Rabu, Disember 14, 2016

Handsock KAPTEN satu inovasi

Handsock Kapten, Sarung tangan lengan panjang, Produk kapten.Sarung tangan lengan panjang atau handsock telah bertapak lama di pasaran fesyen tempatan. Ianya boleh dibeli dengan pelbagai pilihan corak dan warna berbeza sesuai dengan citarasa pemakainya. Kebiasaannya, ia digunakan secara meluas oleh kaum wanita muslimin sebagai alternatif bagi melindungi bahagian yang dituntut oleh agama Islam. Terdapat juga produk handsocks lain juga dipakai oleh segelintir penunggang motorsikal berkuasa besar di negara ini dengan gaya fesyen lebih lasak, brutal dan maskulin.

Diasaskan seawal tahun 2013, dan bergerak atas nama Kapten Fan Page, pengasasnya berhasil mengeluarkan produk sarung tangan lengan panjang atau handsocks jenama mereka sendiri. Perkara ini terkait dengan kebangkitan kembali pasukan kelab bola sepak negeri Johor, JOHOR Southern Tigers [JDT] ke kancah liga bola sepak Malaysia. Kini melalui laman sosial Facebook mereka, Kapten On9Shoppe pelbagai jenis reka bentuk dan warna handsocks telah terjual kepada peminat pasukan bola sepak tempatan.

Handsock Kapten, Sarung tangan lengan panjang, Produk kapten.
Inovasi edisi terawal produk handsocks Kapten telah berjaya menghasilkan produk dengan menggunakan sepenuhnya material jenis kain Lycra Nylon. Jenis kain Lycra Nylon dikenali lebih kuat dan stretchable berbanding jenis kain lain dalam kategorinya. Namun warnanya lebih bersinar, ringan dan mudah dijaga. Dengan reka bentuk corak edisi awal yang sangat menarik walaupun saya lebih suka memilih reka bentuk corak yang sangat minima, ianya tetap menjadi pilihan trend aksesori fesyen untuk peminat bola sepak tempatan dalam menyatakan sokongan kepada pasukan masing-masing.

Melalui penyelidikan RnD dan kajian pasaran tempatan oleh pengasas produk Kapten, produk sarung tangan berjenama Kapten bakal muncul lagi dengan material jenis kain yang lebih baik pada awal tahun hadapan dengan menggunakan material jenis kain campuran Polyster 90%+Spendex 10%

Jika benar material jenis kain campuran (Polyster 90%+Spendex 10%.) bakal digunakan untuk produk edisi terbaru Kapten, ianya tentu sangat berbaloi untuk dibeli. Bagi penggemar industri fabrik, material jenis kain campuran (Polyster 90%+Spendex 10%.) telah banyak digunakan oleh pembuat pakaian sukan berjenama antarabangsa kerana sangat super stretchable, mempunyai ciri cepat kering dan lebih selesa memakainya semasa melakukan aktiviti luar seperti menonton perlawanan bola sepak dan menunggang motorsikal. Berita baik untuk wanita, rasanya tidak perlu menggunakan produk pemutihan lengan tangan lagi.

Selain daripada itu, tentunya para peminat fesyen aksesori aktiviti sukan menantikan reka bentuk corak yang berbeza dan menarik bakal ditampilkan pada produk edisi terbaru yang dikhabarkan bakal dilancarkan menjelang sepak mula bola sepak Liga Super Malaysia seawal 20 Januari tahun 2017. Pengkhususan pasaran yang sangat baik telah dilakukan oleh pengasasnya ditambah lagi dengan moto jualan "Keuntungan dikongsi bersama" tentunya membuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat menjadi pengedar.

Handsock Kapten, Sarung tangan lengan panjang, Produk kapten.Adakah berbaloi untuk dibeli? Jawapan saya adalah ya kerana produk dalam kategori yang sama berjenama antarabangsa menawarkan harga lebih mahal berbanding produk sarung tangan tempatan berjenama Kapten (Handsock KAPTEN). Jadi mengapa bayar lebih jika fungsi dan kualiti bagi kedua-duanya adalah sama. Handsock KAPTEN satu inovasi daripada anak tempatan. [Strategi membuka perniagaan tepi jalan] [Tips peniaga menarik minat pelanggan]