Selasa, Mac 19, 2013

Babi boleh menguruskan badan

Tips menguruskan badan, badan langsing, tips berdietMacam-macam petua yang saya dengar daripada adik saya. Babi boleh menguruskan badan? Betul atau tidak apa yang saya dengar belum dapat dibuktikan lagi. Hanya petua. 

Petua ini diberitahu oleh pekerja warga Vietnam di tempat adik saya bekerja. Mereka memberitahu bahawa sejenis cacing yang terdapat di dalam babi membolehkannya memakan lemak berlebihan di dalam tubuh seseorang.
Read More

Rabu, Mac 13, 2013

Tips 2: 7 cara berbincang dengan suami

Cara berbincang dengan suami, isteriPada entri sebelum ini saya telah berkongsi Tips 1: 5 Cara berbincang dengan suami. Manakala pada kali ini saya akan berkongsi 7 lagi cara sebagai tambahan untuk isteri dan bakal menjadi isteri untuk panduan pada masa hadapan supaya perbincangan yang berlangsung dalam keadaan yang sangat baik. 

Komunikasi dua hala yang berkesan antara suami dan isteri penting untuk mewujudkan suasana muhibbah di dalam keluarga serta mampu mencapai satu kesepakatan dalam membuat keputusan.
Read More

Salah faham tentang wang hantaran

Kadar wang hantaran, berapa wang hantaranBaca tajuk pun anda mesti sudah faham dengan apa yang saya cuba sampaikan. Wang hantaran dengan makna lain duit belanja yang diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Kenapa salah faham tentang wang hantaran banyak berlaku? Jika pertanyaan diajukan kepada ibu anda "Waktu dahulu [Dilema wanita dahulu dan kini] masa mak kahwin, berapa jumlah wang hantaran yang ayah bagi?" Secara spontan mak jawab "RM500 je..". Anda pasti menyambung "Aih.. Sikit nye!".

Dahulu wang hantaran ditetapkan sekadar yang mampu. Mungkin juga nilai RM50.00 pada zaman dahulu tidak sama dengan nilai RM500.00 pada masa sekarang. Tetapi jika berbeza pun kita boleh anggarkan nilai RM500.00 dahulu bersamaan RM5000.00 zaman sekarang atau kurang.

Mengapa saya kata salah faham tentang wang hantaran.?

Ramai orang beranggapan nilai anak mereka mengikut taraf pendidikan. "Adik, jiran sebelah sekolah sampai SPM je tu pun orang tu bagi RM7000.00, ni pula kamu nak letak RM5000.00 je?". Kalau ada ijazah? Ada Master? Ada PhD? Perlukah harga yang tinggi sehingga golongan ini yang paling banyak mencapai taraf andartu.

Ramai orang berpandukan harga semasa semasa meletakkan harga pada anak mereka. "Pak cik ni bukan apa nak, rasa-rasa pak cik lah harga standard di Johor paling cikai pun RM7000.00, kumpullah duit ye nak.." Dengan muka selamba je pak cik ni.

Ramai orang tidak sedar nilai pelaburan yang paling dikehendaki lelaki. "Apalah punya bakal bapak mertua, letak harga tinggi-tinggi, anak masak nasi pun tak tahu, tak berbaloi langsung". Harga cecah puluhan ribu ringgit, lepas dah kahwin makan kedai jugak. Mana asasnya letak harga tinggi-tinggi?

Ramai juga mak orang sekampung/setaman tak sedar konsep "Sharing is loving". "Abang RM3500.00, sayang RM3500.00, cukuplah RM7000.00. Bolehlah abang buat wang hantaran". Dah letak harga tinggi-tinggi, kalau dapat lelaki setakat kerja kontrak (contoh bukan menghina), sampai bila pun tak dapat kahwin kalau tak perempuan juga yang bantu.

Ramai orang tak tahu fungsi wang hantaran dalam perkahwinan. "Duit yang Aiman bagi tu, bapak bukan nak buat apa, nak wat beli barang masa majlis kamu Minah. Kalau banyak dia bagi, tak payah la bapak topupkan". Lelaki kena sedar, wang hantaran bukan mas kahwin (Hak isteri).

Walau apapun definasi wang hantaran pada pendapat anda, trend meletakkan harga yang sangat tinggi seperti RM55555.55 atau beratus ribu memang telah banyak terjadi. Harga tinggi-tinggi kalau malas pun tak guna, harga tinggi-tinggi tapi masak semua hangus. Jadi dimana mahalnya sifat kewanitaan anda?

Letak harga tinggi-tinggi, VVIP je yang mampu. Sebab itu banyak VVIP yang kahwin 4 [Syarat mencari bini muda] sebab poket berterabur dengan duit. Kalau tak disambar pun, sampai tualah tak kahwin-kahwin. Ingat satu perkara, berkahwin ikut sunnah Rasulullah SAW. Jadi jangan salah faham tentang wang hantaran. Biar pelaburan yang dibuat berbaloi.
Read More

Selasa, Mac 12, 2013

Tips 1: 5 cara berbincang dengan suami

Cara bincang masalah dengan suamiSoalan begini pernah juga dilontarkan oleh isteri saya "Bila masa yang sesuai untuk kita berbincang bang?". Mungkin disebabkan saya berkata "Nanti kita bincang.." [Bila lelaki kata nantilah] atau "Kejap lagi kita bincang". Sebab itu terkeluar ayat pertanyaan isteri saya. Mungkin perkara ini berlaku kepada setiap isteri di seluruh dunia yang barangkali mengalami masalah untuk berbincang dengan suami dan tidak tahu bagaimana cara memulakan perbincangan dengan suami tersayang.
Read More

Ahad, Mac 10, 2013

8 tips meredakan kemarahan

Cara meredakan kemarahan, cara atasi perasaan marah, marahSetiap manusia memang tidak dapat lari daripada sifat marah. Jika tiada sifat marah memang pasti la dia seorang robot ciptaan manusia. Allah SWT menjadikan manusia untuk mempunyai perasaan dan akal. Itu yang menjadikan manusia terlalu istimewa. 

Bagaimana meredakan kemarahan? Marah dan panas baran [Tips melembutkan suami panas baran] sesuatu yang berbeza. Marah bersifat sementara dan panas baran adalah sifat marah yang tidak terkawal dan boleh kekal dalam diri seseorang. Situasi menyebabkan anda marah boleh terjadi dalam banyak keadaan.
Read More

Khamis, Mac 07, 2013

Bagaimana menguji kesetiaan kekasih

Dalam melayari episod percintaan bersama kekasih, kadang-kadang kita merasa ragu tentang kesetiaannya. Jadi bagaimana menguji kesetiaan kekasih anda dengan cara yang tidak mungkin disedarinya?

Nampak sukar kerana anda tidak mahu dilabel sebagai meragui kesetiaannya. Ada juga anda pula dimarahi kerana merasa syak terhadap keikhlasannya. Malang pula jika niat baik anda menjadikan hubungan anda renggang seketika.
Read More

Isnin, Mac 04, 2013

Bila lelaki kata nantilah

Alasan lelaki melambatkan perkahwinan, pertunangan,Mungkin wanita pernah mengalami situasi begini. "Bila awak nak masuk meminang saya?". Dia menjawab "Nantilah, belum masanya lagi". Tahun depannya pula kamu tanya semula "Bila kita nak kahwin?". Dia jawab "Nantilah, saya belum bersedia". 

Jawapan yang diberikan oleh lelaki membuat wanita tertanya-tanya. Apakah maksud kepada jawapan "Nantilah" yang diberikan oleh lelaki apabila wanita mengajaknya berkahwin atau bertunang?

Adakah kekasih kamu benar-benar ingin menjadikan kamu pasangan hidupnya ataupun sebaliknya. Apakah maksud bila lelaki kata nantilah?
Read More

Sabtu, Mac 02, 2013

Disebalik mandi bunga

Mandi bunga? Apa yang anda fikir tentang mandi bunga. Tahukah apa disebalik mandi bunga? Mungkin bagi mereka yang belum pernah mandi bunga pastinya mengatakan mandi bunga itu mengarut. Mengarut ke amalan zaman dahulu kala?

Kebiasaannya mandi bunga dilakukan oleh orang yang ingin mendapat jodoh [Tips mendapatkan pasangan hidup bagi wanita] ataupun kononnya "membuang sial" atas arahan pakar perubatan tradisional. Kadangkala kita tidak mengetahui apa maksud disebalik mandi bunga itu. Hanya menurut apa yang disuruh lalu kita pun mandi bunga.
Read More

Suami cemburu buta

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/03/suami-cemburu-buta.htmlBetul ke ada suami cemburu terhadap isteri? Ingat isteri sahaja yang cemburu? Suami pun sebenarnya cemburu buta. Kadangkala lebih teruk daripada cemburu si isteri. Mengapa suami cemburu buta? Bunyinya nampak pelik. Kadangkala rakan-rakan mempersoalkan sifat cemburu suami apatah lagi jika suami cemburu tidak bertempat.
Read More