Isnin, September 30, 2019

Masalah BLOGGER COMMENT THREAD selesai

Sebelum ini saya ada menulis berkenaan BLOGGER COMMENT THREAD: MASALAH BLOG. Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, saya telah menggunakan Disquss buat sementara waktu. Namun ianya agak sukar untuk diakses oleh netizen yang menjadi pembaca-pembaca tegar sahaja. Tambahan lagi, komen-komen lama tidak tersusun dengan elok dan mengalami masalah untuk membaca serta membalasnya.

BLOGGER COMMENT THREAD, comment thread, blogger comment

Sekian lama saya tidak ada kesempatan untuk memperbaikinya. Pada hari ini, masalah Blogger Comment Thread, Alhamdulillah ianya selesai. Walau bagaimanapun, timbul pula satu masalah yang lain. Susah pula nak meletakkan kembali Blogger Comment Message kembali kepada asal iaitu di atas Blogger Comment Box. Aih, macam-macam hal kan? Berkenaan mesej atas Blogger Comment Box, saya abaikan dahulu. Bebenang komen lebih menjadi keutamaan saya. Anda ada masalah yang sama?

Sebelum anda ingin membuat apa-apa perubahan dalam html code blog template, anda perlu Backup/Restore terlebih dahulu supaya jika perubahan yang diinginkan menjadi lebih teruk, ianya boleh kembali kepada bentuk yang asal. Selesai Backup/Restore anda boleh cuba cara di bawah ini. InsyaAllah masalah Blogger Comment Thread boleh diselesaikan.

BLOGGER COMMENT THREAD, comment thread, blogger comment

Ikuti langkah seperti di bawah ini dengan cermat:

Template > Edit HTML > Ctrl F >

Masukkan coretan (snippet) ini  <b:include data='post' name='comments'/>

Lihat semua coretan (snippet) di atas. 

Gantikan semua dengan coretan (snippet) di bawah:

<b:if cond='data:post.showThreadedComments'>
<b:include data='post' name='threaded_comments'/>
<b:else/>
<b:include data='post' name='comments'/>
</b:if>

Setelah itu, Save Theme dan lihat hasilnya.

20 ulasan:

  1. Balasan
    1. Assalam en noor azlan kje d jabatan kimia kan.. Saya nak tahu klu sy nk hantar semple tanpa surat dr mana2 jabatan kerajaan boleh x.. Maksud sy nak hantar sample rambut suami tuk kes pengambilan dadah.. Sy sgt perlukan kptsn kimia demi msa depan saya. Mohon penjelasan. Tq

      Padam
    2. Wassalam Pn Unknown..

      Untuk makluman puan, tidak boleh menghantar sampel sendiri ke Kimia melainkan puan buat report di Balai Polis. Polis akan jalankan siasatan. Polis akan hantar sampel ke Kimia jika terdapat bukti yang memerlukan pengesahan. Harap maklum.

      Padam
  2. alhamdulillah selesai juga ye.. tq for tips. lama mama x singgah sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, saya pun dah lama tak buka blog... Tq singgah..

      Padam
  3. Ialah elok back-up dahulu sebelum buat apa-apa perubahan.
    Alhamdulillah. Tahniah dah berjaya diselesaikan.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... terima kasih atas perkongsian..

    BalasPadam
  5. Ya, allah lama betul tak melawat rumah sahabat ni...bagus perkongsian ini....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Saya pun lama tak singgah blog sendiri... Huhu

      Padam
  6. Balasan
    1. Samalah, saya pun lama tak singgah blog ni.. Hehe

      Padam
  7. terbaik.. mama tak berapa gemar gna discus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang agak susah sikit.. Mana2 pun okay asalkan tak ada masalah..

      Padam
  8. discus tu nda suka guna jugak huhu mcm leceh ja bila takda acc ni kena daftar dlu.. biasa kalau blog yg guna ruangan komen tu sy malas tinggal komen hehehhe jd stalker ja la lol

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ada betul juga, sekarang ni saya nak nampak simple dan senang awak nak tinggalkan komen... :-)

      Padam