak mengambil insurans daripada peringkat awal sebelum disahkan mengalami musibah dan sebagainya. Hakikatnya tiada siapa mengetahui apa akan berlaku pada masa akan datang dan peluang itu digunakan sebaiknya oleh syarikat insurans. Ini adalah perniagaan. Apabila ada peluang di situ ada keuntungan.

Jelas segilintir masyarakat memandang polisi insurans sangat membazir. Memberikan wang pada setiap bulan kepada syarikat dan akhirnya meninggal dunia tanpa sempat menuntut walau sesen pun daripada syarikat insurans. Anggapan ini boleh dikirakan kurang tepat memandangkan terdapat inisiatif untuk pelanggan memperoleh ganjaran ke atas polisi insurans yang diambil oleh mereka. Tidak semua perkara dalam kawalan dan syarikat insurans juga memahami bahawa bukan semua masyarakat di negara ini bodoh. Oleh itu adalah menjadi bijak jika pelanggan mengetahui secara terperinci setiap polisi yang diambil supaya tidak rasa dikhianati oleh insurance advisor pada saat pelanggan ingin menuntut hak mereka. 


Sebelum menandatangani apa-apa polisi insurans, tentunya pelanggan tidak mahu diperdaya dengan kelicikan insurance advisor semasa seisi penerangan polisi insurans. Kajian perbandingan, pro dan kontra serta melalui perkongsian pengalaman pelanggan lain adalah membantu semasa membuat pilihan yang tepat. Tidak semua insurans advisor sangat bertanggungjawab ke atas setiap pelanggannya tetapi sangat banyak mereka yang bersungguh-sungguh untuk memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan. 

Mengapa anda memerlukan insurans? Sama ada bagi tujuan perlindungan atau alasan lain, terdapat beberapa alasan bagi mereka yang boleh dikatakan wajib mengambil insurans. Ingat! Tiada perkara masa hadapan yang mampu diketahui oleh manusia. Oleh itu 7 alasan ini sangat membantu bagi mereka yang sedang berkira-kira sama ada memerlukan perlindungan insurans atau pun tidak.

1. Lebihan wang perbelanjaan - Alasan ini adalah alasan pertama mengapa anda wajib mengambil insurans. Jika anda mempunyai lebihan perbelanjaan yang positif, apa salahnya anda mengambil polisi insurans. Barangkali anda sangat memerlukan perlindungan insurans pada masa akan datang. Sakit atau sihat bukan pilihan anda.

2. Kerjaya berisiko tinggi - Setiap pekerjaan memiliki risiko yang tersendiri. Semakin tinggi risiko sesuatu pekerjaan, semakin wajib anda mengambil polisi insurans. Insurans untuk diri andasendiri tetapi faedah untuk waris anda. Walau bagaimanapun, terdapat syarikat insurans yang mengelak untuk mendaftarkan pelanggan yang mempunyai risiko kerja sangat tinggi kerana semakin tinggi risiko kematian pelanggan, kebarangkalian semakin tinggi juga kadar tuntutan daripada pelanggan tetap ada.

3. Sejarah keluarga - Jika sejarah kesihatan keluarga anda sangat tidak memuaskan, seeloknya anda memiliki insurans kerana berkemungkinan anda mengalami masalah yang sama adalah tinggi terutamanya bagi penyakit-penyakit genetik, keturunan dan seumamanya. Pilih polisi yang betul berkaitan ini. Berkemungkinan terdapat polisi insurans yang tidak memberi perlindungan kepada penyakit-penyakit tersebut.

4. Simpanan dan pelaburan - Terdapat juga polisi insurans yang boleh dituntut semula oleh pelanggan walau pun pelanggan tidak sakit. Saya tidak mahu menyatakan nama polisi tersebut memandangkan entri ini adalah tidak ditaja dan bersifat neutral. Sesungguhnya memang terdapat polisi insurans sebegitu. Pada tempoh tertentu, pelanggan akan memperoleh keuntungan terhadap potongan yang dibuat pada setiap bulan. Polisi ini adalah sangat baik kerana kedua-dua belah pihak mendapat hak masing-masing.


5. Manfaat kepada waris - Tentunya sebagai pemegang polisi insurans, apa yang telah dijangka sebelum mereka mengambil perlindungan insurans adalah bagaimana untuk memberi faedah kepada waris yang bakal ditinggalkan sekiranya berlaku musibah kematian sebagai contohnya. Bukan kita mahukan perkara sebegini berlaku tetapi malang tidak berbau. Kematian adalah pasti. Manfaat yang ditinggalkan akan membantu waris untuk menjalani kehidupan seterusnya. Anda mungkin sudah tiada tetapi isteri dan anak-anak perlu meneruskan aktiviti rutin harian. Tanpa anda mungkin mereka mampu bertahan, jika ada manfaat yang ditinggalkan memudahkan mereka membiasakan diri walau tanpa anda di sisi mereka.

6. Biaya kos perubatan - Seperti yang saya maklumkan tadi sakit atau sihat tidak dapat dijangka. Kos perubatan sangat meningkat saban tahun dan kos perubatan percuma adalah bagi pesakit luar dengan kadar kemasukkan cuma RM1. Bagaimana pula dengan rawatan susulan selepas kemalangan? Kemampuan segelintir masyarakat tidak sama. Ada yang mampu membiayai kos rawatan perubatan, ada juga terpaksa memohon sumbangan. Kisah-kisah ini menjadi pengajaran kepada anda. Jika anda rasa sangat membebankan jika sesuatu berlaku kepada anda, insurans adalah pilihan terbaik. Selain simpanan, ianya juga memberi alternatif sumber kewangan pada kes sebegini.

7. Peluang jana pendapatan - Selain daripada menerima manfaat daripada faedah perlindungan yang telah dijanjikan syarikat insurans, anda juga boleh menjana pendapatan dengan menyertai syarikat insurans untuk mendapatkan pendapatan tambahan sebagai salah seorang insurance advisor. Melakukan dua pekerjaan bukan asing lagi pada masa ini, jika anda memiliki kapasiti sebagai insurance advisor yang baik, apa salahnya anda mencuba.

Saya berpandangan setiap orang pasti mahu memiliki polisi insurans diri tetapi kemampuan kewangan terbatas adalah punca niat mereka terhalang. Kesedaran untuk memiliki perlindungan telah disebarkan sebaiknya oleh media sosial tetapi keyakinan individu terhadap syarikat insurans kadang kala menggugat kehendak mereka mengambil perlindungan insurans akibat sikap tidak bertanggungjawab insurance advisor semasa proses menuntut hak pelanggan. Penerangan dengan lebih telus, terperinci dan jujur akan menggembirakan kedua-dua belah pihak. Wallahualam.

20 ulasan:

  1. Dulu ai selalu mengelak amik insurans.. ai rasa satu beban.. amik pun sebab nak tolong sales cousin.. tapi syukur.. awal tahun haritu admitted baru tahu insurans penting..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah nasib baik Ai ambik awal.. ada untungnya kan..

      Padam
  2. Insurans ini pilihan.Tertakluk pada pandangan dan keinginan masing-masing.Boleh jadi keperluan dan boleh juga kehendak.Bergantung pada individu.ianya merupakan salah satu bentuk usaha juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sis... usaha yang mungkin akan berguna satu hari nanti..

      Padam
  3. Kena ambik takaful sbg perlindungan jika berlaku musibah kpd diri sendiri, pasangan dan anak2.

    BalasPadam
  4. alhamdulilah dah ramai yang celik ilmu berkaitan insurans/takaful..

    yang paling penting sekali pengurusan wang yang bijak..atau bijak wang.

    dah bijak akan ada kesedaran untuk menjana wang melalui takaful/insuran dan pelindungan pendapatan sekali gus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju mrhanafi.. susah juga nak bijak wang ni... kena ada komitmen...

      Padam
  5. Info yang bagus Encik Azlan.. Saya pun dah ada insurans sendiri.. Dan tahniah diucapkan kerana awak menjadi salah sorang top commentor dalam jurnal saya..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/09/top-commentor-ogos-september-2017.html

    BalasPadam
  6. Saya pernah ambil 2 kali.. dua2 kena tipu.. huhuhu.. sedih.. pastu skrg cam serik dan fobia je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cari agen yang betul2 jujur sis... kalau telefon2 tu bukan betul sangat...

      Padam
  7. untuk simpanan masa hadapan, medical punya treatment tu memang mek stuju. lagi lg kalau ins yang offer medical card.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rata2 tu tujuan orang ambil insurans... sebab kos perubatan...

      Padam
  8. Amek insurans yang berbentuk pelaburan dan simpanan.
    Selain cover pelbagai penyakit/kemalangan kita pula dapat pulangan bila insurans matang.

    Kad kesihatan kena ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasihkasih Pak Cik... memang ada orang offer tanpa kad medical... kena hati2 kan...

      Padam
  9. Terima kasih En Azlan untuk info berkaitan perlindungan insurans ni. Mungkin ada yang tak berapa faham kepentingan mengambil insurans ni kan.

    Mudah-mudahan dengan adanya entri seperti ini dapat bantu lebih ramai lagi orang di luar sana celik ilmu berkaitan insurans. In Shaa Allah 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama sis, mudahan bermanfaat kepada semua... InsyaAllah...

      Padam
  10. Orang selalu kata kalau ada duit lebih, boleh lah ambik insurans. Tapi kalau duit cukup-cukup makan mana dapat ambik insurans. Pada saya pendapat sebegini amat tak sesuai diguna pakai buat masa sekarang terutama bila terdapat banyak cara untuk tambah side income dan kos perubatan yang makin meningkat.

    Bagus entry kali ini, moga makin ramai yang celik insurans.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sis... selain daripada membeli insurans, tambah income tu memang tepat.. kos makin meningkat sekarang ni..

      Padam